Sunday, March 20, 2011

Tips dan Cara Menjaga LCD Handphone

Tips dan Cara Menjaga LCD Handphone

Jika handphone anda masih dalam warranty sebaiknya jangan melakukan perubahan atau dalam bahasa Inggeris "Modification". Kalau rosak tiada ganti rugi.

Pada kebiasaannya setiap handphone "touch screen" akan mengalami masalah pada bahagian LCD selepas 2 tahun digunakan. Jika demikian datanglah ke servis rasmi untuk membaikinya.

Jangan rajin goncang-goncang handphone anda. Maklumlah paparan skrin akan berubah-ubah bila digoncang. Canggihlah...katakan! LCD akan mudah rosak jika anda suka goncang-goncang handphone semata-mata nak tunjuk kecanggihannya.

Jangan gunakan kuku yang tajam (biasanya pengguna perempuan) apabila gunakan aplikasi "touch screen" biasakan pakai pen yang telah disediakan. Kuku yang tajam boleh mengoyakkan skrin. kalau dah koyak...habislah...LCD jadi gelaaap... saja.

Jangan dedahkan handphone anda pada cahaya matahari yang tengah panas terik. Ini akan mengurangkan kualiti kristal pada LCD.

Jangan jatuh sehingga pecah skrin handphone. Kalau suka pakai tali dan gantung pada leher. Kalau mau smart lagi...beli sarung "beg" lekat di pinggang. ceh..!!! macam pegawai korporat.   Perempuan kurang masalah...sebab handphone dalam beg . Cuma masalahnya...dalam beg tu banyak benda lain. Gincu...mekap...pencabut bulu kening...gunting bulu kaki...kacip kuku...kunci kereta...tisu...ehh!! banyaknya..sampai susah mau cari handphone apabila ada 'call in'.  Selamat menjaga handphone yang mahal...tu.

No comments:

Post a Comment