Sunday, May 22, 2011

Tingkatan 6 vs Diploma

Pelajar-pelajar boleh membuat perbandingan secara kasar antara Tingkatan 6 dengan program Diploma melalui link berikut.

Saturday, May 7, 2011

Thera are ANGELS God puts on this Earth - MOTHER

Happy Mother's Day

Mothers hold their children's hands for a short while, but their hearts forever. 

Hundreds of dewdrops to greet the dawn,
Hundreds of bees in the purple clover,
Hundreds of butterflies on the lawn,
But only one mother the wide world over.


When you are a mother, you are never really alone in your thoughts.  A mother always has to think twice, once for herself and once for her child. 

I LOVE YOU, MUM !

Wednesday, May 4, 2011

Minyak pelincir ; 1 pengenalan 1 perkongsian !

Apakah fungsi minyak pelincir?
Minyak pelincir ( bahasa mudahnya minyak hitam ) berfungsi melicinkan bahagian enjin untuk mengurangkan geseran, supaya engin boleh bergerak lancar dan dilindungi daripada menjadi haus. Lebih baik kualiti minyak pelincir, lebih baik perlindungan dan prestasinya.

Bolehkah minyak pelincir berlainan jenama dicampurkan?
Kebanyakan minyak pelincir berasaskan mineral boleh bercampur antara satu sama lain. Bahan tambah yang dicampur memang kurang berkesan. Bagi minyak pelincir sintetik, ia harus digunakan secara penuh hati-hati. Sesetengahnya tidak boleh bercampur sepenuhnya dengan minyak pelincir mineral atau sintetik lain. Apabila menukar daripada satu jenis kepada satu jenis yang lain, sempurnakan penukaran minyak pelincir untuk hasil yang maksimum.

Apakah perbezaan antara minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik?
Minyak pelincir mineral diperoleh dari minyak mentah petroleum yang ditapis. Minyak pelincir sintetik prestasi tinggi telah melalui rawatan kimia yang kompleks dan menyebabkan minyak pelincir sintetik mempunyai ciri-ciri fizikal dan kimia yang kuat. Dengan mengeksploitasikan ciri-ciri yang unggul ini, enjin boleh dilindungi dengan lebih baik dan sempurna.
Minyak pelincir saya menjadi hitam dalam beberapa hari sahaja apabila saya menukarnya. Adakah ini fenomena biasa?
Jika minyak pelincir bertukar warna bermakna ia berfungsi. Minyak pelincir yang baik mengandungi bahan tambah pencuci untuk membersih enjin dan menyebabkan minyak pelincir bertukar hitam. Jika minyak pelincir tidak bertukar hitam ini boleh disebabkan tiadanya bahan tambah pencuci di dalam minyak pelincir tersebut dan enapan masih melekat pada bahagian enjin.

Apakah maksud 5W-40?

Minyak pelincir ini ialah minyak pelincir multigred. Kesemua angka 5W, 10W, dan 40 mewakili gred kelikatan SAE*. 5W-40 bermakna minyak pelincir ini mempunyai unsur suhu rendah minyak pelincir 5W pada suhu rendah dan bertindak sebagai minyak pelincir kelikatan lebih tinggi (40) pada suhu tinggi. Minyak pelincir dengan satu angka, dikenali sebagai minyak pelincir monogred meliputi rangkaian suhu yang lebih kecil kerana sama ada ia terlalu likat atau terlalu cair pada suhu lain.

Adakah minyak pelincir yang lebih likat lebih baik. ?
Tidak semestinya. Kelikatan minyak dipilih untuk disesuaikan dengan sesuatu enjin. Minyak pelincir yang terlalu cair tidak mampu memberikan pelinciran yang mencukupi dan boleh menyebabkan penggunaan minyak pelincir yang banyak.  Jika terlalu likat pula, ia mungkin memberikan masalah seperti kurang kuasa, panas melampau, pengedaran lemah dan mengurangkan penjimatan bahan api.

*SAE - Society of Automotive Engineer
(Artikel ini dipetik daripada brosur pengedar minyak pelincir tempatan)

Tahukah anda ? HAK SEBAGAI PENGGUNA ?

Majoriti pengguna tidak mengetahui hak dan tanggungjawab mereka !
Tidak kira di mana jua kita berada dan apa juga status kehidupan kita, kita semua adalah pengguna kerana kita membeli dan menggunakan perkhidmatan. Tiada ada sesiapa pun yang terkecuali daripada menjadi pengguna. Namun begitu, masih ramai yang berpendapat bahawa isu dan masalah pengguna adalah sesuatu yang tidak penting bagi mereka sehinggalah apabila mereka menghadapi sesuatu masalah.

Adakah semua pengguna mengetahui tentang lapan hak pengguna ? Misalnya hak untuk mendapatkan keperluan asas, mendapatkan keselamatan, mendapatkan maklumat, membuat pilihan, bersuara , mendapatkan ganti rugi, mendapatkan pendidikan pengguna dan akhirnya untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat.
Berdasarkan aduan yang sering diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), jelas menunjukkan bahawa banyak masalah yang dihadapi oleh pengadu , kegagalan mereka mengetahui tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna. Inilah masalah utama pengguna di Malaysia. Kebanyakannya tidak sedar akan kesilapan dan kecuaian mereka sendiri dan hanya mempersoalkan kesilapan penjual sahaja.

Oleh itu, pengguna perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu kepenggunaan. Apabila mereka ini dapat menjadi pengguna yang bijak dan lestari, maka mereka mampu untuk menangani masalah yang bakal dihadapi dan dapat bertindak dengan bijak. Pengetahuan seperti meneliti tarikh luput sesuatu barang, keadaan dan kualiti barangan sebelum membawanya balik dan sebagainya, akan membantu mereka untuk menggunakan barang yang selamat. Di samping itu mereka juga perlu bertindak menegur penjual yang melakukan kecuaian.

Satu lagi kelemahan besar pengguna ialah kegagalan mereka untuk berkata, “Tidak” dan cepat mengambil keputusan membeli walaupun tidak mahukan perkhidmatan ataupun produk berkenaan. Akhirnya, selepas menandatangani suatu perjanjian atau kontrak perkhidmatan, mereka menghadapi banyak kesulitan untuk membatalkanya. Ini kerana sebarang perjanjian ataupun kontrak yang ditandatangani adalah sah di sisi undang-undang.

Pengguna perlu sentiasa sedar bahawa hak membuat pilihan adalah dalam tangan mereka sendiri. Hak tersebut perlu digunakan dengan berwaspada dan setiap keputusan yang dibuat harus dipikul bebannya. Sekiranya penjual yang memberikan layanan yang tidak memuaskan, tidak seperti yang dijanjikan, maka pengguna berhak untuk bersuara dan mendapatkan ganti rugi ataupun mendapat perlindungan yang sewajarnya!.INGAT, Kuasa Pengguna Dalam Tangga Anda. Jangan Abaikannya !!!

AMALAN KESELAMATAN BAS EKSPRES , SELAMATKAH PENUMPANG ?

Kemalangan ngeri yang berlaku di Simpang Pulai pada tahun 2010 telah menyebabkan kematian 27 orang. Tiga tahun lalu, di Bukit Gantang, 22 orang telah meninggal akibat kemalangan yang sama, yang melibatkan bas ekspres. Setiap tahun pasti berlaku kemalangan jalan raya yang membawa maut walaupun berbagai-bagai jenis kempen keselamatan jalan raya telah diadakan.Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan kemalangan bas ekspres yang boleh dijadikan sebagai panduan.
1. Apakah punca sebenar berlaku kemalangan bas ekspres?
a. Keadaan bas, keadaan cuaca.
b. Pemandu yang cuai dan tidak berhemat ketika berada di jalan raya

2. Nyatakan ciri-ciri keselamatan pada bas ekspres?
a. Di Malaysia, terdapat kod amalan keselamatan, kesihatan dan Persekitaran bagi sektor pengangkutan yang menyatakan aspek untuk keselamatan pengangkutan di atas jalan raya
b. Di Vancouver, Kanada, terdapat Garis Panduan Reka Bentuk Perkhidmatan Bas Ekspres yang menjelaskan tentang semua aspek reka bentuk bas dan perkhidmatan bas yang lain seperti perjalanan dan stesen bas
c. Standard keselamatan seperti United Nation Economic Commission for Europe (UNECE) R66, R80 and R36

3. Apakah kelayakan untuk menjadi seorang pemandu bas ekspres?
a. Semua pemandu komersial mesti mempunyai lesen yang sah
b. Menjalani latihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
c. Mereka perlu mengamalkan corak kehidupan yang sihat dan mempunyai keadaan fizikal yang kuat.

4. Adakah pemandu bas ekspres memerlukan latihan?
a. Pemandu bas perlu diberikan latihan yang komprehensif
b. Pemandu juga memerlukan kelas ulangkaji dari masa ke masa untuk memantapkan kemahiran mereka

5. Kenapa bas dua tingkat tidak boleh digunakan dalam perjalanan jauh?
a. Terlalu tinggi untuk mengekalkan keseimbangannya
b. Tidak begitu stabil apabila bergerak di lebuhraya dan semasa memusing
c. Lebih sesuai untuk perjalanan dalam bandar sahaja

6. Apakah prosedur yang dicadangkan untuk keselamatan bas?
a. Mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan
b. Keadaan bas hendaklah diperiksa dari masa ke masa
c. Mempunyai pemandu yang terlatih dan bertanggungjawab

7. Apakah yang membimbangkan berdasarkan trend kemalangan jalan raya di Malaysia?
a. Sikap rakyat yang tidak berubah ketika berada di jalan raya, memandu dengan kasar
b. Tahap pematuhan undang-undang masih rendah dan pemandu gagal mengawal emosi ketika memandu seperti cepat marah dan mementingkan diri.

8. Adakah masyarakat sendiri perlu bertanggungjawab untuk kemalangan di jalan raya?

a. Masyarakat perlu mematuhi peraturan jalan raya di atas jalan raya
b. Pemandu perlu bersikap toleransi dan beretika ketika berada di jalan raya.

9. Bagaimana hendak mendisiplinkan pengguna supaya mampu mencapai tahap seperti negara maju ?
a. Pendidikan keselamatan jalan raya perlu diberikan di peringkat sekolah.
b. Penguatkuasaan berkaitan kesalahan jalan raya perlu diketatkan.

Kemalangan sering berlaku di Malaysia kerana aspek keselamatan dikawal selia oleh terlalu banyak agensi. Selain itu, tiada satu dasar tentang keselamatan jalan raya. Oleh itu, sudah tiba masanya perlu satu penyelarasan antara pihak berkuasa berkaitan pengangkutan bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin.

Sumber : Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia

KECEKAPAN SISTEM PENGANGKUTAN AWAM UMPAMA MIMPI DI SIANG HARI !

Pernah terfikirkah untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam pergi ke sesuatu destinasi?

        Ini mungkin merupakan persoalan yang kurang diberikan perhatian. Namun yang pastinya ketidakcekapan sistem pengangkutan awam yang sedia ada merupakan faktor utama orang ramai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri.
        Kelemahan sistem pengangkutan awam di Malaysia bukan sahaja terhad di bandar raya-bandar raya utama sahaja, malah turut berlaku di kawasan bandar dan luar bandar.
        Masalah berkaitan dengan perkhidmatan pengangkutan awam bukanlah perkara yang baru. Setiap tahun kerajaan membuat kenyataan  untuk memperbaiki dan mempertingkatkan  mutu perkhidmatan pengangkutan awam. Tetapi tahun demi tahun isu tersebut masih menjadi tanda tanya sama ada kerajaan serius dalam menangani masalah tersebut ataupun ia merupakan sesuatu isu yang tiada jalan penyelesaiannya. Seolah-olah kerajaan menghadapi jalan buntu untuk menyelesaikan masalah yang merupakan salah satu keperluan asas rakyat di negara ini.
        Setiap kali kerajaan mengambil keputusan untuk menaikkan harga minyak, salah satu isu yang akan menjadi fokus utama ialah menaiktaraf sistem pengangkutan awam yang sedia ada, agar rakyat akan lebih bersedia menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif. Warga kota pula perlu mengeluarkan wang tambahan untuk membayar tempat letak kereta.
        Penyedia perkhidmatan pengakutan awam seperti syarikat-syarikat bas, teksi dan tren akan mengambil kesempatan sebaik sahaja harga minyak naik untuk menaikkan harga tiket di atas alasan kos bahan api dan pada masa yang sama janji untuk menyediakan perkidmatan yang lebih baik.
        Perkhidmatan pengangkutan awam adalah isu awam dan kelemahan sistem pengakutan awam haruslah diberikan tumpuan yang lebih serius. Pengguna hendaklah menggunakan kuasa mereka untuk memberikan maklum balas terhadap perkhidmatan yang tidak memuaskan. Ia juga merupakan salah satu hak pengguna untuk menyuarkan rasa tidak puas hati.
        Pengguna juga perlu bahawa ialah isu perkhidmatan awam adalah melibatkan semua pihak. Oleh itu, mereka perlu tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat seperti membuat aduan kepada Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), yang akan mewakili pengguna menyuarakan isu yang menekan para pengguna ini.
        Tahun 2020 merupakan tahun amat bermakna bagi setiap rakyat Malaysia. Persoalannya, adakah kita bersedia menyambut wawasan 2020 tersebut? Kecekapan pengangkutan awam adalah keperluan asas bagi setiap pengguna.
Sumber FOMCA.

PANDUAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN TEKSI !

Berdasarkan kajian yang dibuat kepada pelancong yang datang ke Malaysia, perkhidmatan teksi menduduki tangga pertama tentang perkara yang pelancong tidak suka mengenai negara kita, Malaysia.

Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah menerima 1,232 aduan terhadap pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dari bulan Januari hingga November tahun 2009. Daripada jumlah itu, 493 telah dikompaun, 294 diberi amaran, satu digantung permit, 320 masih disiasat manakala 124 dibebaskan kerana tiada kes. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberi resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.
Namun begitu, terdapat satu lagi kesalahan yang mungkin tidak disedari oleh pengguna. Pernahkah pemandu teksi bertanya sama ada anda mengetahui atau tidak jalan ke destinasi yang anda ingin pergi? Sekiranya pernah, adakah anda sedar bahawa soalan ini berkemungkinan juga adalah salah satu taktik penipuan? Pemandu teksi akan menggunakan jalan yang lebih jauh ke destinasi kerana penumpang tidak mengetahui perkara tersebut. Tidak ramai pengguna yang menyedari mengenai perkara ini. Pemandu teksi telah menggunakan penumpang untuk mendapatkan wang bayaran yang lebih tinggi.

Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelakkan ditipu oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi. 

Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.

Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.

Sediakan wang kecil secukupnya

Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggung jawab untuk mendapatkan keuntungan. Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini.

Pilih teksi yang menggunakan meter
Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.

Bincang harga terlebih dahulu

Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.

Simpan resit

Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.

Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.

Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.

PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.

MAKLUMAT DIPERLUKAN
Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:
• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Nombor kenderaan
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi
Aduan berhubungkait dengan perkhidmatan teksi boleh dirujuk kepada:
Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan LPKP:
Web: http://e.kpun.gov.my/teksi/
Tel: 03 2698 5022,Fax: 03 2692 5096
Aduan & Maklumbalas Pengguna Teksi: http://www.kpun.gov.my/borang/maklumbalas.php
Semakan Maklumat Teksi: http://e.kpun.gov.my/teksi/info.htm

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Malaysia (NCCC)
No.1D, Bangunan SKPPK, Jln SS9A/17, 47300 Petaling Jaya, Selangor.
Web: www.nccc.org.my , E-MAIL: nccc@nccc.org.my This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Teal: 03 7877 9000, Fax: 03 7874 8097, SMS: 013 692 3826
Artikel asal oleh FOMCA


Pasar raya besar (hypermarket) menguntungkan petani dan pengguna ?

Adakah kewujudan pasar raya besar menguntungkan petani dan pengguna ?
Pasar raya besar mulai wujud di Malaysia semenjak tahun 1980-an. Antara pasar raya besar ini ialah Giant, Jaya Jusco, Makro, Parkson, Carrefour dan Tesco. Pasar raya telah mendapat sambutan hangat dan semakin popular dalam kalangan Malaysia, kerana tarikan konsep ‘semuanya di bawah satu bumbung’.
Peningkatan kos sara hidup dan keperluan terhadap ‘wang’ telah meningkatkan peluang dan permintaan terhadap barangan yang berharga rendah di pasar raya. Para penjual yang mampu menawarkan barangan pada harga yang rendah akan memperoleh jualan daripada pengguna yang kini semakin cermat dengan perbelanjaan masing-masing.
Pengarah Urusan Synovate Malaysia, Steve Murphy berkata, masyarakat Malaysia sudah menukar gaya dan kelakuan mereka semasa membeli-belah dan lebih memberi keutamaan kepada pasar raya. Pengguna yang berpendapatan tinggi dan sederhana membelanjakan wang mereka di pasar raya, kemudian di  kedai runcit. Sejak kemunculan pasar raya, sudah menjadi kebiasaan masyarakat Malaysia yang bermastautin di kawasan bandar untuk membeli-belah di pasar raya sementara masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman pula terus membeli daripada kedai-kedai runcit dan pasar-pasar. Ini telah memberi ruang kepada pertumbuhan “pasar raya” di Malaysia seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan pasar tidak dapat menyaingi  pasar raya. Dari segi ekonomi, pasar raya-pasar raya ini akan membuat pembelian secara pukal pada kos pengeluaran yang murah serta mengalihkannya kepada pengguna dengan harga yang rendah. Selain daripada itu, peningkatan dalam kos pengangkutan mampu mempengaruhi peniaga kecil-kecilan berbanding pasar raya.  Pada masa yang sama, pasar raya mempunyai cara tersendiri untuk menarik minat pelanggan dan mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Sebagai contoh, ‘Tesco Clubcard’ memberi ruang kepada pelanggan untuk mengutip “points” bagi setiap pembelian dan mendapat baucar sebagai pulangan. 

Kebanyakan pembeli berasa kurang selesa apabila hendak tawar-menawar harga dengan penjual. Sementara di pasar raya- pasar raya besar, semua harga dan berat barangan dinyatakan dengan jelas. Di samping itu, pasar raya mempunyai teknik yang lebih sistematik bagi mengekalkan kesegaran sesuatu bahan makanan. Segala stok dibeli secara harian yang dibawa ke bilik sejuk bagi menjaga kesegarannya. Pengguna, terutamanya isteri yang menjalani gaya hidup moden pada hari ini, gemar membeli-belah di tempat yang berhawa dingin dan persekitaran yang bersih berbanding dengan tempat yang berbau dan kurang menyenangkan. 

Adakah senario ini akan membunuh peniaga kecil-kecilan di Malaysia? Kemunculan pasar raya- pasar raya besar telah melemahkan lagi peluang yang sedia ada kepada peniaga kecil-kecilan dan telah meningkatkan kadar pengangguran dalam kalangan peniaga. Secara umum, kita sebagai pengguna lebih bergantung kepada satu sumber dan ia membawa kepada persaingan yang kurang sihat semenjak pasar raya menguasai pasaran. Oleh kerana itu, pasar raya menjadi penjual runcit yang dominan dalam penetapan harga kepada petani-petani dan membunuh petani kecil-kecilan.

‘Pasar’ yang merupakan pusaka negara pada suatu masa dahulu, kini telah punah setelah kemasukan peruncit gergasi ini. Adakah ini merupakan satu kebaikan atau keburukan kepada pengguna?

Artikel asal oleh CRRC

NANOTEKNOLOGI DENGAN PENGGUNA

NANOTEKNOLOGI DENGAN PENGGUNA       
Pada tahun 1974, seorang profesor dari Tokyo Science University, Norio Taniguchi memberi definisi kepada nanoteknologi sebagai proses pengasingan, pengabungan dan pengubahan struktur sesuatu bahan di peringkat atom atau molekul.
Secara am, nanoteknologi merupakan satu proses yang diaplikasikan di peringkat atom dan molekul, biasanya dalam lingkungan saiz 100 nanometer atau lebih kecil, pemprosesan produk atau alatan adalah di antara saiz ini.
Dalam skala nanometer, asas fizikal, kimia dan biologi sesuatu bahan adalah berbeza bagi setiap atom. Perbezaan ini merupakan khazanah yang berguna dalam kajian sains.
Berapakah kecilnya satu nanometer?
Organisasi standardisasi antarabangsa (International Organization for Standardization, ISO) menafsirkan bahawa satu meter merupakan jarak cahaya bergerak dalam vakum dalam masa satu per 299 792 458 saat, jadi satu nanometer merupakan satu per 1,000,000,000 (10-9) meter.
Kenapa kecil adalah baik?
1.    Cepat
2.    Ringan
3.    Boleh muat ke ruang yang kecil
4.    Murah
5.    Lebih cekap penggunaan tenaga
6.    Properties berbeza dalam ukuran yang kecil
Kenapa fokus pada saiz nanometer?
Ekonomi mendorong kegunaan saiz nanometer:
1.    Lebih ringan dan kurang bahan asas
2.    Jangka hayat yang panjang
3.    Properties yang luar biasa
Kebaikan nanoteknologi dalam kehidupan seharian
Akibat perkembangan dalam bidang nanoteknologi, orang ramai dapat menikmati:
1.    Komputer yang lebih berkuasa dan ruang penyimpanan data yang lebih besar.
2.    Analisis yang cepat dengan kuantiti sampel yang kecil
3.    Penemuan baru dalam dianogsis perubatan, rawatan dan penyaluran ubat ke destinasi yang
       tertentu dalam badan
4.    Menghasilkan industri yang cekap tenaga
5.    Bahan yang 100 kali lebih bertahan
6.    Teknologi baru untuk penghasilan tenaga dan perubahan tenaga (sel bahan api dan fotovoltik)
7.    Super konduktor untuk tujuan kecekapan tenaga
8.    Nanorobot untuk tujuan pembedahan yang lebih terperinci
Di manakah nanoteknologi digunakan?
Dengan kejuruteraan nanoteknologi, kini terdapat berbagai-bagai produk nano:
1.    Lebih daripada 400 produk pengguna.
2.    Cip komputer
3.    Kereta
4.    Pakaian
5.    Kosmetik
6.    Suplementasi nutrien
7.    Industri pembinaan
8.    Lebih daripada 600 bahan asas atau komponen bagi tujuan yang berlainan
Standard yang berkaitan dengan nanoteknologi ISO adalah dalam proses untuk membangunkan standard untuk nanoteknologi, TC 229 (Tecnical Committee) satu jawatankuasa teknikal telah diwujudkan untuk 4 kumpulan kerja (WG, Working Group) yang berusaha membangunkan standard nanoteknologi di masa depan. Malaysia merupakan ahli dalam TC 229.
Impak Nanoteknologi Dalam Kehidupan Manusia
Merupakan asas bagi kebanyakan pembangunan teknologi pada masa depan.
Dengan perkembangan yang mantap, kemajuan nanoteknologi akan melebihi bidang teknologi maklumat dan bioteknologi.
Nanoteknologi akan menghasilkan impak pada ekonomi sedunia, sebagai contoh, jualan produk nanoteknologi mencecah AS$1.5 trilion di pasaran Amerika, ini membolehkan sebanyak  2 juta peluang pekerjaan diwujudkan.

Tuesday, May 3, 2011

INGAT ! MP3 BOLEH MENJEJASKAN PENDENGARAN !

MP3 BOLEH MENJEJASKAN PENDENGARAN
Daripada ’walkman’ pada tahun 80-an sehingga MP3 pada zaman sekarang, kebanyakan orang menggunakan MP3 ketika menunggu bas dan LRT, semasa berjalan, semasa membaca, bekerja, berlari dan malah semasa tidur.
Hampir semua orang terutama golongan remaja akan memiliki satu MP3 atau MP4, iPod, atau pemain CD. Tambahan pula, kebanyakan telefon bimbit sekarang dilengkapkan dengan fungsi MP3. Ini memudahkan kaum remaja untuk mendengar kepada MP3 pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Mereka akan menghabiskan masa selama beberapa jam dalam sehari untuk mendengar kepada lagu kegemaran mereka. Adakalanya lagu tersebut dimainkan dengan bunyi yang kuat.
Justeru, pemain muzik yang mudah alih boleh menjadi satu ancaman yang besar terhadap kesihatan pendengaran kita terutama di kalangan remaja jika mereka sering berbuat sedemikian..
Antara faktor-faktor yang menjejaskan kesihatan pendengaran ialah:
1. Kadar bunyi
2. Masa yang digunakan untuk mendengar,
3. Jenis fonkepala
Desibel yang tinggi akan mengakibatkan kehilangan pendengaran, tetapi ini juga bergantung kepada tempoh pendedahan. Jika pengguna mendengar MP3 pada kadar bunyi yang sederhana, jangka masa pendedahan kurang menjadi faktor yang mengakibatkan kecederaan kekal. Contohnya, jika kadar bunyi ditetapkan pada 50% daripada kadar maksimum, anda boleh mendengar untuk seberapa lama yang anda mahu tanpa menjejaskan pendengaran anda.

Walau bagaimanapun, pendengaran boleh terjejas jika desibel yang digunakan adalah lebih tinggi dan dalam tempoh yang lama, seperti berikut:
  1. - Mendengar selama 8 jam pada desibel 85 akan menyebabkan kehilangan pendengaran yang ketara.
  2. - Mendengar selama 4 jam pada desibel 88 akan memberi kesan yang sama.
  3. - Kecederaan pendengaran akan berlaku pada desibel 100-105 dalam masa 8 hingga 15 minits.
Pada masa pemain kaset dan pemain CD mudah alih digunakan, kebanyakan pengguna mendengar satu kaset atau satu CD sahaja. Tetapi, MP3 sekarang mempunyai bateri yang boleh tahan selama 12 jam dan mampu menyimpan beratus-ratus buah lagu. Oleh itu, setiap kali pengguna mendengar MP3, dia akan tertarik untuk mendengarnya sehingga beberapa jam. 

Di samping itu, teknologi yang canggih pada hari ini membolehkan pengguna untuk meningkatkan kadar bunyi tanpa gangguan. MP3 sekarang mempunyai fontelinga yang kecil. Dengan itu, bunyi muzik dapat disalurkan dengan lebih dekat kepada drum telinga sehingga boleh menjejaskan pendengaran dengan lebih cepat. Fontelinga jenis ini dapat meningkat kadar bunyi sebanyak 9 desibel.

Lindungi pendengaran anda

Jika anda kerap menggunakan MP3, panduan di bawah boleh melindungi anda daripada kehilangan pendengaran:
  1. Kurangkan kadar bunyi dan masa pendengaran. Jika anda menurunkan kadar bunyi, anda boleh mendengar dengan masa yang lebih panjang.
  2. Jika anda bekerja, tinggal atau bermain di keadaan yang bising, anda hendaklah merendahkan kadar bunyi MP3. Ini disebabkan pendedahan kepada kadar bunyi yang kuat akan melonggok.
  3. Menjalankan pemeriksaan telinga dengan pakar telinga secara berkala. Berjumpa dengan pakar telinga jika anda mendapati sebarang perubahan kepada pendengaran anda.
  4. Rehatkan telinga anda.
  5. Kebanyakan kecederaan disebabkan oleh pendedahan yang berulang kali. Oleh itu, amalkan satu hari yang anda tidak langsung menggunakan MP4 menggunakan fontelinga.
  6. Fonkepala yang dipakai di luar telinga adalah lebih baik daripada fontelinga yang dipakai ke dalam telinga. Tapi, cara yang paling baik ialah mengguna fontelinga yang lebih canggih yang mengasingkan bunyi bising di luar. Fon jenis ini membolehkan anda mendengar muzik dengan jelas pada kadar yang rendah.
Artikel asal oleh : CRRC

TINDAKAN TEGAS TERHADAP PENIAGA YANG MENAIKKAN HARGA !

Harga petrol naik harga barangan pun naik, betul ke ? Logik ke ? Patut ke ?
Harga petrol Ron 97 dinaikkan sebanyak RM2.70 seliter  pada 2 April 2011. Harga ini menyamai harga petrol pada 5 Jun 2008. Perbezaannya ialah kenaikan harga RON97 pada masa ini berdasarkan harga bahan api di pasaran antarabangsa.
Kerajaan tidak lagi memberikan subsidi bagi RON97. Dalam masa yang sama harga petrol RN95 masih kekal RM1.90 seliter. Pada 4 April lalu, harga minyak mentah di pasaran antarabangsa meningkat sebanyak AS$108 setong.
Pengguna bimbang kenaikan harga pertol ROM97 akan menyebabkan harga barang dan perkhidmatan meningkat, sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008. Ketika itu kerajaan tidak dapat mengawal kenaikan harga barang kerana ia bukannya barang kawalan.
Pada 1 April 2011 kerajaan telah menguatkuasakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan. Dengan berkuatkuasanya akta ini, kerajaan tidak sebab untuk tidak mengambil tindakan terhadap peniaga yang menaikkan harga barang atau perkhidmatan dengan sewenang-wenangnya. Tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka sebagaimana yang termaktub dalam Akta ini.
Walau bagaimanapun pengguna juga perlu faham bahawa terdapat juga kenaikan harga barang yang bukan disebabkan oleh kenaikan harga minyak. Sebaliknya kenaikan itu berpunca daripada kenaikan harga bahan makanan global yang turut meningkat pada masa ini, yang sebahagian besar disebabkan bencana alam yang berlaku seperti banjir dan kemarau.
Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan daripada luar negara. Nilai import bahan makanan pada tahun 2010 hampir 28 bilion. Sudah pasti kenaikan bahan mentah di peringkat antarabangsa akan menjejaskan harga bahan makanan dalam negara.
Justeru, kerajaan perlu memastikan bahan makanan asas negara mencukupi dengan mewujudkan Dasar Jaminan Makanan yang bersifat jangka panjang dan berterusan. Kebergantungan kepada bahan makanan import hendaklah dikurangkan sehingga sebahagian besar bahan makanan untuk keperluan negara adalah dihasilkan dalam negara.
Artikel asal oleh  FOMCA

KAJIAN SEMULA CADANGAN MEMBINA LOJI TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA

Perubahan iklim telah dikenal pasti sebagai punca berlakunya bencana ataupun krisis paling besar yang melanda dalam sejarah ketamadunan manusia. Sejak tahun 1990-an, banyak perundingan dan perbincangan diadakan bagi mengatasi masalah dunia ini. Namun sehingga kini masih tidak membuahkan sebarang sebarang perjanjian yang benar-benar boleh mengatasi masalah ini.
Tidak ada lagi perjanjian seperti Protokol Kyoto telah mewajibkan negara-negara yang menandatangani perjanjian ini untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau bagi memperlahankan proses pemanasan global.
Pelepasan gas rumah hijau yang terlalu tinggi menjadi sebab utama berlakunya pemanasan global, yang sebahagian besarnya berpunca daripada manusia. Dengan itu, perubahan iklim yang asalnya merupakan proses semula jadi di bumi, telah menjadi senjata boleh boleh membinasakan apabila pelepasan gas rumah hijau disumbangkan oleh pembangunan manusia ke dalam atmosfera.
Kebanyakan pelepasan gas rumah hijau berasal daripada stesen penjanaan kuasa elektrik melalui pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan minyak. Gas rumah hijau yang dilepaskan daripada bahan api fosil sebanyak 40% daripada jumlah pelepasan. Sememangnya bahan api fosil ini telah banyak membantu dalam pembangunan sejarah ketamadunan manusia, tetapi ia juga telah meninggalkan kesan yang membinasakan kepada alam sekitar. Selain itu, sumber bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. 
Penemuan bahan api fosil seperti arang batu dan minyak mentah telah mendorong penduduk dunia bertambah dengan pesat. Apabila teknologi moden carigali minyak telah dicipta pada abad ke 19, penduduk dunia, pertambahan penduduk kian pesat lagi. Mengikut unjuran yang telah dilakukan oleh ahli sains geologi M. King Hubbert, kini dunia telah melepasi tempoh kemuncak penggalian minyak. Ini bermakna bekalan minyak yang terdapat di bawah tanah sedang menurun, iaitu permintaan telahpun melepasi bekalan yang boleh disalurkan.
Hakikat ini telah mendorong negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Rusia dan Jepun untuk mencari sumber tenaga yang baru. Salah satu daripadanya adalah tenaga nuklear.
Tenaga nuklear sememangnya merupakan teknologi bersih yang tidak banyak menghasilkan gas rumah hijau jika berbanding dengan bahan api fosil. Menyedari fakta ini, banyak negara maju telahpun membina stesen janakuasa tenaga nuklear dengan alasan bahawa teknologi ini boleh merendahkan pelepasan gas rumah hijau di samping membekalkan tenaga yang cukup untuk pembangunan.
Namun, tenaga nuklear merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Bahan-bahan galian yang diperlukan dalam teknologi penjanaan tenaga nuklear merupakan bahan-bahan yang radioaktif, iaitu ia boleh mengakibatkan penyakit barah sekiranya seseorang terdedah kepada bahan tersebut untuk satu jangka masa tertentu, bergantung kepada tahap radioaktif bahan tersebut. Di samping itu, bahan galian radioaktif ini perlu digali, diekstrak, diproses dan dihantar ke stesen janakuasa tenaga nuklear. Proses ini boleh meninggalkan banyak kesan pencemaran alam sekitar dalam proses ini.
Malapetaka gempa bumi yang berlaku Jepun pada 11 Mac 2011 telah menyebabkan tragedi kebocoran bahan radioaktif daripada stesen janakuasa tenaga nuklear yang terbesar sejak tragedi yang berlaku di Chernobyl, hampir 25 tahun dahulu. Kebocoran bahan radioaktif tersebut telah menyebabkan industri perikanan dan pertanian di kawasan Fukushima lumpuh sama sekali. Menurut berita terbaru, dalam masa 30 tahun yang akan datang, bahan radioaktif yang dilepaskan ke dalam Lautan Pasifik oleh kerajaan Jepun akan tersebar ke seluruh kawasan lautan yang terbesar di dunia tersebut.
Malapetaka ini telah mendorong perdana menteri Jepun, Naoto Kan untuk menumpukan pelaburan negara tersebut ke dalam sumber tenaga yang boleh diperbaharui seperti biojisim dan tenaga suria untuk membangkit semula.
China yang merupakan negara pelepas gas rumah hijau yang utama di dunia, telahpun memulakan rancangan-rancangan yang bercita-cita tinggi iaitu untuk membekalkan 70% tenaga negara tersebut dengan menggunakan sumber yang boleh diperbaharui. Selain itu, kerajaan China juga telah mengurangkan skala program tenaga nuklear yang telah dirancang untuk masa depan selepas malapetaka tersebut.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama juga menyokong pembangunan teknologi bersih seperti sel-sel tenaga suria dan bahan api bio (Biofuel), namun dalam masa yang sama masih masih menyokong teknologi tenaga nuklear.
Keadaan yang paling dramatik berlaku di Eropah Barat, apabila Jerman yang telah merancang untuk menghentikan semua stesen janakuasa tenaga nuklear yang telah beroperasi selama 25 tahun, telah mempercepatkan rancangan tersebut selepas berlakunya malapetaka tersebut. Kerajaan Jerman dengan serta-merta telah menghentikan 17 reaktor nuklear untuk pemeriksaan keselamatan. Selain itu, kerajaan Jerman juga merancang untuk menghentikan tenaga nuklear menjelang tahun 2020 dan menumpukan perhatian kepada teknologi tenaga bersih yang benar-benar mampan. 
Tenaga nuklear hanya merupakan jalan penyelesaian yang sementara untuk menangani isu perubahan iklim. Namun, risiko kesan dan impak tenaga nuklear kepada alam sekitar amat besar dan sukar diramal sehingga menyebabkan negara maju seperti Jepun langsung tidak mempunyai keupayaan untuk menanganinya apabila bencana berlaku, sehingga terrpaksa meminta pertolongan luar negara.
Justeru, kerajaan Malaysia harus merenungi isu ini dan mengkaji semula keputusan untuk membina 2 buah stesen janakuasa tenaga nuklear menjelang tahun 2020. Pada masa yang sama, tumpuan hendaklah diberikan kepada pembangunan teknologi sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan benar-benar mampan, dan bukan menolaknya sama sekali hanya kerana kos yang mahal.
Sumber tenaga bersih yang boleh diperbaharui dan lestari merupakan hala tuju dunia untuk jangka masa lama bagi menangani isu perubahan iklim dan mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.
Oleh : Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia

BERHATI-HATI DENGAN PENIPUAN LAMAN SOSIAL

Populariti yang diraih facebook  , twitter dan  pelbagai laman sosial lain telah menyebabkan laman sosial semakin mendapat tumpuan dan berkembang di seluruh dunia. Saban hari ada sahaja pengguna internet akan mendaftarkan diri dalam laman sosial komuniti, untuk sama-sama terlibat dalam perkembangan teknologi maklumat ini.
Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mungkin berpotensi untuk menjadi sebahagian daripada mangsa kepada penjenayah siber.
Penjenayah siber sangat suka menyerang lama sosial dan mampu untuk mencuri maklumat kata laluan mahupun memasang malware dengan memberikan pautan palsu. Apabila memasuki pautan yang diberi, mungkin ketika itu malware atau virus berbahaya akan masuk dalam komputer dan mengambil maklumat penting yang disimpan dalam kompute tersebut.
Biasanya penjenayah siber akan membuat tawaran palsu yang menarik sehingga mampu mempengaruhi pengguna untuk masuk ke pautan yang diberikan.
Ramai yang beranggapan masalah ini mungkin berlaku melalui mesej spam dalam e-mel sahaja, tetapi tidak menyedari ia juga boleh berlaku melalui laman sosial.
Oleh itu, pengguna hendaklah berhati-hati apabila menggunakan laman social. Jangan dedahkan maklumat penting dalam laman social tersebut. Elakkan daripada masuk ke pautan yang mencurigakan dalam laman sosial kerana ia mungkin cubaan penjenayah siber untuk memasuki komputer anda dan seterusnya mencuri maklumat yang ada di dalamnya.

AWAS DENGAN PENIPUAN & JERAT TELEPEMASARAN

        Saban hari, pasti ada pengguna yang berkemungkinan menjadi mangsa penipuan dan jerat perniagaan telepemasaran. Memang tidak dapat dinafikan yang telepemasaran merupakan trend perniagaan masa kini. Industri bergantung kepada cara pemasaran yang membolehkan mereka berhubung terus kepada pelanggan mereka. 
        Namun, bagi pengguna pula, jika mereka bukan pengguna yang bijak dan celik, mereka akan mudah tertipu atau terjerat kerana tidak sedar akan syarat-syarat, terma-terma dan caj-caj yang terselindung.
        Kurang kesedaran dan taktik pemasaran yang menarik membuatkan pengguna terjerat dalam apa juga promosi telepemasaran tanpa mengetahui atau mengambil kira risiko yang akan berlaku selepas urus niaga disahkan atau dilakukan.

        Pengguna tidak tahu syarat dan terma serta terma pengecualian yang mungkin akan menggagalkan sebarang tuntutan mereka pada masa hadapan. Hanya selepas beberapa tahun apabila menghadapi masalah, baru pengguna sedar bahawa mereka tertipu. AWAS , jangan menjadi MANGSA perniagaan telepemasaran ! Hak dan kuasa dalam tangan ANDA, bertindaklah dengan BIJAK & WARAS !
     



  

PERUBAHAN IKLIM JEJASKAN BEKALAN MAKANAN DUNIA

Kita sedang dilanda krisis makanan sedunia yang telah berlaku sebanyak dua kali semenjak 3 tahun yang lepas. Harga makanan dunia mencatatkan rekod tertinggi pada bulan Januari 2011, yang disebabkan oleh peningkatan mendadak dalam harga gandum, jagung, gula dan minyak. Walaupun peningkatan harga ini hanya memberi kesanyang kecil kepada inflasi di Amerika Syarikat, namun ia telah memberi kesan yang teruk kepada golongan miskin yang bergantung kepada makanan-makanan asas ini untuk kehidupan.

Menurut ahli ekonomi, kesan daripada krisis makanan ini adalah di luar jangkaan ekonomi. Kekacauan yang berlaku di negara-negara Asia Barat telah menimbulkan banyak persoalan tentang mengapakah ia berlaku sekarang, dan bukannya tahun-tahun sebelum ini. Ramai pakar ekonomi memberi spekulasi bahawa kenaikan harga makanan mungkin merupakan pencetus kepada kekacauan tersebut.
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kenaikan harga makanan ini. Namun faktor yang paling ketara ialah keadaan cuaca melampau yang mengganggu pengeluaran pertanian. Di samping itu, cuaca melampau ini dijangka akan meningkat pada masa hadapan dengan peningkatan gas rumah hijau yang dilepaskan ke dalam atmosfera. Ini juga bermaksud bahawa peningkatan harga makanan yang berlaku sekarang mungkin hanya merupakan satu permulaan. 

Selain daripada kenaikan harga makanan, banyak harga bahan mentah seperti aluminium dan zink juga sedang meningkat sejak tahun 2009 lagi. Peningkatan ini dipercayai didorong oleh pertumbuhan pesat dalam sektor industri.

Dalam negara-negara sedang membangun seperti China yang mempunyai permintaan daging yang tinggi, juga telah meningkatkan keperluan makanan kepada haiwan ternakan. Selain itu, hasil tanaman dalam sektor agrikultur seperti kapas, juga bersaing untuk menggunakan tanah yang turut diperlukan untuk tanaman makanan. Justeru,  pertumbuhan ekonomi serta dasar tenaga yang lemah dan tidak terancang telah memainkan peranan dalam peningkatan harga makanan ini.

Sejak musim panas tahun lepas, cuaca melampau telah melanda hampir keseluruhan benua dunia. Berdsarkan laporan, harga gandum telah naik berlipat-ganda sejak musim panas lepas. Kesan kenaikan harga gandum ini amat jelas dan ia disebabkan oleh pengeluaran dunia yang menjunam mendadak. Musim kemarau dan gelombang panas yang berpanjangan di Moscow telah mencatatkan suhu setinggi 400C dan hampir melumpuhkan pengeluaran gandum di Rusia.

Musim kemarau di Rusia dan Brazil, banjir besar di Australia dan musim sejuk yang melampau di Amerika Syarikat dan China, telah menjejaskan pengeluaran makanan sedunia.

Apakah yang menjadi punca kepada cuaca yang melampau ini?

Jika dilihat daripada sudut kejadian La Niña, yang merupakan satu fenomena cuaca yang biasa. Fenomena ini akan menyebabkan suhu air di kawasan khatulistiwa dan Lautan Pasifik menjadi lebih sejuk. Fenomena ini telah dikaitkan dengan krisis makanan sedunia pada tahun 2007-2008.

Tahun 2005 dan 2010 mencatatkan rekod purata suhu yang tertinggi dalam setahun, walaupun ketika itu sinaran cahaya matahari berdasar pada tahap minimum. Fenomena La Niña sepatutnya menyejukkan suhu Bumi kita. Rekod suhu yang tinggi ini bukan hanya berlaku di Rusia, tetapi di 19 negara yang merangkumi hampir satu perlima daripada kawasan tanah dunia. Kedua-dua musim kemarau dan banjir besar adalah kesan semula jadi daripada dunia yang semakin panas. Kemarau berlaku disebabkan kepanasan yang berpanjangan, manakala banjir pula akibat daripada lautan yang melepaskan lebih banyak wap air.

Kesan perubahan iklim semakin ketara dan boleh berlaku dalam sekelip mata sahaja, dalam keadaan tiada sebarang persiapan dilakukan untuk menghadapinya. Kesannya telah mulai dirasai pada masa ini dari segi kekacauan politik dan kegawatan ekonomi. Sekiranya tindakan gagal dilakukan untuk menurunkan pelepasan gas rumah hijau, maka lebih banyak bencana alam yang teruk akan berlaku.

Artikel asal oleh :                                                                                                   Forum Air Malaysia

APAKAH TANGGUNGJAWAB SOSIAL KITA TERHADAP KANAK- KANAK?

United Nations Children's Fund (UNICEF) menganggarkan bahawa terdapat sebanyak 158 juta buruh kanak-kanak yang berumur antara 5-14 tahun iaitu dengan nisbah 1 kepada 6 kanak-kanak di seluruh dunia.

Jutaan kanak-kanak terlibat dalam situasi berbahaya seperti bekerja di tapak perlombongan, pendedahan kepada bahan kimia dan racun perosak dalam pertanian atau bekerja dengan menggunakan mesin yang berbahaya.
Kanak-kanak ini kadang-kala bekerja dalam keadaan yang tersembunyi iaitu sebagai pembantu rumah, pusat-pusat siber dan pusat hiburan, tukang urut, bengkel membaiki kereta dan motosikal, dan ladang-ladang pertanian.

Di Sub-Sahara Afrika sekitar satu daripada tiga kanak-kanak terlibat dalam perburuhan kanak-kanak yang membawa kepada 69 juta kanak - kanak. Di negara Pakistan, terdapat kira- kira 12 juta buruh kanak-kanak dan  di Asia Selatan, sebanyak 44 juta kanak-kanak terlibat dalam perburuhan. Anggaran oleh agensi antarabangsa terkini untuk petunjuk ini telah dilaporkan dalam (Perlindungan Kanak-Kanak ) Jadual 9 -penerbitan tahunan UNICEF.

Di sesetengah negara, terdapat syarikat-syarikat yang menggunakan buruh kanak-kanak. Terdapat beberapa negara yang mempunyai undang-undang yang mengawal atau menghalang penggunaan buruh kanak –kanak. Tetapi sesetengah negara mempunyai undang-undang yang lemah dan penguatkuasaannya yang tidak efektif dan tidak dapat membendung penggunaan kanak-kanak untuk berkerja.

Syarikat–syarikat seperti ini harus mempunyai tanggungjawab sosial terhadap pekerja mereka. Walaupun tidak ada undang-undang dalam sesebuah negara yang melarang penggunaan buruh kanak-kanak, mereka dengan sendiri harus mempunyai kesedaran ini dan tidak mengambil kesempatan dengan menggunakan kanak–kanak untuk bekerja . 

Laporan UNICEF juga menyatakan bahawa kanak-kanak perempuan mempunyai kecenderungan untuk dieksploitasi dan didera barbanding kanak-kanak lelaki. Sesebuah syarikat yang memiliki tanggungjawab sosial boleh menyumbang kepada pelbagai pembangunan masyarakat dan ini secara langsung akan dapat membantu menaikkan imej syarikat tersebut.

Di negara-negara Barat, pengguna-pengguna mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap perkara ini dan mereka akan memboikot sesuatu barangan atau perkhidmatan sesebuah syarikat jika terbabit dengan penyalahgunaan buruh kanak-kanak.

Oleh itu , adalah penting untuk pengguna-pengguna di Malaysia  memperkasakan diri mereka dengan maklumat-maklumat seperti ini dan menjadi seorang pengguna yang lebih bertanggungjawab dan membantu membendung penggunaan buruh kanak- kanak.

Artikel asal : Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia






GANGGUAN BULI SIBER KEPADA KESELAMATAN KANAK-KANAK

Penggunaan teknologi telekomunikasi dan internet kini kian hebat disalahgunakan oleh pembuli siber. Buli siber tidak melibatkan fizikal tetapi lebih kepada emosi. Melalui teknologi ini, terdapat ramai remaja yang dibuli, sama ada diejek, dibenci dan dipulaukan oleh orang lain melalui laman sosial, laman video dan sistem pesanan ringkas (sms).

Definisi buli siber adalah gangguan yang berterusan, sebarang penghinaan yang dilakukan di alam siber iaitu internet, tanpa wayar atau telefon ke atas remaja. Pembuli di alam siber lebih agresif kerana identiti mereka yang tidak diketahui. (AITI Cyber Safety)
Alia (bukan nama sebenar) telah memberitahu yang seorang kawannya telah memuat naik sebuah videonya ke dalam laman video Youtube. Terdapat beberapa kawan sekolahnya yang lain telah menulis beberapa komen negatif mengenai pakaiannya dan menyebutnya sebagai seorang yang pelik. Dia sangat terganggu dan tidak mahu ke sekolah kerana kejadian itu.

Buli siber boleh memberikan impak yang sangat besar kepada remaja/mangsa. Bagi sesetengah orang, sesuatu pernyataan atau video itu mungkin dianggap sebagai bahan gurauan. Tetapi kepada mangsa, perkara itu boleh memalukan dan sehingga boleh menyebabkan seorang remaja membunuh diri kerana baginya, gurauan itu adalah melampau.

Di Missouri, Amerika Syarikat, seorang remaja perempuan bernama Megan Meier, 13 tahun, telah berkenalan dengan seorang remaja lelaki melalui laman Myspace. Malangnya “remaja lelaki” berkenaan sebenarnya adalah beberapa individu dan telah mempermainkannya. Megan yang berasa kecewa akhirnya telah membunuh diri. Kejadian ini telah mengejutkan masyarakat setempat.

Ryan Halligan, 15 tahun dari Vermont pula telah dituduh sebagai gay oleh kawan sekelasnya dan dia juga telah membunuh diri kerana tidak tahan dengan tuduhan yang dilakukan melalui sistem pesanan ringkas.

Anda juga mungkin pernah mendengar kisah tentang Ghyslain Raza atau Budak Starwars yang menghabiskan satu semester persekolahannya di wad psikiatri kerana video peribadinya sedang bermain pedang dimuat naik oleh kawannya. 

Walau bagaimanapun di Malaysia masih ramai yang tidak mengetahui atau tidak menganggap bahawa buli siber sebagai sesuatu yang serius. Kes yang dilaporkan kepada pihak penguatkuasa juga amat sedikit. Sehingga pada Oktober 2007, terdapat 60 kes buli siber telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia (ReaderDigest Asia, Phil McKenna)

Oleh itu, masyarakat, terutamanya sekali ibu bapa, perlulah memberi perhatian kepada anak-anak dan penggunaan teknologi seperti internet dan telefon bimbit. Ibu bapa perlu bertanya tentang aktiviti mereka dan memantau penggunaan internet di rumah. Mereka juga boleh memasukkan perisian yang boleh menyimpan data internet yang dilayari anak-anak (kerana jenayah ini selalunya tidak diberitahu).

Walaupun terdapat undang-undang yang digubal seperti Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun pada yang sama, pihak berkuasa juga perlu mengambil inisiatif untuk menghalang kejadian ini daripada terus berlaku melalui kempen atau program kesedaran. 

Nota: S223, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998: Penyalahgunaan kemudahan atau perkhidmatan jaringan. Sebarang komen, permintaan, atau mana-mana komunikasi yang berbaur lucah, kurang sopan, tidak benar, mengganggu atau menyinggung perasaan  dengan niat untuk menyerang peribadi, menyalahguna, mengugut dan menyakitkan orang lain adalah satu jenayah. Sekiranya disabitkan, seseorang itu boleh dikenakan hukuman – saman tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi satu tahun.
Oleh;                                                                                                                             Bahagian Hak Asasi Manusia
ERA Consumer Malaysia

Krisis Makanan berlaku lagi pada tahun 2011 ?

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO), sebuah agensi  di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,  krisis makanan sekali lagi akan menyelubungi dunia pada tahun 2011. Berdasarkan laporan FAO, harga tanaman bagi makanan utama akan meningkat sebagaimana yang berlaku pada tahun 2008. Jumlah import makanan global dijangkakan melonjak  kepada AS$1 bilion (RM 3.13bilion). Sementara peningkatan harga komoditi berlaku secara mendadak buat kali kedua (yang pertama berlaku pada tahun 2008).
Peningkatan ini  juga dikatakan berlaku lebih pantas berbanding pada tahun 2007 dan 2008. FAO menegaskan, masyarakat antarabangsa sedang berusaha dengan gigih untuk mempersiapkan langkah-langkah bagi menangani krisis peningkatan pengeluaran tanaman makanan utama secara signifikan pada 2011.
Badan ini meramalkan bahawa bil import makanan bagi dunia "negara termiskin" akan naik 11 peratus pada 2010, sementara untuk negara-negara pengeluar makanan  akan naik sebanyak 20 peratus. Ini bermakna, dengan melewatkan satu trilion dolar, bil import makanan global kemungkinan akan naik ke tahap yang tidak diduga sejak harga makanan mencapai kemuncaknya pada tahap rekod pada 2008.
John Stephenson, penulis buku Pelaburan Komoditi juga bersetuju inflasi makanan akan menjadi isu utama pada tahun 2011. Menurut beliau, perubahan diet makanan dengan pertambahan penduduk dunia serta penurunan stok bijirin global dalam 15 tahun terakhir akan meningkatkan harga gandum, jagung dan kacang soya.

Kenaikan harga makanan global turut disokong oleh pakar ekonomi dari RAM Holding Berhad. Pakar ekonomi  tidak dapat memastikan sama ada peningkatan ini akan kekal atau bersifat sementara. Namun situasi ini akan menjadi lebih baik jika permintaan untuk harga makanan bergerak secara normal di negara-negara membangun.  Harga yang tinggi di negara Barat telah mendorong wujudnya spekulasi harga makanan di negara ini turut akan menjadi mahal. Malaysia adalah pengimport makanan bersih dengan jumlah import sebanyak RM15.8 billion pada tahun 2009.  Kenaikan harga makanan global turut memberi kesan terhadap ekonomi tempatan. Apatah lagi hakikatnya jenis barangan keperluan yang dikawal oleh kerajaan sangat minimum.

Sebagai pengguna, pembelian panik seharusnya tidak berlaku disebabkan khabar angin yang menyatakan minyak masak akan naik sebelum sambutan Tahun Baru Cina. Pemerhatian yang dilakukan kawasan Batu Caves, Sentul dan Batu Muda, minyak kampit 1 kilogram sudah tidak dijual hampir satu bulan. Minyak sawit dan minyak kacang yang dipek secara botol juga sukar diperolehi. Walau bagaimanapun, minyak Cap Bunga Matahari (jenama mahal) lagi masih dijual. Hakikatnya, kerajaan tidak boleh mengawal harga pasaran sekiranya harga minyak dunia meningkat disebabkan pengeluar utama dunia juga mengalami masalah yang sangat meruncing.

Oleh itu, pengguna disarankan mengubah gaya hidup dan cara pemakanan yang lebih sihat dengan mengambil makanan kurang minyak.  Pengambilan makanan berminyak boleh membebankan fungsi hati yang antara lain berfungsi sebagai detoksifikasi dan mengurangkan nutrien seperti vitamin dan mineral dalam tubuh. Badan akan mudah terdedah kepada penyakit akibat daripada proses detoksifikasi yang berkurangan ini.

Mengubah gaya hidup adalah cara terbaik bagi menjamin kehidupan yang lebih sihat. Menuding jari ke arah orang lain tidak mampu mengubah sesuatu yang berlaku. Oleh itu, mari bersama-sama kita mengamalkan prinsip “ PERUBAHAN BERMULA DENGAN SAYA”
Sumber FOMCA

Buli di sekolah ! Ibu bapa dan guru perlu mainkan peranan.

Sekolah merupakan sebuah institusi yang amat penting bagi sesebuah negara. Di sinilah generasi pemimpin dan peneraju negara pada masa hadapan, dididik dan dibentuk. Begitu juga, institusi sekolah merupakan tempat memupuk dan membentuk jati diri dan semangat patriotisme anak bangsa, di samping berfungsi sebagai tempat pendidikan akademik dan kemahiran.

Namun begitu laporan-laporan akhbar menunjukkan kes jenayah juvana dalam kalangan pelajar sekolah semakin menjadi-jadi, yang sedikit sebanyak menjejaskan peranan sekolah sebagai pembentuk jati diri dan pendidikan generasi masa hadapan negara.
Kebanyakan masalah jenayah di sekolah bermula dengan masalah buli. Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Namun begitu perlakuan buli dalam kalangan pelajar perempuan tidak harus diketepikan, malah ia semakin meningkat. Bermula dengan kes Sherman Mohd Jaafar, 14, yang mengalami kecederaan parah di tengkuk serta belakang badan selepas dibelasah oleh lima orang pelajar seniornya di asrama sebuah sekolah menengah di Tumpat, Kelantan. Baru-baru ini, kes buli di Kuching yang melibatkan lima pelajar perempuan sekolah menengah yang melakukan kekerasan terhadap mangsa secara beramai-ramai telah melahirkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat, khususnya para ibu bapa. Keadaan ini menimbulkan suasana yang tidak aman dan selamat di sekolah.

Sesungguhnya isu buli di sekolah tidak boleh dipandang dengan sebelah mata sahaja. Ia memerlukan komitmen daripada semua pihak, baik guru, ibu bapa atau pelajar itu sendiri bagi memastikan institusi sekolah menjadi gedung ilmu dan bukannya tempat untuk melahirkan samseng. Perbuatan membuli, sama ada untuk berseronok atau kerana benci dan ingin membalas dendam, tidak sewajarnya menjadi budaya yang menunjangi institusi sekolah.

Pelbagai faktor mempengaruhi seorang pelajar terlibat dalam gejala buli. Antaranya, latar belakang keluarga, rakan sebaya, kurang didikan agama, persekitaran dan budaya sekolah serta media massa. Maka, jelaslah bahawa latar belakang sesebuah keluarga dan persekitaran serta budaya sekolah amat mempengaruhi perkembangan seseorang individu. Ibu bapa perlulah meluangkan masa dan mencurahkan kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah senantiasa peka terhadap pemilihan rakan sebaya oleh anak-anak mereka, mengambil tahu akan setiap aktiviti yang anak-anak mereka terlibat.

Selain itu, pelajar meluangkan lebih banyak masa di sekolah berbanding di rumah. Guru merupakan ibu dan bapa kepada pelajar di sekolah. Sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada pelajar di sekolah, para guru haruslah arif dengan dapat mengesan sebarang tanda-tanda negatif atau perubahan dalam diri seseorang itu. Seumpamanya, melihat gelagat pelajar yang sentiasa periang di sekolah telah berubah identitinya dengan mendiamkan diri dan mengasingkan diri. Ia mungkin memaparkan tanda-tanda seseorang pelajar itu mungkin dibuli atau terlibat dalam sebarang masalah. Justeru, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang setanding dalam pembentukkan seseorang individu. Dengan ini,  ia dapat membanteras anak-anak muda pada hari ini daripada terjebak dalam kancah gejala seperti ini.

Walaupun, semua faktor ini mempengaruhi emosi dan pembentukan seorang individu, namun individu itu sendiri seharusnya menyedari kesan yang akan wujud pada masa akan datang akibat daripada tindak-tanduknya pada hari ini. Mereka juga hendaklah menilai dengan rasional bahawa penglibatan dalam gejala-gejala sosial seperti ini bukan sahaja meningkatkan kadar jenayah di Malaysia tetapi akan menghancurkan segala impian dan kerjaya seorang pelajar. Ini secara tidak langsung memalapkan masa depan pelajar itu sendiri dan mangsa buli.

Artikel asal oleh ;
Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC)