Wednesday, October 26, 2011

NANOTEKNOLOGI DENGAN PENGGUNA

Pada tahun 1974, seorang profesor dari Tokyo Science University, Norio Taniguchi memberi definisi kepada nanoteknologi sebagai proses pengasingan, pengabungan dan pengubahan struktur sesuatu bahan di peringkat atom atau molekul.

Secara am, nanoteknologi merupakan satu proses yang diaplikasikan di peringkat atom dan molekul, biasanya dalam lingkungan saiz 100 nanometer atau lebih kecil, pemprosesan produk atau alatan adalah di antara saiz ini.

Dalam skala nanometer, asas fizikal, kimia dan biologi sesuatu bahan adalah berbeza bagi setiap atom. Perbezaan ini merupakan khazanah yang berguna dalam kajian sains.
Berapakah kecilnya satu nanometer?
Organisasi standardisasi antarabangsa (International Organization for Standardization, ISO) menafsirkan bahawa satu meter merupakan jarak cahaya bergerak dalam vakum dalam masa satu per 299 792 458 saat, jadi satu nanometer merupakan satu per 1,000,000,000 (10-9) meter.

Kenapa kecil adalah baik?
  1. o    Cepat
  2. o    Ringan
  3. o    Boleh muat ke ruang yang kecil
  4. o    Murah
  5. o    Lebih cekap penggunaan tenaga
  6. o    Properties berbeza dalam ukuran yang kecil
Kenapa fokus pada saiz nanometer?
Ekonomi mendorong kegunaan saiz nanometer:
  1. o    Lebih ringan dan kurang bahan asas
  2. o    Jangka hayat yang panjang
  3. o    Properties yang luar biasa
Kebaikan nanoteknologi dalam kehidupan seharian
Akibat perkembangan dalam bidang nanoteknologi, orang ramai dapat menikmati:
  1. o    Komputer yang lebih berkuasa dan ruang penyimpanan data yang lebih besar.
  2. o    Analisis yang cepat dengan kuantiti sampel yang kecil
  3. o    Penemuan baru dalam dianogsis perubatan, rawatan dan penyaluran ubat ke destinasi yang tertentu dalam badan
  4. o    Menghasilkan industri yang cekap tenaga
  5. o    Bahan yang 100 kali lebih bertahan
  6. o    Teknologi baru untuk penghasilan tenaga dan perubahan tenaga (sel bahan api dan fotovoltik)
  7. o    Super konduktor untuk tujuan kecekapan tenaga
  8. o    Nanorobot untuk tujuan pembedahan yang lebih terperinci
Di manakah nanoteknologi digunakan?
Dengan kejuruteraan nanoteknologi, kini terdapat berbagai-bagai produk nano:
  1. o    Lebih daripada 400 produk pengguna.
  2. o    Cip komputer
  3. o    Kereta
  4. o    Pakaian
  5. o    Kosmetik
  6. o    Suplementasi nutrien
  7. o    Industri pembinaan
  8. o    Lebih daripada 600 bahan asas atau komponen bagi tujuan yang berlainan
Standard yang berkaitan dengan nanoteknologi ISO adalah dalam proses untuk membangunkan standard untuk nanoteknologi, TC 229 (Tecnical Committee) satu jawatankuasa teknikal telah diwujudkan untuk 4 kumpulan kerja (WG, Working Group) yang berusaha membangunkan standard nanoteknologi di masa depan. Malaysia merupakan ahli dalam TC 229.

Impak Nanoteknologi Dalam Kehidupan Manusia
Merupakan asas bagi kebanyakan pembangunan teknologi pada masa depan.

Dengan perkembangan yang mantap, kemajuan nanoteknologi akan melebihi bidang teknologi maklumat dan bioteknologi.

Nanoteknologi akan menghasilkan impak pada ekonomi sedunia, sebagai contoh, jualan produk nanoteknologi mencecah AS$1.5 trilion di pasaran Amerika, ini membolehkan sebanyak  2 juta peluang pekerjaan diwujudkan.

Sam Wong
Persatuan Pengguna-Pengguna Standard Malaysia
 



   

No comments:

Post a Comment