Monday, October 31, 2011

Perjanjian Aqabah I & II : Contoh Penulisan Jawaban Sejarah Yang Cemerlang 2 !

Soalan
Ketika berdakwah di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah di Aqabah dan kemudiannya telah memeluk Islam.

a)      Namakan dua suku Arab yang menandatangani Perjanjian Aqabah.

Suku kaum Arab yang menandatangani perjanjian ialah Aus dan Khazraj.

b)      Nyatakan dua isi perjanjian  Aqabah pertama.

Suku Arab Aus dan Khazraj berjanji akan beriman dengan Allah dan Rasul.

Mereka berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka juga berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak, berjudi dan tidak lagi membunuh bayi perempuan.

c)       Senaraikan dua isi perjanjian Aqabah  Kedua.

Suku Aus dan Khazraj bersetuju untuk memeluk Islam secara sukarela.
Mereka menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
Mereka berjanji akan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.aw.
Mereka secara sukarela bersetuju menyediakan tempat tinggal kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam.
Mereka juga sanggup menjamin keselamatan Nabi Muhammad dan orang Islam.
Mereka bersedia mempertahankan agama dan negara Islam.

d)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan dua kesan daripada perjanjian tersebut.

Perjanjian ini telah mendorong kepada peristiwa Hijrah pada 12 September 622 dan juga telah menjamin kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.

Perjanjian ini membolehkan orang Islam Makkah mendapat bantuan, pertolongan dan sokongan padu orang Arab Madinah.

Kesan lain perjanjian ini ialah strategi penyebaran yang lebih luas dan lebih aman.

Perjanjian ini turut menyebabkan penyebaran Islam meluas di Madinah sehingga ke seluruh Tanah Arab.

Pembentukan masyarakat Islam yang kuat dan lahirnya sebuah ummah juga antara kesan perjanjian Aqabah.

Selain itu, perjanjian Aqabah berjaya menyatukan masyarakat Madinah dan mewujudkan perpaduan antara masyarakat Arab, khususnya orang Islam.

Akhir sekali, perjanjian Aqawah membawa kepada kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia.

e)      Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa perjanjian  tersebut?

Antara iktibar yang diperoleh daripada peristiwa perjanjian Aqabah ialah kita perlu sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bekerjasama.

Perjanjian ini turut memperlihatkan pentingnya nilai pengorbanan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan. 

Kita perlu berani mempertahankan kebenaran dan hak yang dimiliki.

Kita perlu sentiasa menepati janji atau mengotakan apa yang dijanjikan.

Kita perlu mengamalkan sifat terbuka dan bertolak ansur atau berdiplomasi dalam perjuangan.

Rakyat perlu sentiasa berdisiplin dalam menjalani kehidupan harian dan ikhlas dalam membantu orang lain.

Rakyat perlu menumpahkan kesetiaan kepada kepada pemimpin.

Pemuafakatan dan persefahaman amat penting untuk menjamin kejayaan sesuatu perjuangan dalam menjamin kekuatan negara.

Kita perlu ikhlas dan jujur ketika menghulurkan bantuan kepada orang lain dan para sahabat.

Kita perlu mengamalkan semangat setia kawan dalam kehidupan harian.

Sunday, October 30, 2011

Pengaruh Hindu-Buddha di AT : Contoh Penulisan Jawaban Sejarah Yang Cemerlang 1 !










                   



        Monumen X                                  Monumen Y
 
1.      a)      Apakah X ?

X ialah Candi Angkor Wat

           b)     Apakah Y ?

Y ialah Candi Borobudur

2. Nyatakan bagaimanakah Pengaruh agama Hindu Buddha tersebar ke Asia Tenggara.

Agama Hindu Buddha tersebar melalui pedagang / vaisya / perdagangan

Agama Hindu Buddha tersebar melalui tentera / ksyatria / penaklukan

Agama Hindu Buddha tersebar melalui pendeta / golongan Brahmin

Agama Hindu Buddha tersebar melalui pengambilan aspek budaya India yang menarik / disesuaikan dgn budaya tempatan.

3.      a)      Apakah ciri-ciri penting X ?

Cuba anda tulis jawabannya dengan berpandukan contoh penulisan di atas.


          b)      Apakah ciri-ciri penting Y ?

Cuba anda tulis jawabannya dengan berpandukan contoh penulisan di atas.


4.      Nyatakan 4 kepentingan monumen bagi penduduk di Asia Tenggara?

Monumen merupakan rumah ibadat / kuil / tempat sembahyang.

Monumen digunakan untuk  menyimpan patung dewa utama / Buddha.

Monumen digunakan untuk menyimpan abu jenazah raja / sebagai tempat bersemadi / simpan abu kerabat diraja .

Pembinaan monumen melambangkan keagungan kerajaan.

Pembinaan monumen melambangkan ketinggian dan kehebatan seni bina /
kehebatan ahli seni.

Pembinaan monumen melambangkan kekuatan kerajaan / raja yang
memerintah.

Monumen melambangkan Orde Kosmos.

5.      Nyatakan Pengaruh Hindu Buddha dalam sistem pentadbiran di Asia Tenggara.

Sistem pemerintahan beraja diamalkan dengan Raja berkedudukan paling atas diikuti oleh rakyat biasa dan bawah sekali golongan hamba.

Raja dianggap sebagai dewa raja dan bayangan Tuhan di bumi.

Raja memiliki kesakitan dan menggunakan unsur mitos dan legenda untuk mengukuhkan kedudukannya.

Konsep Orde Kosmos diamalkan iaitu negara dianggap sebagai alam semesta, Raja dan ibu kotanya pusat alam.

Raja bertanggunjawab mengatur kesejahteraan negara dan rakyat dan bertanggungjawab mendirikan komplek kota.

Raja berkuasa mutlak dalam hubungan luar, ketenteraan, pentadbiran, menggubal undang-undang.

Rakyat tidak boleh derhaka kepada Raja dan adat Istiadat pertabalan raja diperkenalkan, misalnya pembacaan ciri dan upacara mengangkat sumpah.

Golongan Brahmin membantu dalam pentadbiran dan menjadi penasihat Raja.

6.           Mengapakah seni bina yang berunsur sejarah perlu dijaga dan dipelihara ?

Seni bina ini melambangkan kesenian sesuatu bangsa, tamadun dan negara.

Seni bina ini merupakan warisan bangsa yang bernilai.

Seni bina ini merupakan sumber sejarah utama sesuatu bangsa @ tamadun.

Seni bina ini merupakan satu kebanggan dan kejayaan negara & bangsa.

Seni bina mempunyai nilai ekonomi iaitu menjadi tarikan pelancong.

Seni bina ini mempunyai nilai estetika.
Untuk menghargai jasa dan sumbangan tokoh-tokoh lampau.

          ( mana-mana isi yang munasabah )



Times SPM 2011 – Soalan Ulang kaji SPM 2011

Times SPM 2011 Cover + Download Links

Direct Download Link
All In One (RAR Pack)
Mediafire Download Links
All In One (RAR Pack) Contains ALL subjects below
Add Maths
B.Melayu
Biology
Chemistry
English
Maths
P.Akaun
Perdagangan
Physics
Science
Sejarah

Koleksi Soalan & Jawaban Sejarah Percubaan SPM 2011

Percubaan SPM Sekolah Berasrama Penuh ( SBP ) 2011

Percubaan SPM Wilayah Persekutuan 2011 

Percubaan SPM Pahang 2011 
Sejarah Q&A

Percubaan SPM Perlis 2011 

Percubaan SPM Kelantan 2011

Percubaan SPM Pulau Pinang 2011 

Percubaan SPM Melaka 2011


Percubaan SPM Terengganu 2011


Percubaan SPM Negeri Sembilan 2011


Percubaan SPM Perak 2011

Percubaan SPM Johor 2011

Percubaan SPM Kedah 2011
Sejarah Q&A

Thursday, October 27, 2011

Baik buruk Internet sebagai penyebar maklumat

Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebarluaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Jelaskan.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain.

Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.

Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi.

Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.

Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.

Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.

BAIK BURUK INTERNET

Internet lebih banyak mendatangkan kebaikan daripada keburukan.
Bersetujukah anda dengan pernyataan di atas dan berikan alasan-alasan yang munasabah bagi menyokong hujah anda.

Kita harus mengikut arus semasa yakni internet merupakan satu budaya baharu dalam masyarakat kini. Lantaran itu, internet tidak boleh dipandang sebagai sesuatu media yang berunsur negatif atau mendatangkan keburukan tetapi sebaliknya perlu dinilai secara bijak baik buruknya. Kita harus sedar bahawa terdapatnya pelbagai impak positif yang dibawa oleh internet. Kita amat memerlukan media ini untuk memastikan rakyat dan negara ini standing dengan negara yang lain dalam mengejar arus pembangunan semasa. 

Internet merupakan satu budaya baharu yang memudahkan kehidupan manusia terutama dalam aspek komunikasi atau berhubung secara langsung dengan orang lain tanpa mengira lokasi dan benua. Internet boleh digunakan untuk menghubungi sanak saudara atau saudara mara yang tinggal berjauhan daripada kita termasuklah di luar negara. Internet menjadikan komunikasi lebih cepat dan berkesan lalu mengeratkan hubungan antara manusia. Laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Weibo dan juga kemudahan e-mel amat sinonim dengan kehidupan masyarakat hari ini.

Manakala buat pelajar pula, internet pula boleh menjadi satu perpustakaan besar atau maya yang memberikan manfaat kepada mereka untuk mencari dan memperoleh pelbagai maklumat dan info.  Semua maklumat atau informasi ini seolah-olah berada di hujung jari pelajar iaitu boleh diperoleh dengan pantas pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Maklumat yang diperoleh ini menjadikan minda pelajar lebih terbuka dan kreatif dalam menghadapi cabaran kehidupan zaman moden ini.

Pada masa yang sama kemudahan internet kini menjadikan banyak urusan harian dilaksanakan terutama aspek pembayaran bil-bil semasa secara atas talian. Kita sudah boleh membayar bil-bil elektrik, air dan telefon serta membuat pindahan kewangan lalu menjimatkan masa dan tenaga manusia melalui bayaran atas talian. Pengguna tidak lagi perlu beratur panjang, bersusah payah mencari tempat letak kerata dan juga tidak perlu lagi mengejar waktu pejabat untuk berurusan tentang bil, bayaran dan pindahan wang misalnya dengan menggunakan perkhidmatan Maybank 2U dan CIMB Click. Kemudahan sebeginilah yang mampu menjadikan kehidupan manusia lebih bermakna.

Selain itu, internet juga membolehkan pelajar membuat permohonan ke IPTA, biasiswa dan kerja atau temuduga secara atas talian atau 'on-line'. Bukan itu sahaja, pelajar juga boleh menyemak status permohonan mereka dan juga keputusan peperiksaan yang dikelolakan oleh KPM atau IPT melalui internet. Semua kemudahan ini mampu untuk diperluas dalam aspek lain pula seperti urusan dengan pihak kerajaan dan mungkin juga bidang lain.Pengguna juga boleh menyemak saman trafik, membuat bayaran cukai jalan dan lesen memandu melalui internet, iaitu melalui perkhidmatan Myeg. Kehidupan manusia sudah pasti akan berubah dengan adanya kemudahan internet yang sebegini.

Akhir sekali, internet juga boleh menjadi salah sebuah lokasi perniagaan utama yang menjalankan urusan jual beli barangan dan perkhidmatan. Internet boleh digunakan untuk memasarkan dan menjual barangan dan perkhidmatan , membuat promosi produk serta menerima pembayaran elektronik. Selain itu,internet digunakan mewujudkan rangkaian perniagaan atau korporat persendirian yang dipanggil Intranet . Maka bermula dari sini orang ramai boleh mencari, memilih dan membeli produk dan perkhidmatan yang diperlukan di rumah atau di mana-mana tanpa mengira masa dan tempat. Pengguna tidak perlu berdepan dengan pelbagai kerenah dan tipu muslihat peniaga, begitu juga peniaga tidak lagi perlu berdepan dengan pelbagai ragam pembeli. Perniagaan internet juga menjimatkan kos operasi syarikat seperti tidak perlu menyewa bangunan, pejabat, dan bil utiliti. Peniaga juga boleh menjimatkan tenaga kerja. Internet menjadi perniagaan lebih mudah, pantas dan luas.

Kesimpulannya, kita sebagai ahli masyarakat tidak boleh berfikiran sempit dan beranggapan bahawa sesuatu yang baharu itu atau setiap teknologi membawa kesan negatif sahaja. Sebenarnya kesan baik atau buruk sesuatu perkara itu banyak ditentukan oleh manusia yang menggunakannya. Jika disalah guna, maka internet sudah tentu mendatangkan impak negatif sebaliknya jika digunakan dengan bijak, internet sebenarnya membawa seribu satu kebaikan kepada manusia dalam era globalisasi.

Wednesday, October 26, 2011

AMALAN 3R DI RUMAH KITA !





Dengan mengamalkan 3R (pengurangan, guna semula dan kitar semula), kita dapat mengelakkan daripada membazir sumber-sumber di dunia. Kehilangan sumber-sumber pada akhirnya dipanggil “sumber-sumber terbatas”.
Sebagai contoh, jumlah minyak adalah terhad di mana daripadanya kita boleh buat plastik dan bijih aluminium bagi membuat tin minuman. Dengan mengamalkan 3R kita dapat menjimat sumber-sumber terbatas pada masa hadapan di samping dapat mengurangkan jumlah pembaziran dengan tip-tip yang berikutnya. 
  1. Reduce – Pengurangan
    Hanya beli apa yang diperlukan:
    Kurangkan pembelian barangan yang tidak perlu. Jangan membeli barangan yang jarang digunakan. Beli barangan buatan tempatan.
  2. Beli produk yang boleh diguna semula:
    Beli barangan dalam botol (kaca) dan bateri boleh dicas semula.
  3. Beli pencuci serba guna:
    Ini mengurangkan pembelian pelbagai jenis pencuci untuk setiap kegunaan.
  4. Beli barangan yang kurang bungkusan:
    Bungkusan yang kurang akan mengurangkan sampah yang dibuang. Sokonglah bungkusan kertas.
  5. Jual atau dermakan barangan (dalam keadaan baik) yang tidak digunakan:
    Jangan simpan, membuang atau membakar barangan yang tidak digunakan.
  6. Beli produk tidak bertoksik:
    Kebanyakan produk toksik seperti minyak enjin, pengilap, cat dan racun serangga tidak boleh diguna semula. Habiskan guna bahan-bahan toksik sebelum membuang bekasnya.
  7. Gunakan bahan alternatif untuk mengganti bahan berbahaya/toksik:
    Mencuci dengan menggunakan soda bercampur cuka dan minyak zaitun bersama lemon adalah pengilap perabut yang baik.
Reuse – Guna Semula
  1. Beg-beg boleh digunakan semula untuk membeli-belah dan menyimpan barangan di rumah.
  2. Sampul surat boleh digunakan semula dengan melekatkan alamat baru di atas alamat lama. Ia juga boleh digunakan sebagai kertas skrap.
  3. Bekas-bekas boleh digunakan untuk menyimpan barangan di rumah.
  4. Kertas dan kadbod boleh digunakan untuk melapik dan menyimpan barangan di rumah. Kertas yang telah digunakan boleh dijadikan kertas conteng. Jangan lupa kitar semula jika tidak boleh digunakan lagi.
  5. Baju-baju lama boleh dijadikan alas kusyen, alas meja atau kain perca.
  6. Kayu lama boleh dijadikan sebagai bahan kraftangan. Jangan membakar kayu-kayu ini. Pembakaran terbuka adalah salah di sisi undang-undang.
  7. Tayar lama boleh diberikan kepada kedai tayar untuk dikitar semula.
Recycle – Kitar Semula
  • 1 Kitar semula di rumah:
    • Sentiasa melihat akan barang yang boleh dikitar semula. Asingkan bahan-bahan ini mengikut jenis. Gunakanlah tong-tong kitar semula yang terdapat untuk membuang bahan-bahan yang boleh dikitar semula.
    • Cuba mencari cara untuk kitar semula setiap bahan seperti kertas, plastik, loam dan kaca. Bahan-bahan lain seperti perabot, barangan elektronik, bahan pembinaan dan kenderaan juga boleh dikitar semula.
    • Beli produk-produk yang menggunakan barangan kitar semula.
  • Mengitar semula di laman anda:
    • Mengitar semula barangan kebun dan menanam pokok boleh memperbaiki alam laman anda. Mengkompos, iaitu proses pereputan bahan-bahan boleh reput, dapat digunakan semula sebagai baja di laman. Ia adalah cara terbaik untuk mengurangkan sisa dapur.
    • Mengitar semula rumput merupakan cara yang ringkas untuk mengembalikan zat-zat kepada tanah apabila rumput yang dipotong ini dibiarkan mereput.
  • Mengitar semula di sesebuah komuniti:
    • Pusat kitar semula: memberi ruang dan kemudahan kepada sesuatu komuniti untuk menghantar bahan-bahan bagi pengitaran semula.
    • Sekolah dan perniagaan: boleh memainkan peranan yang penting. Kedua-duanya boleh menjadi tempat rujukan dan memberikan kesedaran tentang kitar semula.
    • Projek-projek komuniti: jalankan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan meningkatkan aktiviti- aktiviti mengitar semula.

Pencemaran Alam Sekitar : Satu Perkongsian FAKTA

JENIS-JENIS PENCEMARAN
Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita.  Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar .
Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia.  Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu:
( a ) Pencemaran udara
( b ) Pencemaran air
( c )  Pencemaran tanah
 
PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-bahan pencemar ini ialah habuk,
debu, asap, dan gas-gas beracun .
Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .
 
 


PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

BAHAN-BAHAN PENCEMAR
Pembakaran bahan api di kilang 
dan dalam enjin kenderaan bermotor
Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, 
karbon monoksid dan debu
Pembakaran sampah sarap dan 
hutan secara besar-besaran
Gas karbon dioksida dan debu 
Penyemburan racun serangga dan 
bahan-bahan kimia
Gas dan kimia beracun 
Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) Gas CFC
 

Kesan Pencemaran Udara
Menjejaskan kesihatan
1 . Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita .
2 . Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .
3 . Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .
Penyusutan Lapisan Ozon
1 . Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari .
2 . Pembebasan  gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon .
3 . Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi .
4 . Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .
Pembetukan Hujan Asid
1 . Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid .
2 . Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan .
3 . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .
Kenaikan Suhu Di Bumi
1 . Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba .
2 . Jadi suhu di bumi menigkat dan persekitaran kita menjadi panas .
3 . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .
 
PENCEMARAN AIR
1 . Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik .
2 . Air boleh dicemari melalui
       ( a ) pembuangan bahan-bahan sisa kilang
       ( b ) tumpahan minyak dari kapal laut
       ( c ) pembuangan sampah-sarap dan  najis
       ( d ) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . 

Kesan Pencemaran Air
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sisa-sisakilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai .
2 . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi .
3 . Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula mengalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .
Pembunuh Hidupan Air
1 . Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut .
2 . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati .
3 . Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .
4 . Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari kedalam air .
5 . Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .
Memburukkan Keindahan Alam
1 . Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang .
2 . Air sungai dan laut juga berbau busuk .
 
PENCEMARAN TANAH
Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui :
( a ) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat
( b ) penyemburan racun serangga
( c ) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .

Kesan Pencemaran Tanah
Hakisan Tanah
1 . Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah .
2 . Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .
Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah
1 . Racun serangga yang disembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah .
2 . Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini .
Menjejaskan Kesihatan
1 . Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit .
2 . Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain .
3 . Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas ,kita mungkin diserang penyakit.
Kekurangan Tanah Subur
1 . Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .
2 . Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .
 
LANGKAH-2 MENGATASI PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Untuk menyelamatkan alam sekitar daripada bahaya pencemaran , kita perlu mengambil langkah-langkah untuk  mengatasi pencemaran . Di antara langkah-langkah yang diambil ialah :
( a ) mengharamkan pembakaran sampah-sarap di kawasan terbuka
( b ) menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun dari kilang-kilang dan kenderaan .
( c ) membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan
( d ) mengawal aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan
( e ) menyedarkan orang ramai supaya menjaga kebersihan alam sekitar
( f ) menjalankan proses kitar semula bahan-bahan buangan. 

Pengolahan Alam Hidupan
 
Mengolah Alam Hidupan Dengan Bertanggungjawab
1   Manusia mengolah alam sekitar dan hidupan untuk mendapatkan keperluan asas hidupnya ( makanan , pakaian dan tempat kediaman ) dan mendirikan tempat rekreasi .
2   Dalam  usaha memenuhi keperluannya, manusia telah membuka hutan untuk pertanian , perumahan , industri perlombongan , membina empangan dan mengeringkan hutan paya bakau . 
3   Aktiviti-aktiviti manusia ini menukar dan mencemarkan alam persekitaran serta menhapuskan habitat semula jadi, banyak spesies tumbuhan dan haiwan . Ini merupakan ancaman yang terbesar terhadap kemandirian hidupan liar .
4   Tumbuhan dan haiwan yang juga diolah untuk keperluan manusia seperti sukan , makanan , ubatan , kulit dan bulu turut susut bilangannya .  
5   Beribu-ribu spesies tumbuhan dan haiwan menghadapi kepupusan kerana pupolasi mereka adalah terlampau rendah akibat aktiviti manusia .  
6   Spesies tumbuhan atau haiwan yang terpupus akan hilang dari bumi ini selama-lamanya. Contohnya burung dodo , harimau bali , dan harimau kaspia adalah diantara beribu-ribu hidupan yang telah pupus dari permukaan bumi .
7    Manusia perlu mengolah alam hidupan dengan lebih bertanggung jawab kerana kemandirian manusia juga berkait rapat dengan kemandirian tumbuhan dan haiwan .
 
Kepentingan Pemeliharaan dan Pemulihan Haiwan dan Tumbuhan
 
1    Makanan : manusia  bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .
2    Ubat-ubatan : Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .
3    Sumber bahan mentah
     ( a ) Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas .
    ( b ) Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .
4    Keseimbangan alam sekitar :
  ( a ) Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam .
  ( b ) Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis .
  ( c ) Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara .
  ( d ) Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun .
  ( e )  Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .
5     Sumber air : Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia .
6     Rekreasi : Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti riadah dan rekreasi manusia . juga ia menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .
7    Ekonomi : hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak , damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .

KEPUPUSAN HAIWAN DAN TUMBUHAN
1     Di Malaysia , pemusnahan habitat dan pencemaran alam sekitar mengancam banyak spesies hidupan ini adalah seperti :
( a ) Spesies tumbuhan yang dikenali dan belum dikenali dalam hutan hujan tropika ( bunga pakma , orkid - orkid liar dan pisang liar ) .
( b ) Burung-burung ( misalnya burung enggang , bangau dan helang bahu hitam ) .
( c ) Haiwan (misalnya tapir , harimau , badak Sumatera , orang utan , siamang , lutong , dan ular sawa ) .
( d ) Serangga .
( e ) Penyu ( misalnya penyu belimbing dan penyu hijau .
2     Contoh hidupan lain di dunia yang menghadapi kepupusan :
( a ) Panda gergasi hanya terdapat di satu kawasan kecil di China . Kini , terdapat kurang 200 ekor yang masih tinggal .
( b )Gorila gunung Afrika Barat juga terancam dengan kepupusan kerana pemusnahan habitatnya akibat aktiviti pertanian serta diburu untuk bulu dan untuk dijadikan ubat-ubatan .
( c ) Ikan paus biru , haiwan yang terbesar , terancam dengan kepupusan kerana diburu untuk dagaing dan lemaknya .
 
Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hidupan Liar
 
1       Pemuliharaan hidupan liar ialah usaha pengurusan hidupan liar secara bijaksana supaya hidupan ini dapat dikekalkan untuk generasi yang akan datang .
2       Sumber Bumi adalah terhad . Dengan penambahan populasi dunia , lebih makanan dan keperluan lain diperlukan daripada sumber hidupan liar . Pada masa yang sama , kita perlu memastikan kita sentiasa dapat mengekalkan spesies hidupan yang ada .
3       Usaha-usaha pemuliharaan hidupan liar termasuk :
( a )   Mewujudkan kawasan hutan simpanan untuk memelihara hidupan liar . Contohnya , hutan dara , hutan simpanan , dan taman negara ( T.N. Pahang ; T.N. Kinabalu di Sabah ;  T.N. Bako , T.N. Mulu dan T.N. Niah di Sarawak ) .
( b )   Memindahkan tumbuhan yang diancami kepupusan untuk ditanam di kebun khusus atau aboretum dalam usaha pemeliharaan .
( c )   Melindugi hidupan liar di hutan paya bakau dengan mewujudkan hutan simpanan paya bakau , misalnya di Matang ( Perak ) dan Pulau Kukup ( Johor ) .
( d )   Mendirikan pusat pembiakan haiwan yang terancam dengan kepupusan , seperti ikan dan penyu ( di pantai timur ) , tuntung ( Perak ) dan orang utan ( Sabah dan Sarawak ). Pusat-pusat ini akan membiakkan haiwan - haiwan tersebut untuk dikembalikan kepada habitat asalnya .
( e )    Taman marin didirikan untuk melindungi hidupan laut . Contohnya taman-taman marin di Pulau Redang  , Pulau Tioman , pulau Paya , Pulau Perhentian dan Pulau Tinggi .
( f  )    Mengisytiharkan hidupan yang terancam dengan kepupusan sebagai spesies terpelihara dan tiada siapa pun dibenarkan menangkap , menembak atau menjualnya . Antara spesies-spesies terpelihara ialah orang utan , siamang ,kera , badak Sumatera dan harimau .
( g )     Menguatkuasakan undang-undang untuk melindungi hidupan liar .
( h )     Mengawal aktiviti pembalakan untuk mengurangkan pemusnahan habitat hidupan liar .
( i  )     Penghutanan semula , iaitu menanam semula hutan dengan anak benih baru setelah pokok balak ditebang .
( j  )     Pendidikan : Mendidik pelajar sekolah dan orang ramai tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan liar .
( k )     Mengawal pencemaran sungai dan laut yang memusnakan habitat hidupan air .