Friday, October 29, 2010

DEMOKRASI BERPARLIMEN

DEMOKRASI BERPARLIMEN
Pengenalan
Bagi rakyat, Parlimen merupakan suatu badan yang amat penting dalam sesebuah negara. Rakyat sendiri terlibat secara langsung dalam memilih ahli-ahli Parlimen/Dewan Rakyat menerusi satu pilihan raya umum. Kerajaan berparlimen di Malaysia adalah berasaskan kepada prinsip demokrasi.
Apa itu Parlimen dan Pilihan Raya?
Menurut D. Robertson (1993), secara amnya Parlimen merupakan satu perhimpunan perundingan (consultive assembly). Kebanyakan Parlimen hari ini mempunyai ahli yang dipilih dengan tugas meneliti, mengawal dan adakalanya memilih kuasa eksekutif. Parlimen ini berfungsi membuat undang-undang/akta, dan juga mengawasi dan mengawal perbelanjaan awam/kerajaan.
Pilihanraya sebagai satu kaedah untuk memilih calon bagi jawatan /kerusi tertentu. Pilihanraya boleh dijalankan menerusi berbagai-bagai cara/kaedah. Prosedur mengundi adalah rahsia, direkod dan diterbitkan seperti dalam banyak pilihan raya yang diadakan di seluruh dunia. Pilihan raya merupakan salah satu kaedah daripada berbaga-bagai cara pemilihan, dan ia menjadi kaedah yang sangat dominan dalam abad ke-20.
Dalam pilihan raya, pemilihan mestilah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan orang. Maka dalam satu-satu pilihan raya terdapat dua objek yang terlibat, iaitu orang yang dipilih dan kumpulan pemilihnya.
Demokrasi Berparlimen
Malaysia telah memilih pemerintahan berlandaskan demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Perjalanan demokrasi berparlimen ini agak lambat dan membebankan kerajaan dan rakyat. Hal ini kerana kerajaan terpaksa berunding dan mempertimbangkan pendapat dari tiap-tiap lapisan masyarakat.
Pemerintahan demokrasi berparlimen merupakan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan untuk rakyat. Kerajaan yang berlandaskan demokrasi berparlimen akan terus kekal diterajui oleh pemimpin yang dipilih dan didukung oleh rakyat.
Latar Belakang Kewujudan Parlimen dan Parlimen di Malaysia.
Kerajaan berperwakilan/berparlimen telah diperkenalkan di Malaysia buat pertama kalinya dalam tahun 1909, apabila Majlis Persekutuan (Federal Council) ditubuhkan, iaitu bagi negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS).
Majlis Persekutuan ini mengalami sedikit perubahan dalam tahun 1927. Bentuk asal majlis ini dikekalkan, tetapi Raja/Sultan tidak menjadi ahli lagi dan digantikan dengan lebih ramai wakil yang dilantik dari berbagai-bagai sektor dan pegawai-pegawai pentadbir British.
Pada 1 Februari 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan dan diberi nama Sistem Ahli (Member System). Sistem Ahli ini merupakan satu mini kabinet dengan ahli-ahli yang mngetuainya bersifat sebagai seorang menteri. Ini merupakan satu langkah positif dan ia merupakan satu peralihan pentadbiran yang biasa dilakukan oleh British kepada tanah jajahannya.
Dalam tahun 1995, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, telah dipinda. Pindan itu dibuat bagi membolehkan pilihan raya umum bagi memilih ahli Dewan Undangan Persekutuan untuk menambah keahlian Dewan tersebut. Ahli Dewan Undangan Persekutuan tahun 1955 terdiri dari 98 orang ahli: 52 dipilih dan 46 dilantik. Parlimen sepertimana yang kita ketahui pada hari ini wujud hasil dari pilihan raya umum yang diadakan pada 19 Ogos 1959.
Struktur dan Keanggotaan Parlimen.
Struktur Parlimen Malaysia yang wujud pada hari ini adalah seperti yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, iaitu dalam Bahagian 4, Perkara 44.
Keanggotaan Parlimen pula adalah seperti berikut:
Dewan Negara
Keanggotaan Dewan Negara telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 45.
1. Anggota dari setiap negeri
2. Anggota dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
3. Anggota dari Wilayah Persekutuan Labuan
4. Anggota ahli lain yang dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong

Tempoh perkhidmatan senator ialah tiga tahun, dan seorang yang tidak boleh memegang jawatan itu lebih dari dua penggal ( secara berterusan atau cara lain ). Seorang senator mesti berumur 30 tahun ke atas.
Dewan Rakyat
Keanggotaan Dewan Rakyat pula adalah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Bahagian 4, Bab 4, Perkara 46.
Pilihanraya Di Malaysia.
Pilihanraya di Malaysia dijalankan oleh sebuah suruhanjaya yang dilantik khas. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Suruhanjaya ini terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan tiga orang ahli.

Suruhanjaya Pilihanraya pada dasarnya ditubuhkan untuk menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia (free and fair election). Perlembagaan Persekutuan Malaysia menggariskan tiga fungsi penting SPR seperti berikut :
a. mempersempadankan bahagian-bahagian pilihanraya,
b. menjalankan pendaftaran pemilih, dan
c. menjalankan pilihanraya, samada pilihanraya umum atau pilihanraya kecil.

Seseorang pemilih (pengundi) yang berkelayakan boleh mengundi jika namanya telah didaftarkan dalam Daftar Pemilih.
Parlimen dan sesebuah Dewan Undangan Negeri mempunyai tempoh selama lima tahun; dan dengan demikian, melainkan jika ia dibubarkan dengan lebih awal, pilihanraya diadakan tiap-tiap lima tahun. Tiap-tiap bahagian pilihanraya memilih seorang ahli (bagi ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri), dan tiap-tiap pengundi mempunyai satu undi dan dia mengundi secara undi rahsia.
Di Malaysia, sebelum proses pengundian dijalankan, kempen pilihanraya boleh diadakan. Akta Pilihanraya Malaysia juga telah menetapkan mengenai petisyen pilihanraya, iaitu satu bentuk tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh seseorang calon, agen pilihanraya, atau pengundi dalam mana-mana pilihanraya, jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan pilihanraya yang telah dijalankan.
Fungsi dan Kuasa Parlimen
Antara fungsi Parlimen ialah;
a. kuasa perundingan
b. mengenakan cukai-cukai baru, tambahan atau memansuhkan mana-mana cuka; dan
c. meluluskan belanjawan negara bagi satu-satu tahun tertentu.

Prosedur Perundangan
Bagaimana undang-undang di Parlimen dibuat?
Mula-mula suatu rang undang-undang (undang-undang dalam bentuk draf dikemukakan di Parlimen. Rang undang-undang itu menjadi undang-undang apabila ia diluluskan oleh kedua-dua Dewan Parlimen dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong. Antara kedua-dua Dewan Parlimen, Dewan Rakyat lebih berkuasa daripada Dewan Negara.
Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamakan Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamakan Enakmen dan di Sarawak pula ia dipanggil Ordinan
Keistimewaan Parlimen.
Keabsahannya apa-apa perjalanan dalam mana-mana satu Dewan Parlimen atau dalam mana-mana Jawatankuasa, tidak boleh dipersalahkan dalam mana-mana mahkamah. Tidak seorang pun boleh didakwa bagi apa juga diucapkannya atau apa-apa undi yang diberi oleh ahli
Parlimen apabila mengambil bahagian dalam apa-apa perjalanan bagi mana-mana jawatankuasanya.
Satu lagi keistimewaan Parlimen ialah bahawa seseorang itu tidak boleh dibicarakan dalam mana-mana mahkamah berkaitan dengan apa juga yang diterbitkan dengan atau di bawah kuasa mana-mana satu Dewan Parlimen.
Kesimpulan
Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan pemerintahan melalui amalan demokrasi berparlimen. Sistem ini mendapat sokongan dan penglibatan pihak pemerintah dan rakyat jelata. Sistem Parlimen dan pilihanraya di Malaysia akan terus kekal dan bertambah mantap pada masa hadapan.
 
 
 
 
 
 
4. Yang di-Pertuan Agong
Pemilihan Yang di-Pertuan Agong
1.      Mana-mana raja daripada sembilan buah negeri beraja di Malaysia dapat dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong kecuali jika:
a)      Baginda seorang remaja, atau
b)      Baginda telah memberitahu Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa baginda tidak mahu dipilih, atau
c)      Majlis Raja-raja mengambil ketetapan dengan undi sulit bahawa baginda tidak sesuai untuk menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuhnya atau oleh sebab-sebab lain.

2.      Yang di-Pertuan Agong memegang jawatan selama lima tahun dan dibantu oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

3.      Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong jika berlaku sesuatu kepada Yang di-Pertuan Agong semasa tempoh jawatan itu.

4.      Saraan Yangdi-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong ditanggung oleh Kumpulan Wang Persekutuan yang Disatukan.

5.      Sebarang ketetapan tentang pemilihan Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan anggota Majlis Raja-raja.

6.      Majlis Raja-raja hendaklah menawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong kepada raja yang layak untuk dipilih, yang negeri baginda ialah negeri pertama dalam senarai pemilihan iaitu senarai yang mengandungi negeri semua raja mengikut sususan raja-raja mengiktiraf keutamanan antara mereka sendiri pada masa itu.

7.      Apabila raja yang ditawarkan jawatan Yang di-Pertuan Agong itu menerima jawatan itu, Majlis Raja-raja hendaklah mengisytiharkan raja itu sebagai dipilih.

8.      Kemudian, Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, selaku Setiausaha Majlis Raja-raja, hendaklah menberitahukan keputusan itu secara bertulis kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

9.      Yang di-Pertuan Agong mesti mengangkat dan menandatangani sumpah jawatan di hadapan Majlis Raja-raja dan Ketuan Hakim Negara.

10.  Gelaran penuh Yang di-Pertuan Agong ialah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong
1.      Yang di-Pertuan Agong ialah:-

a)                  Ketua Negara dan merupakan raja berperlembagaan.
b)                  Ketua Agama Islam bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Sabah, Sarawak, Melaka, Pulau Pinang, dan negeri baginda.
c)                  Lambang kedaulatan dan perpaduan Negara.

2.      Yang di-Pertuan Agong tidak boleh didakwa atas apa-apa kasalahan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas Raja-raja.

3.      Kuasa eksekutif Negara adalah dalam tangan Yang di-Pertuan Agong tetapi kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Perdana Manteri dan Kabinet.

4.      Yang di-Pertuan Agong ialah Komponen badan perundangan persekutuan tetapi baginda tidak mengambil bahagian dalam persidangannya.

5.      Walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak mentadbirkan Negara, baginda berhak, atas permintaan baginda, mendapat apa-apa maklumat tentang pentadbiran Negara daripada Kabinet.








Kuasa dan tugas Yang di-Pertuan Agong
1.      Dalam manjalankan tugas di bawah perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong mestilah bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

2.      Yang di-Pertuan Agong ialah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutan.

3.      Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa dan bertanggungjawab untuk melantik:

a)      Speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara yang dipilih oleh dewan masing-masing.
b)      Setiausaha Dewan Rakyat, Setiausaha Dewan Negara, dan Ketua Pentadbir Perlimen atas nasihat Perdana Menteri.
c)      Ketua Polis Negara, Peguam Negara, dan Ketuan Setiausaha Negara atas nasihat Perdana Menteri.
d)     Ketua audit negara atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
e)      Ketua Hakim Negara dan hakim-hakim bagi mahkamah Persekutan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.
f)       Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Majlis Raja-raja.

4.      Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa pengampunan dan boleh mengampuni orang-orang yang disabitkan dengan kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di:
a)      Mahkamah Syariah(bagi negeri baginda, negeri-negeri yang tidak beraja, dan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya)
b)      Mahkamah Tentera
c)      Mahkamah awam di Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.

5.      Yang di-Pertuan Agong memperkanankan rang undang-undang/pindaan undang-undang/pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Perliman dalam masa 30 hari supaya undang-undang berkenaan dapat berkuat kusa apabila diwartakan menjadi warta kerajaan.

6.      Yang di-Pertuan Agong memberikan Titah Ucapan Diraja dalam parliman untuk marasmikan persidangan pertama setiap penggal persidangan Parlimen.

7.      Yang di-Pertuan Agong telah mengisytiharkan Undang-undang Darurat atas nasihat Perdana Menteri.

8.      Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan gelaran dan pinget kebesaran.

9.      Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara hak-hak istimewa orang-orang melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak.

10.  Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab untuk memelihara kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain di Malaysia.

11.  Yang di-Pertuan Agong mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengampunan dan mesti mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

12.  Perkara 66(4A): Sesuatu rang undang-undang dianggap telah diperkenankan secara automatik selepas 30 hari rang undang-undang itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong
1.      Yang di-Pertuan Agong:-
a)      Melantik Perdana Menteri
b)      Boleh tidak menyetujui atau menolak permintaan Perdana Menteri untuk membubarkan Parlimen.
c)      Boleh membuat permintaan supaya suatu mesyuarat Majlis Raja-raja diadakan semata-mata untuk membincangkan hal-hal berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja dan mengambil sebarang tindakan dalam mesyuarat itu.

2.      Kuasa budi bicara Yang di-Pertuan Agong termaktub dalam Perkara 40 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan.

Sekatan Terhadap Kuasa Yang di-Pertuan Agong
1.      Yang di-Pertuan Agong tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai raja di negeri baginda kecuali:
a)      sebagai Ketua Agama Islam
b)      meminda Perlembagaan Negeri
c)      melantik seorang Pemangku Raja

2.      Yang di-Pertuan Agong tidak boleh:-
a)      memgang apa-apa jawatan lain yang mempunyai apa-apa saraan.
b)      mengambil bahagian secara aktif dalam apa-apa syarikat perniagaan dan parti-politik.
c)      menerima apa-apa jua jenis pendapatan yang kena dibayar kepada baginda sbagai raja negeri baginda.
d)      tanpa persetujuan Majlis raja-raja meninggalkan Persekutuan selama lebih daripada 15 hari kecuali atau sebab lawatan rasmi.
e)      mengampuni diri sendiri, permaisuri baginda, dan anak-anak baginda.

3.      Yang di-Pertuan Agong boleh didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja dalam kes sivil dan kes jenayah atas sifat peribadi baginda.

4.      Kuasa Pengampunan bagi:-
a)      Yang di-Pertuan Agong, handaklah dijalankan oleh Majlis Raja-raja.
b)      Permaisuri dan anak-anak Yang di-Pertuan Agong hendaklah dijalankan oleh raja sesebuah negeri yang dinamakan oleh Majlis Raja-raja

Peletakan Jawatan Yang di-Pertuan Agong
1.      Yang di-Pertuan Agong:-
a)      boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa.
b)      hendaklah mengutuskan surat peletakan jawatan yang ditandatangani oleh baginda kepada Majlis Raja-raja.
c)      Mesti berhenti daripada memegang jawatannya apabila baginda berhenti daripada menjadi raja negeri baginda.
d)     Hendaklah berhenti daripada menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong jika baginda dituduhkan atas sesuatu kesalahan dalam Mahkamah Khas Raja-raja.

2.      Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong tidak perlu diberitahukan kepada Parlimen kerana tidak perlu mendapat persetujuan Parlimen.

Pemecatan Yang di-Pertuan Agong
1.      Yang di-Pertuan Agong hanya boleh dipecat daripada jawatan baginda oleh Majlis Raja-raja.

2.      Majlis Raja-raja boleh memecat Yang di-Pertuan Agong pada bila-bila masa dan atas apa-apa jua sebab.

3.      Sesuatu ketetapan untuk memecat Yang di-Pertuan Agong tidak boleh diluluskan melainkan mendapat sokongan lima orang daripada sembilan orang Majlis Raja-raja.

4.      Dalam hal pemecatan Yang di-Pertuan Agong, anggota –anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara masing-masing.

Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia
1.      Timbalan Yang di-Pertuan Agong tidak secara automatik memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong setelah Yang di-Pertuan Agong mangkat.

2.      Pemilihan Yang di-Pertuan Agong yang baru akan dibuat oleh Majlis Raja-raja.

3.      Tempoh perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 akan tamat pada 12 Disember 2011.

4.      Negeri yang pertama dalam senarai pemilihan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 ialah Kedah.

Yang di-Pertuan Agong
Tempoh Jawatan
1. Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
3 Ogos 1957 – 1 April 1960*
2. Sultan Selangor
14 April 1960 – 1 September 1960*
3. Raja Perlis
21 September 1960 – 20 September 1965*
4. Sultan Terengganu
21 September 1965 – 20 September 1970
5. Sultan Kedah
21 September 1970 – 20 September 1975
6. Sultan Kelantan
21 September 1975 – 29 Mac 1979*
7. Sultan Pahang
26 April 1979 – 25 April 1984
8. Sultan Johor
26 April 1984 – 25 April 1989
9. Sultan Perak
26 April 1989 – 25 April 1994
10.Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
26 April 1994 – 25 April 1999
11.Sultan Selangor
26 April 1999 – 21 November 2001*
12.Raja Perlis
13 Disember 2001 – 12 Disember 2006
13.Sultan Terengganu
13 Disember 2006 - kini

* Mangkat dalam tempoh perkhidmatan

5. Majlis Raja-raja
Pengenalan
1.      Majlis Raja-raja ditubuhkan pada 1948 seiring dengan pembentukan Persekutuan Tanah Melayu.

2.      Bidang kuasa Majlis Raja-raja termaktub dalam Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan.

3.      Majlis Raja-raja:-
a)      suatu pihak berkuasa Persekutuan.
b)      badan tanpa kuasa perundangan
c)      badan penting dalam membentuk hubungan repat antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Keanggotaan Majlis Raja-raja
1.      Majlis Raja-raja terdiri daripada sembilan orang raja Melayu dan empat orang Yang di-Pertua Negeri.

2.      Pemangku raja bagi negeri Yang di-Pertuan Agong akan mewakili negeri baginda dalam Majlis Raja-raja.

3.      Yang di-Pertuan Agong hanya menganggotai Majlis Raja-raja
a)      pada hari kedua masyuarat Majlis Raja-raja
b)      sewaktu mempertimbangkan hal-hal agama Islam, amalan adat istiadat, dan hal-hal berkaitan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja.

4.      Tempat raja atau Yang di-Pertua Negeri dalam Majlis Raja-raja boleh diwakili oleh orang lain jika terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri itu.

Mesyuarat Majlis Raja-raja
1.      Permintaan untuk mengadakan mesyuarat Majlis Raja-raja boleh dibuat oleh:-
a)      Yang di-Pertuan Agong
b)      tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis Raja-raja

2.      Majlis Raja-raja biasanya mengadakan mesyuarat tiga kali setahun.

3.      Setiap mesyuarat itu berlangsung selama dua hari setiap kali.

4.      Sebelum mesyuarat itu, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri bertemu untuk menyediakan kertas kerja yang dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Raja-raja.

5.      Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri akan mengiringi raja atau Yang di-Pertua Negeri masing-masing untuk menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja pada kedua-dua hari.

6.      Yang di-Pertuan Agong menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja pada hari kedua dengan diiringi Perdana Menteri.

7.      Pengerusi Majlis Raja-raja dipegang oleh raja setiap negeri secara bergilir-gilir.

8.      Apabila Majlis Raja-raja menimbangkan perkara-perkara tentang dasar Negara, Yang di-Pertuan Agong hendaklah disertai Perdana Menteri, raja-raja disertai Menteri-menteri Besar, dan Yang di-Pertua Negeri disertai Ketua-ketua Menteri.

9.      Mesyuarat Majlis Raja-raja hanya dihadiri oleh sembilan orang raja jika mesyuarat itu adalah untuk menimbangkan:
a)      pelantikan dan pemecatan Yang di-Pertuan Agong
b)      pemilihan Timbalan Yang di-Pertuan Agong
c)      keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, dan kebesaran raja-raja.
d)     Perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam





Tugas dan Kuasa  Majlis Raja-raja
1.      Majlis Raja-raja:-
a)       mempertimbangkan soal-soal dasar Negara.
b)      menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan.
c)      Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-raja
d)     Berkuasa untuk mengampunkan, menggantungkan, atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau raja oleh Mahkamah Khas Raja-raja
e)      Melantik wakil Majlis Raja-raja ke Majlis Angkatan Tentera
f)       memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

2.      Majlis Raja-raja menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang atau pindaan terhadap undang-undang atau Perlembagaan tentang:-
a)      perbuatan dan amalan yang berkaitan dengan agama Islam; meliputi seluruh Persekutuan
b)      keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja
c)      pengubahan sempadan negeri0negeri di Semenanjung Malaysia
d)     kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak
e)      kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum yang lain
f)       bahasa kebangsaan
g)      kewarganegaraan (bukan peruntukan tambahan)
h)      keistimewaan Parlimen

3.      Majlis Raja-raja memberikan nasihat tentang pelantikan:-
a)      Ketua Hakim Negara
b)      Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, dan Mahkamah Tinggi
c)      Ketua Audit Negra
d)     Pengerusi dan anggota-anggota suruhanjaya

4.      Majlis Raja-raja penting dalam penyelarasan soal agama Islam di seluruh Malaysia. Hal ini kerana undang-undang digubal oleh Dewan Undangan Negeri dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan Negeri. Oleh itu, akan timbullah ketidakseragaman sekiranya tiada penyelarasan dilakukan.

5.      Perkara 38(4): sebarang undang-undang yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan, atau kebesaran raja-raja secara langsung tidak boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-raja
Kuasa Budi Bicara Majlis Raja-raja
1.      Menurut Perkara 38(6), anggota-anggota Majlis Raja-raja boleh bertindak menurut budi bicara mereka dalam sebarang urusan yang berhubung dengan tugas-tugas yang berikut:-
a)      Memilih atau memecat Yang di-Pertuan Agong
b)      Memilih Timbalan Yang di-Pertuan Agong
c)      Memberikan nasihat tentang pelantikan jawatan-jawatan penting
d)     Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri
e)      Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang undang-undang yang menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaaan, atau kebesaranraja-raja
f)       Menyetujui atau tidak menyetujui perbuatan, amalan, atau upacara agama Islam meliputi seluruh Persekutuan
g)      Melantik anggota-anggota Mahkamah Khas Raja-raja
h)      Mengampunkan, menggantungkan, atau meringankan hukuman yang dikenakan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja oleh Mahkamah Khas Raja-raja

2.      Sebelum membuat kuputusannya dalam hal pengampunan, Majlis Raja-raja hendaklan menimbangkan pendapat bertulis yang mungkin diberikan oleh Peguam Negara.

Penyimpan Mohor Besar Raja-raja
1.      Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah orang yang dilantik oleh Majlis Raja-raja untuk menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-raja.

2.      Beliau juga vertindak sebagai setiausaha Majlis Raja-raja.

3.      Orang yang layak memegang jawatan ini ialah pegawai kana yang masih berkhidmat dengan kerajaan atau yang telah bersara.

4.      Beliau memgang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis Raja-raja.

5.      Tugas-tugas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja adalah seperti yang berikut:-
a)      Menerima dan mengedarkan kertas-kertas kerja yang hendak dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Raja-raja
b)      Bertanggungjawab untuk memanggil mesyuarat dari semasa ke semasa atas arahan Yang di-Pertuan Agong atau Majlis Raja-raja
c)      Menghadiri mesyuarat Majlis Raja-raja dan menyimpan minit-minit mesyuarat
d)     Mengesahkan semua keputusan Majlis Raja-raja
e)      Memaklumkan keputusan pemilihan Yang di-Pertuan Agong kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
f)       Mengumumkan keputusan Majlis Raja-raja, tarikh berpuasa, tarikh Hari Raya Aidilfitri, dan tarikh Hari Raya Aidiladha

No comments:

Post a Comment