Thursday, October 28, 2010

Soalan Latihan Tambahan Road To Success

ITEM STRUKTUR

Muka surat 189

1.         Bendera Malaysia mula berkibar pada malam 31 Ogos 1957 sebaik sahaja Union Jack diturunkan

(a)           Apakah nama lain bagi bendera Malaysia? 

-        ________________________________
            -        ________________________________
[ 2 markah ]
(b)           Berikan tafsiran warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia
  
            (i)      Warna merah        -           _______________________________________
            (ii)      Warna biru           -           _______________________________________
            (iii)     Warna kuning       -           _______________________________________
               [ 3 markah ]

      (c)        Dalam upacara apakah bendera Malaysia dikibarkan?

            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
[ 2 markah ]
(d)       Mengapakah kita patut mengibarkan bendera Malaysia?

            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
            -        __________________________________________________________
[ 3 markah ]






ITEM ESEI

Muka Surat  258

2 a)         Nyatakan kesan yang berlaku di Tanah Melayu akibat dasar British
               memperkenalkan pertanian dagangan
[ 05 markah ]

Tanaman

Komersial

Ladang

Milik

Lindung

Buruh








Muka Surat  258 - 261

  b)        Jelaskan sebab British memperkenalkan Undang-Undang Tanah di Tanah Melayu?
[ 08 markah ]

Elemen    

Pemilikan

Rekod

Tulis

Tadbir

Cagaran

Bahagi

Cukai

Mohon

Kebenaran



Muka Surat  258 – 260
  c)        Terangkan kesan pengenalan Undang-Undang Tanah oleh British ke atas masyarakat Melayu?
[ 07 markah ]

Ingin

Kuasa

Wang

Urusan

Pinjam

Jual



Muka Surat  260 – 261
3 a)        Huraikan tindakan yang diambil oleh British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
[ 12 markah ]

Lulus

Jamin

Elak

Kuasa

Benar

Tetap

LO

Lindung

LSO

Warisan

Elak

Bahagi

Campuran

Warta

PD

Urusniaga

Kuasa

Tuntut



Muka Surat  261 – 262
  b)        Mengapakah orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British?
[  8 markah ]

Benar

Premium

Larang

Stevenson

Rendah

Tidak

Utama

Skim

Tawar


Chuahc/gerakgempur/smktriang10

JAWAPAN SOALAN LATIHAN TAMBAHAN ROAD TO SUCCESS


Muka surat 189

1.         Bendera Malaysia mula berkibar pada malam 31 Ogos 1957 sebaik sahaja Union Jack diturunkan

a) Apakah nama lain bagi bendera Malaysia? 

-        Bendera Kebangsaan
            -        Jalur Gemilang
[ 2 markah ]
b) Berikan tafsiran warna-warna yang terdapat pada bendera Malaysia
  
            (i)      Warna merah        -           Keberanian
            (ii)      Warna biru           -           Perpaduan rakyat berbilang kaum
            (iii)     Warna kuning       -           Kedaulatan raja-raja Melayu
               [ 3 markah ]
                  c) Dalam upacara apakah bendera Malaysia dikibarkan?

            -        majlis rasmi
            -        adat istiadat rasmi
            -        hari Kebangsaan
            -        Hari Keputeraan DYMM Yang d-Pertuan Agong
[ 2 markah ]
             d) Mengapakah kita patut mengibarkan bendera Malaysia?

            -        Membangkitkan semangat kebangsaan
            -        Melahirkan rasa bangga kepada negara
            -        Simbol perpaduan rakyat
            -        Simbol kedaulatan negara
            -        Menghormati negara
            -        Memuliakan negara
[ 3 markah ]


ITEM ESEI

Muka Surat  258

2 a)         Nyatakan kesan yang berlaku di Tanah Melayu akibat dasar British
               memperkenalkan pertanian dagangan
[ 05 markah ]


Tanaman
-
Memperkenalkan tanaman baru seperti kopi, tembakau dan getah
Komersial
-
Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
Ladang
-
Tanaman diusahakan secara ladang
Milik
-
Pengenalan undang-undang pemilikan tanah bagi menguasai ekonomi
Lindung
-
Melindungi dan mengelakkan tanah milik Melayu daripada dicerobohi pemodal dan pelabur asing
Buruh
-
Membawa masuk buruh  dari China dan India

                                                                                                                                  
Muka Surat  258 - 261

  b)        Jelaskan sebab British memperkenalkan Undang-Undang Tanah di Tanah Melayu?
[ 08 markah ]


Elemen    
-
Tanah merupakan elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah
Pemilikan
-
Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan oleh masyarakat Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat
Rekod
-
Sistem pemilikan tanah di kalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan
Tulis
-
Rekod bertulis penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah
Tadbir
-
Memudahkan urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa beli,penjualan dan pembelian
Cagaran
-
Tanah boleh dijadikan cagaran untuk mendapatkan modal
Bahagi
-
Tanah dapat dibahagikan mengikut kegunaan dan nilai komersil seperti tanah ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan
Cukai
-
Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan
Mohon
-
Menetapkan individu yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan membuat permohonan di pejabat tanah
Kebenaran
-
Masyarakat tempatan perlu mendapatkan kebenaran daripada pejabat tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah damar dan rotan


Muka Surat  258 – 260

  c)        Terangkan kesan pengenalan Undang-Undang Tanah oleh British ke atas masyarakat
              Melayu?
[ 07 markah ]


Ingin
-
-
Individu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui pejabat tanah
Kuasa
-
Memberikan kuasa kepada Residen negeri menentukan kawasan konsesi tanah yang diberikan kepada pemodal
Wang
-
Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu
Urusan
-
Semua urusan jual beli,cukai,,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan
dibayar dengan wang
Pinjam
 -
Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang
Jual

Ramai orang Melayu menjualkan tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang








Muka Surat  260 – 261

3 a)        Huraikan tindakan yang diambil oleh British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
[ 12 markah ]


Lulus
-
Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan akta Tanah simpanan Melayu 1913
Jamin
-
Tujuan akta ialah untuk menjamin kelangsungan ekonomi dan politik orang
Melayu pada masa depan
Elak
-
Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing
Kuasa
-
Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana tanah hak milik orang Melayu sebagai Tanah Simpanan Melayu
Benar
-
Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial
Tetap
-
Undang-undang menetapkan jenis tanaman kelapa dan padi
LO
-
Memperkenalkan Land Oder 1931 yang memperuntukkan hak milik tanah
peribumi Sarawak
Lindung
-
Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China untuk
kegiatan pertanian
LSO
-
Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak
tanah peribumi
Warisan
-
Pemilikan tanah hanya boleh dilakukan secara warisan
Elak
-
Mengelakkan berlaku pemajakan tanah ,pemecahan dan penjualan tanah
terhadap tanah warisan
Bahagi
-
Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah
simpanan, dan tanah pedalaman
Campuran
-
Golongan imigran hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran
Warta
-
Mewartakan proklamasi 111 Perlindungan Hak Peribumi 1889
PD
-
Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah
peribumi Sabah
Urusniaga
-
Menganggap tidak sah segala urusniaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888
Kuasa
-
Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urusniaga tanah dengan orang Eropah
Tuntut
-
Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang
dijual kepada orang asing



Muka Surat  261 – 262
  b)        Mengapakah orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British?
[  8 markah ]
                        

Benar
-
Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah
Premium
-
Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah
Larang
-
Melarang pembukaan tanah baru untuk penanaman getah
Stevenson
-
Memperkenalkan Sekatan Stevenson untuk melindungi peladang Eropah
semasa kejatuhan harga getah
Rendah
-
Memberi kuota yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu
Tidak
-
Tidak memberi keutamaan kepada nasib rakyat tempatan
Utama
-
Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprodor yang mengaut keuntungan Negara
Skim
-
Menggalakkan pelaburan Eropah menerusi skim perladangan
Tawar
-
Insentif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada
pekebun kecill



No comments:

Post a Comment