Tuesday, November 2, 2010

ANDA ORANG BIASA ATAU LUAR BIASA?

Orang biasa, sekadar melakukan perkara yang biasa-biasa kerana pemikiran mereka membuat mereka sanggup melakukan perkara biasa saja, bukan yang luar biasa. Mereka selalunya :
1. Sentiasa mahu selesa, selamat, tetap.( sentiasa mahu berada dalam zon selesa )
2. Sentiasa mahu senang dan bermalas-malasan. ( enggan berusaha )
3. Sering kali mencari jalan mudah. ( sambil lewa )
4. Mengelak daripada kesakitan, kegagalan dan seboleh mungkin, tidak mahu terlibat dengan perkara-
    perkara yang menggagalkan.
5. Melihat orang lain dengan penuh kedengkian, rasa meluat dan sakit hati. ( sentiasa mengkritik )
6. Tidak selesa dengan perubahan & transformasi.
7. Suka pada kerja rutin.
8. Melakukan tugas / kerja / amanah yang diberi "secukup rasa". 

Orang luar biasa, sanggup melakukan perkara yang luar biasa, lain daripada kebiasaan yang normal. Golongan sebegini hanya ada sedikit dalam kalangan kita dan senang dikenal pasti kerana mereka :
1.     Sanggup tetapkan matlamat yang di luar jangkauan mereka sendiri. ( optimis )
2.     Menetapkan visi dan misi hidup dan perjuangan yang jelas. ( bervisi )
3.     Sanggup bekerja kuat dua kali ganda atau lebih. ( kerja keras )
4.     Sanggup bersusah payah, kerana mereka sedar dan tahu hukum susah dahulu, senang kemudian.
5.     Sanggup berdepan dengan kesakitan, kesusahan, kegagalan.
6.     Melihat sesiapa saja dengan penuh kagum ( sentiasa belajar daripada kebaikan orang lain )
7.     Sentiasa membandingkan dirinya dengan orang yang lebih luar biasa, tetapi tidak sesekali
        dengan orang biasa. ( bersaing secara positif )
8.     Tabah berdepan dengan kritikan dan kata-kata nista. ( hati terbuka )
9.     Ekstrem, melakukan sesuatu lebih banyak daripada yang dilakukan oleh ramai orang.
10.   Tidak pernah putus asa ( Never Give Up)
11.   Tidak mengharapkan balasan dan pujian semata-mata
12.   Menganggap kerja sebagai satu ibadat dan seronok bekerja. 
13.   Do What Need To Be Done / Proaktif
14.   Suka berbincang mengenai perkara yang dapat mengubah diri ke arah kecemerlangan 

Satu lagi, orang luar biasa berani gagal, berani bangkit daripada kegagalan, walau mereka boleh rugi
berjuta-juta ringgit...terpaksa mengambil kos melepas...

Anda yang mana satu? Biasa atau luar biasa? Tanya diri anda.
Jika berasa diri masih tergolong dalam kategori orang biasa, ubah menjadi orang luar biasa hari ini juga! Hidupkan semangat bermula dalam diri jiwa anda…

No comments:

Post a Comment