Wednesday, October 27, 2010

Teks-teks Tumpuan BM Bahagian Komsas SPM 2010

Calon-calon SPM Nov 2010 disarankan agar memberi PERHATIAN & TUMPUAN yang lebih terhadap teks-teks berikut memandangkan teks -teks ini belum disoal (sejak SPM Nov 2001 hingga SPM Jun 2010):
CERPEN                                                                                                                                                      a. Annyys Sophillea (Anak Laut)
b. Lambaian Malar Hijau (Anak Laut)
PROSA KLASIK
a. Sabor (Kerusi)
SAJAK
a. Jalan-Jalan Raya Kotaku (Anak Laut)
b. Duhai Pentafsir (Kerusi)
c. Di Ruang Gemanya (Kerusi)
PUISI TRADISIONAL
a. Seloka Pak Kaduk (Anak Laut)
b. Pantun Enam Kerat (Kerusi)
c. Syair Kelebihan Ilmu (Kerusi)
Selain itu, teks-teks berikut pada hemat saya, juga perlu diberi PERHATIAN & TUMPUAN:
CERPEN
a. Tragedi (Kerusi) SPM Nov 2001
b. Sebutir Pasir Di Kaki (Kerusi) SPM Jun 2002
c. Aku, Kris & Kristal (Kerusi) SPM Jun 2004
DRAMA
a. Jangan Bunuh Rama-Rama (Kerusi) SPM Jun 2006
b. Kerusi (Kerusi) SPM Jun 2009
PROSA KLASIK
a. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya (AL) SPM Nov 2001, SPM Nov 2005
b. Pertarungan Tuah Dengan Jebat (Anak Laut) SPM Jun 2002, SPM Jun 2007
c. Peminangan Puteri Gunung Ledang (Anak Laut) SPM Nov 2008

PUISI TRADISIONAL
a. Syair Jong Pecah (Kerusi) - syair ini agak panjang dan hanya sebahagian yang pernah dipetik untuk disoal. SPM Jun 2002
Untuk soalan Novel (4a & 4b) , semua aspek kajian sastera, pemahaman, kemahiran berfikir dan kemahiran mengarang perlu diberi perhatian. Aspek-aspek tersebut perlu dikuasai, difahami dan dihayati oleh calon untuk menghasilkan jawapan yang tepat, lengkap, terperinci dan kemas. Antara perkara yang telah disoal dalam peperiksaan percubaan SPM 2010 negeri baru-baru ini adalah seperti:
  • menjelaskan dua peristiwa semangat tolong-menolong dalam masyarakat
  • menjelaskan dua contoh nilai tanggungawab
  • menghuraikan dua nilai berdikari
  • menjelaskan dua peristiwa tindakan watak utama yang wajar diberi pujian
  • menghuraikan dua peristiwa yang menimbulkan perasaan tertanya-tanya kepada pembaca
  • menjelaskan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca
  • menjelaskan dua persoalan yang berkait dengan kepimpinan
  • menjelaskan dua peristiwa yang menunjukkan nilai keberanian
  • menghuraikan cara watak utama menimbulkan kesedaran dalam kalangan pembaca
  • menghuraikan bentuk kepincangan masyarakat dalam novel
  • menjelaskan pengorbanan yang telah dilakukan oleh satu watak ( 2 novel )
  • menghuraikan perbezaan latar masyarakat ( 2 novel )
  • menghuraikan satu peristiwa yang menunjukkan usaha watak-watak saling membantu dalam menyelesaikan masalah (2 novel)
  • menghuraikan satu perwatakan watak sampingan yang mempunyai kaitan rapat dengan watak utama ( 2 novel)
  • menjelaskan dua pengajaran ( 2 novel )
  • menghuraikan satu peristiwa kebijaksanaan watak utama menyelesaikan masalah ( 2 novel )
  • membandingkan perwatakan satu watak sampingan ( 2 novel )
  • menjelaskan perselisihan pendapat yang terdapat antara watak

No comments:

Post a Comment