Monday, September 19, 2011

JOM, KURANGKAN BIL ELEKTRIK KITA !

JIMAT ELEKTRIK, KURANG BIL ELEKTRIK

Sebagai seorang pengguna, tidak kira pengguna domestik ataupun komersial, perlu menjimat penggunaan tenaga elektrik. Ini kerana bukan sahaja bil elektrik meningkat tetapi wujudnya pembaziran penggunaan elektrik yang berlebihan. Penggunaan tenaga elektrik secara berhemat dapat mengurangkan bil elektrik kerana mulai 1 Jun 2011 kerajaan mengumumkan tarif baru bagi penggunaan gas dan elektrik.

Bagi golongan yang suka membazirkan tenaga elektrik di rumah mahupun di tempat kerja anda, mungkin kenaikan tarif ini akan merasa bebanan. Manakala pengguna domestik yang menggunakan tenaga elektrik melebihi 301 kWj ke atas mungkin akan merasai bahang kenaikan tarif elektrik dalam bil elektrik mereka.

Pengguna komersial pula seperti perdagangan dan perindustrian pula dikenakan tarif elektrik yang lebih tinggi daripada pengguna domestik kerana sektor ini menggunakan tenaga yang lebih banyak.

Oleh yang demikian, seorang pengguna yang bijaksana, anda haruslah menjimat tenaga elektrik dengan mengamalkan langkah-langkah berikut:
  1. Menutup suis lampu, kipas dan peralatan elektrik lain yang tidak digunakan.
  2. Mengeluarkan palam daripada soket utama, kerana jika ia masih melekat pada soket utama, tenaga elektrik tetap mengalir.
  3. Menggunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga kerana menggunakan tenaga yang sedikit.
  4. Jangan meletakkan komputer atau apa-apa peralatan elektrik dalam keadaan ‘Mod Sedia Ada’ ataupun “Standby Mode”.
  5. Jangan terlalu kerap buka pintu peti sejuk.
Jika anda dapat mengubah cara hidup anda dengan mengambil langkah-langkah penjimatan elektrik, maka anda akan dapat mengurangkan jumlah bil elektrik anda sedikit demi sedikit. Perubahan Bermula dari Saya!

Mageswaran Senderal
ERA Consumer Malaysia

No comments:

Post a Comment