Wednesday, November 17, 2010

Karangan 1 Malaysia : Peranan remaja

Bincangkan peranan anda sebagai remaja dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh pemimpin negara.
PendahuluanGagasan 1 Malaysia telah diperkenalkan oleh pemimpin negara.
Slogan 1 Malaysia - Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
Rakyat Malaysia perlu menghayati falsafah gagasan ini, terutama golongan remaja.
Isi 1- Remaja melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
- Menguasai ilmu pengetahuan baharu selaras dengan perkembangan zaman.
- Tujuannya untuk membolehkan remaja menjadi cemerlang dan matang.
- Peribahasa : jika tidak dipecahkan ruyung, di mana akan mendapat sagunya.
Isi 2- Remaja mengamalkan semangat perpaduan.
- Hormat-menghormati antara satu sama lain / sikap bertolak ansur.
- Memahami budaya, agama yang pelbagai.
- Bergerak seiring untuk mencapai negara maju / negara industri baru.
- Peribahasa : Ke gunung sama di daki, ke lurah sama dituruni.
Isi 3- Remaja memantapkan sahsiah diri / memantapkan santapan rohaniah.
- Mengamalkan budaya sopan santun / berhemah tinggi.
- melengkapkan diri dengan ajaran agama dan pendidikan moral.
- Remaja Malaysia menjadi ikon imej baik di peringkat global.
- Peribahasa : kalau sudah benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau.
Isi 4- Menghayati dan mengamalkan Rukun Negara.
- menjadi warganegara yang berintegriti / bertanggungjawab.
- pembentukan modal insan yang cemerlang / kelas pertama / bertaraf dunia.
- memacu negara ke arah pencapaian wawasan 2020.
- Peribahasa : bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
KesimpulanRemaja ialah aset penting negara. Semua pihak perlu mendidik remaja ke arah pencapaian matlamat Gagasan 1 Malaysia. Usaha yang berterusan akan menjadikan remaja hari ini sebagai pemimpin yang berkaliber pada masa depan.

No comments:

Post a Comment