Sunday, October 31, 2010

Novel Terminal Tiga...sepintas lalu
Persoalan : Sikap prihatin akan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Latar masyarakat : Masyarakat yang prihatin akan masalah yang dihadapi oleh orang lain
Nilai murni : Keprihatinan
Pengajaran : Kita mestilah prihatin akan masalah yang dihadapi oleh orang lain

Buktinya, Bang Maily berusaha membantu Rimpa mendapatkan bantuan kewangan untuk meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur.

Persoalan : Keyakinan kepada diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam usaha
memburu cita-cita
Latar masyarakat : Masyarakat yang yakin kepada diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam
usaha memburu cita-cita
Nilai murni : Yakin diri
Pengajaran : Kita mestilah yakin kepada diri sendiri untuk mencapai kejayaan dalam
usaha memburu cita-cita

Buktinya, Rimpa mem¬punyai keyakinan diri untuk mencapai cita-cita walaupun terpaksa berhijrah ke Kuala Lumpur untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Kebangsaan.

Persoalan : Ketaatan kepada ajaran agama
Latar masyarakat : Masyarakat yang taat akan ajaran agama
Nilai murni : Ketaatan
Pengajaran : Kita mestilah taat akan ajaran agama

Buktinya, Rimpa mengerjakan solat subuh sebelum meninggalkan terminal setelah sampai dari Kota Kinabalu.

Persoalan : Kasih sayang kepada keluarga
Latar masyarakat : Masyarakat yang sayang akan keluarga
Nilai murni : Kasih sayang
Pengajaran : Kita mestilah sayang akan keluarga

Buktinya, Rimpa tetap sayang akan ayahnya dan berusaha mencarinya walaupun mereka sekeluarga ditinggalkan sehingga sepuluh tahun lamanya.

Persoalan : Sikap mengenang budi seseorang
Latar masyarakat : Masyarakat yang sentiasa mengenang budi orang lain
Nilai murni : Mengenang budi
Pengajaran : Kita mestilah sentiasa mengenang budi orang lain

Buktinya, Rimpa yang banyak terhutang budi kepada Bang Maily dan Kak Naspura senantiasa mengucapkan penghargaan dan sentiasa mesra sebagai cara untuk membalas budi Bang Maily sekeluarga.
Novel Seteguh Karang - Teknik Plot
Imbas kembali (Watak + teringat .....)
-Awanis teringat akan peristiwa ketika dia berusia tujuh tahun iaitu Maysarah menyuruhnya mengaku bahawa dia yang memecahkan pasu kesayangan mama sedangkan Maysarah yang
melakukannya.
-Awanis teringat akan kecantikan Maysarah dan kecerdasannya dalam pelajaran.
-Awanis teringat akan bantuan Maysarah yang melukiskan peta Semenanjung Malaysia semasa
dia masih bersekolah.
-Awanis teringatkan waktu dia mendaftar di ITM Perlis seminggu selepas kematian ibu bapanya

Imbas muka (Watak + menggambarkan/ membayangkan .....)
-Awanis cuba menggambarkan penerimaan suami Kak Nor apabila kembali ke rumah dan
mendapati Awanis menumpang di rumahnya.
-Awanis cuba menggambarkan perawakan Encik Johari iaitu penyelianya sebelum masuk ke
pejabatnya.

Dialog (Watak 1 + berbual-bual/ bertengkar + dengan watak 2 tentang .....)
-Awanis berbual-bual dengan Budi tentang usaha Budi mencari rezeki di Malaysia.
-Awanis bertengkar dengan Encik Lee tentang sikapnya yang enggan menerima kehadiran Anita di rumahnya.

Monolog dalaman (Watak + mencemuh/ berkata-kata + dalam hatinya tentang .....)
-Awanis mencemuh di dalam hatinya tentang sikap ego Encik Johari yang memandang rendah
dan tidak memahami dirinya.
-Awanis berkata-kata sendirian di dalam hatinya tentang kematian Budi yang amat menyedihkannya.

Saspens (Pembaca tertanya-tanya sama ada .....)
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Awanis mampu menunggang motosikal buruk yang tidak
mempunyai brek.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Encik Lee akan menerima semula Anita yang dianggapnya
membawa sial.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada hubungan Awanis dengan Wan Asri akan berterusan selepas Awanis meninggalkan menamatkan latihan praktikalnya di Terengganu.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Maysarah akan selamat atau sebaliknya selepas dimasukkan ke hospital.
-Pembaca tertanya-tanya sama ada Budi akan selamat selepas dipatuk ular.

Kejutan (Pembaca tidak menyangka bahawa .....)
-Pembaca tidak menyangka bahawa Encik Johari sebenarnya tidak suka menerima kehadiran
pelatih perempuan.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Budi akan dipatuk ular dan akhirnya meninggal dunia.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Anita sanggup melarikan diri dari rumah.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Maysarah sanggup menelan pil tidur secara berlebihan
dan terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan di hospital.
-Pembaca tidak menyangka bahawa Awanis berani masuk ke ladang seorang diri dan bertemu
dengan buruh-buruh Indonesia.

Pemerian (Pengarang menggambarkan keadaan/ sikap .....)
-Pengarang menggambarkan keadaan tempat tinggal buruh Indonesia semasa Awanis masuk
ke ladang kelapa sawit.
-Pengarang menggambarkan sikap Kak May yang menjadi pemurung selepas kematian ibu bapanya.
-Pengarang menggambarkan kemajuan pesat daerah Kerteh semasa Awanis dan Wan Asri melalui kawasan itu ketika bersiar-siar pada hujung minggu.
-Pengarang menggambarkan kesibukan dan kepelbagaian barang jualan di Pasar Besar Kedai
Payang, Kuala Terengganu semasa Awanis dan Wan Asri bersiar-siar pada hujung minggu.
Novel Seteguh Karang - Keistimewaan Novel
1. Jalan cerita yang tidak membosankan kerana banyak menyelitkan konflik kekeluargaan
Bukti : peristiwa Anita lari dari rumah selepas Maysarah secara tidak sengaja menyatakan bahawa dia hanyalah anak angkat

2. Gambaran suasana mudah dibayangkan kerana persekitaran di Pantai Timur
Bukti : pengarang menggambarkan suasana di Teluk Cempedak, Pasar Kedai Payang dan Kerteh semasa Awanis dan Wan Asri bersiar-siar

3. Banyak memaparkan nilai murni
Bukti : Awanis sayang kepada Anita dan Kak Maysarah

4. Penggunaan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami
Bukti : penggunaan perkataan bahasa Inggeris dan loghat Jawa dalam novel

5. Ada teknik plot yang menarik, contohnya suspen
Bukti : pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Budi selepas Budi dipatuk ular
Seteguh Karang - Ulasan Novel
Tema : Ketabahan seorang gadis menghadapi pelbagai masalah dalam hidupnya
Bukti : Awanis tabah menghadapi kematian ibu bapanya

Persoalan
1. Kepercayaan karut dalam masyarakat
Bukti : Encik Lee menganggap anaknya, Anita membawa sial sehingga perniagaannya mengalami kerugian

2. Sayang-menyayangi sesama manusia
Bukti : Awanis sayang akan Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya

Latar Masyarakat
1. Masyarakat Indonesia di ladang kelapa sawit
Bukti : Bambang dan Budi ialah antara pekerja Indonesia yang tinggal dan bekerja di ladang kelapa sawit di Paka, Terengganu

2. Masyarakat yang tolong-menolong antara satu sama lain
Bukti : Kak Nor membenarkan Awanis tinggal bersama keluarganya di sepanjang tempoh dia menjalani tugas praktikal di Pejabat Pertubuhan Peladang di Terengganu
Seteguh Karang - Pengajaran
1. Kita janganlah mudah kecewa hingga kerap bersedih dan bermurung supaya tidak menjejaskan kesihatan diri
Bukti: Kak May bermurung selepas kematian abah dan mama kerana tidak mengikut kata ibu bapanya hingga akhirnya dia menghadapi tekanan perasaan

2. Kita janganlah mementingkan diri sendiri hingga menyusahkan orang lain supaya tidak dibenci atau dipinggirkan oleh orang lain
Bukti: Kak May mementingkan diri sendiri sehingga sanggup membocorkan rahsia bahawa Anita cuma anak angkat dalam keluarganya

3. Kita hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan kehidupan yang berbeza supaya tidak disisihkan oleh masyarakat tempatan
Bukti: Awanis dapat menyesuaikan diri di tempat dia menjalani latihan praktikal di Hulu Paka

4. Kita hendaklah menaruh rasa simpati kepada insan yang malang nasibnya supaya nasib mereka dapat dibela
Bukti: Awanis bersimpati dengan nasib Budi yang terpaksa bekerja pada usia yang muda untuk menyara keluarganya di Indonesia

5. Kita hendaklah berani bertindak demi menegakkan kebenaran supaya prinsip kita dihormati
Bukti: Awanis berani mencabar pandangan Encik Johari walaupun dia seorang perempuan dan Encik Johari merupakan penyelianya
Seteguh Karang - Nilai Murni
1. Kasih sayang
Bukti : Awanis sangat sayang akan Anita walaupun bukan adik kandungnya

2. Ketabahan
Bukti : Awanis menerima hakikat kematian abah dan mama dengan hati yang tabah

3. Keberanian
Bukti : Awanis berani masuk ke ladang bersendirian kerana tidak mahu bergantung kepada Encik Johari

4. Tidak mudah berputus asa
Bukti : Awanis sanggup mengambil peperiksaan SPM untuk kali kedua setelah gagal pada kali pertama

5. Tidak mementingkan diri sendiri
Bukti : Awanis sentiasa menasihati adiknya, Anita agar tidak bergantung kepada orang lain dan belajar hidup berdikari

6. Pemurah
Bukti : Kak Nor sudi mempelawa Awanis menetap di rumahnya di Paka

7. Mengambil berat / prihatin
Bukti : Cikgu Rushda mengambil berat terhadap muridnya, Anita dengan membenarkan Anita menetap di rumahnya
Seteguh Karang - Sikap Negatif
(Watak utama)
Awanis - panas-baran
Semasa Encik Johari tidak membenarkannya mengait buah kelapa sawit, Awanis menyentap buah itu sekuat-kuat hati tanpa menghiraukan Encik Johari

(Watak sampingan)
Encik Johari - suka memperkecil-kecilkan kemampuan orang lain
Encik Johari memandang rendah kepada Awanis kerana Awanis seorang perempuan yang dianggap cerewet dan lemah

Maysarah - terlalu menyalahkan diri sendiri dan sukar menerima ketentuan takdir
Maysarah menyalahkan dirinya sendiri atas kematian ibu bapanya

Sofia dan Maznah - suka menjaga tepi kain orang
Mereka gemar mengambil tahu akan hal yang berlaku antara Awanis dengan Wan Asri
Seteguh Karang - Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang malang kerana kematian ibu bapa
Bukti: Awanis kematian ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya

2. Masyarakat yang prihatin akan nasib seseorang
Bukti: Awanis prihatin akan nasib malang Bambang yang terpaksa bekerja pada usia 15 tahun

3. Masyarakat yang suka membantu orang yang berada dalam kesusahan
Bukti: Awanis yang tersesat jalan dibantu oleh Zafuan dan Halim untuk mencari Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan di Hulu Paka

4. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan kolot
Bukti: Encik Lee telah menganggap Anita membawa sial dan menyebabkan perniagaannya merosot

5. Masyarakat pejabat yang suka menjaga tepi kain orang
Bukti: Maznah dan Sofia suka mengambil tahu akan hal Awanis dan Wan Asri

6. Masyarakat yang saling menyayangi tidak kira bangsa
Bukti: Awanis menyayangi Anita walaupun tahu Anita anak angkat dalam keluarganya dan berketurunan Cina
Seteguh Karang - Perwatakan Watak Sampingan
Encik Johari
1. Tegas
Bukti : Encik Johari tegas dengan arahannya supaya Awanis membonceng motosikal bersamanya ke ladang walaupun Awanis keberatan
2. Ego
Bukti : Encik Johari memandang rendah terhadap Awanis kerana beranggapan semua perempuan lemah, leceh dan cerewet

Pak Oni
1. Prihatin
Bukti : Pak Oni prihatin akan kebajikan anak-anak saudaranya selepas kematian ibu bapa mereka
2. Periang
Bukti : Pak Oni suka bergurau terutamanya dengan Awanis

Wan Asri
1. Jujur dan ikhlas
Bukti : Wan Asri mempunyai hubungan baik dengan rakan sepejabatnya

2. Prihatin / Mengambil berat
Bukti : Wan Asri menasihati Awanis supaya berhati-hati ketika menunggang motosikal ke ladang
Seteguh Karang - Perwatakan Watak Utama
Awanis
1. Tabah
Bukti: Awanis mendaftar seorang diri di ITM Perlis selepas kematian kedua-dua ibu bapanya

2. Berpendirian tegas
Bukti: Awanis tetap dengan pendiriannya untuk menjalani tugas praktikal di Terengganu walaupun dipujuk oleh Anita

3. Berani
Bukti: Awanis berani menyahut cabaran Encik Johari walaupun dia tidak pernah menunggang motosikal

4. Jujur
Bukti: Awanis tidak menaruh rasa curiga kepada buruh Indonesia

5. Panas baran
Bukti: Awanis bertengkar dengan Encik Johari apabila Encik Johari mempersoalkan kemampuan pelatih perempuan

6. Hipokrit
Bukti: Awanis berpura-pura tabah di depan Kak May dan Anita selepas kematian kedua-dua ibu bapa mereka

No comments:

Post a Comment