Sunday, August 29, 2010

Selamat Hari Merdeka ke-53

Sedar tak sedar kita dah merdeka selama 53 tahun tapi masih banyak usaha perlu dilakukan untuk tujuan pengisian kemerdekaan.
Konsep 1 Malaysia perlu diperkukuh secara praktikal bukan sekadar diuar-uarkan sahaja.  Peranan pemimpin politik bukan sekadar manis dimulut atau dilafazkan sebagai pembuka bicara sebarang majlis  tetapi perlu disematkan dalam sanubari dan dijelmakan melalui tindakan dan bukannya cepat melatah apabila timbulnya isu yang sensitif.
Pemimpin politik sama ada daripada kerajaan ataupun pembangkang perlu sensitif dan matang ketika berbicara dalam majlis rasmi dan juga ketika berbahas di parlimen. Bak kata pepatah Melayu , "kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari". Satu lagi peribahasa yang patut dijadikan iktibar ialah "ketam menyuruh anaknya berjalan betul".
Wahai rakyat Malaysia, marilah sama-sama kita menghayati Konsep 1 Malaysia. Saya amat teruja apabila "1 Malaysia Menjana Transformasi" dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan 2010. Syabas Malaysia.

 

No comments:

Post a Comment