Tuesday, November 2, 2010

Sepintas lalu Cerpen Lambaian Malar Hijau & Syair Kelebihan Ilmu ( VIIQ 2010 )

Tema: 
Perasaan cinta akan alam sekitar dan kehidupan yang telah sebati dalam diri. Daneng tidak mahu meneruskan persekolahannnya kerana menganggap kehidupannya hanya sekadar mewarisi pekerjaan nenek moyangnya. Bagi Daneng tiada ada istilah "miskin" dalam kehidupannya dan masyarakat orang asli yg lain.

Persoalan:
1. Kegigihan guru dalam usaha melaksanakan tanggungjawab akan menentukan kejayaan pelajarnya. Contoh kegigihan Cikgu Jo memujuk Daneng meneruskan persekolahan akhirnya berbaloi dengan kejayaan Daneng dlm bidang akademik.
2. Ketenangan hidup di kawasan pedalaman yg masih kaya dgn alam semula jadi.
3. Kemiskinnan dan kemunduran hidup msykt org asli.
4. Pengeksploitasian hutan belantara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

NILAI:
1. Kasih sayang : cth - Cikgu Jo sangat sayang akan Daneng sebagai pelajarnya.
2. Gigih dan cekal - Cth - Cikgu Jo begitu gigih memujuk dan menasihati Daneng supaya meneruskanan pelajaraanya.
3. Mengenang jasa - Cth : Daneng sentiasa mengenang jasa Cikgu Jo yg menasihati dan memberikan motivasi supaya meneruskan pelajarannya.
4. Amanah -Cth: Cikgu Jo merupakan seorang guru yg menjalankan tugasnya dgn amanah.

Berdasarkan pengamatan dan kajian di berapa buah negeri..ternyata Syair Kelebihan Ilmu menjadi pilihan untuk disoal dalam BM SPM tahun ini. Oleh itu..paparan ini memberikan mauduk ringkas dan padat perihal Syair tersebut:

Tema:
kelebihan ilmu dan keistimewaan orang yang berilmu

Persoalan:
1. Ilmu pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia
2. Orang yang memiliki ilmu/berilmu akan dipandang mulia
3. Ilmu membolehkan manusia hidup bahagia di dunia dan akhirat

Nilai Murni
1. menghargai - Ilmu wajar dituntut dan diamalkan oleh semua insan kerana ilmu membantu manusia dalam segala hal
2. Gigih - gigih untuk menuntut ilmu di dunia dan di akhirat
3. Hormat-menghoprmati - menghormati org yang berilmi
4. Cinta akan ilmu - ilmu ialah harta yang tidak dapat dihitung dgn kebendaan kerana ilmu perlu dicari dan dijadikan amalan hidup sepanjang hayat.

No comments:

Post a Comment