Monday, October 31, 2011

Perjanjian Aqabah I & II : Contoh Penulisan Jawaban Sejarah Yang Cemerlang 2 !

Soalan
Ketika berdakwah di kota Makkah, Nabi Muhammad s.a.w telah dikunjungi oleh beberapa orang Arab Madinah di Aqabah dan kemudiannya telah memeluk Islam.

a)      Namakan dua suku Arab yang menandatangani Perjanjian Aqabah.

Suku kaum Arab yang menandatangani perjanjian ialah Aus dan Khazraj.

b)      Nyatakan dua isi perjanjian  Aqabah pertama.

Suku Arab Aus dan Khazraj berjanji akan beriman dengan Allah dan Rasul.

Mereka berjanji membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w.

Mereka juga berjanji tidak akan melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak, berjudi dan tidak lagi membunuh bayi perempuan.

c)       Senaraikan dua isi perjanjian Aqabah  Kedua.

Suku Aus dan Khazraj bersetuju untuk memeluk Islam secara sukarela.
Mereka menjemput Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam Makkah berhijrah ke Madinah.
Mereka berjanji akan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad s.aw.
Mereka secara sukarela bersetuju menyediakan tempat tinggal kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam.
Mereka juga sanggup menjamin keselamatan Nabi Muhammad dan orang Islam.
Mereka bersedia mempertahankan agama dan negara Islam.

d)      Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, berikan dua kesan daripada perjanjian tersebut.

Perjanjian ini telah mendorong kepada peristiwa Hijrah pada 12 September 622 dan juga telah menjamin kejayaan hijrah Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah.

Perjanjian ini membolehkan orang Islam Makkah mendapat bantuan, pertolongan dan sokongan padu orang Arab Madinah.

Kesan lain perjanjian ini ialah strategi penyebaran yang lebih luas dan lebih aman.

Perjanjian ini turut menyebabkan penyebaran Islam meluas di Madinah sehingga ke seluruh Tanah Arab.

Pembentukan masyarakat Islam yang kuat dan lahirnya sebuah ummah juga antara kesan perjanjian Aqabah.

Selain itu, perjanjian Aqabah berjaya menyatukan masyarakat Madinah dan mewujudkan perpaduan antara masyarakat Arab, khususnya orang Islam.

Akhir sekali, perjanjian Aqawah membawa kepada kelahiran sebuah negara Islam pertama di dunia.

e)      Pada pendapat anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada peristiwa perjanjian  tersebut?

Antara iktibar yang diperoleh daripada peristiwa perjanjian Aqabah ialah kita perlu sentiasa mengamalkan sikap tolong menolong dan bekerjasama.

Perjanjian ini turut memperlihatkan pentingnya nilai pengorbanan untuk mencapai kejayaan dalam perjuangan. 

Kita perlu berani mempertahankan kebenaran dan hak yang dimiliki.

Kita perlu sentiasa menepati janji atau mengotakan apa yang dijanjikan.

Kita perlu mengamalkan sifat terbuka dan bertolak ansur atau berdiplomasi dalam perjuangan.

Rakyat perlu sentiasa berdisiplin dalam menjalani kehidupan harian dan ikhlas dalam membantu orang lain.

Rakyat perlu menumpahkan kesetiaan kepada kepada pemimpin.

Pemuafakatan dan persefahaman amat penting untuk menjamin kejayaan sesuatu perjuangan dalam menjamin kekuatan negara.

Kita perlu ikhlas dan jujur ketika menghulurkan bantuan kepada orang lain dan para sahabat.

Kita perlu mengamalkan semangat setia kawan dalam kehidupan harian.

3 comments:

  1. ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo....................................................

    ReplyDelete
  2. terima kasih πŸ˜­πŸ‘ŒπŸ»πŸ‘ŒπŸ»πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ»

    ReplyDelete