Wednesday, October 12, 2011

So Hard To Say... Terima Kasih ,Maafkan Saya



via : Faith4Hope4Love



Di dalam meneruskan kehidupan walaupun di mana kita berada,kekadang kita sering mengabaikan pelbagai perkara kecil yang membawa makna yang besar. Biasalah jika kita selalu terleka dek kesibukan,sama ada sebagai seorang blogger atau apa-apa pun pekerjaan yang sudah sebati dengan kita. Di dalam kehidupan ini ada 2 perkataan yang sangat simple,tetapi membawa pengertian yang sangat besar, iaitu ' terima kasih ' dan ' minta maaf '.

Dalam keluarga sendiri,berapa ramai ibu-bapa yang ingin mengucapkan ucapan terima kasih terhadap anak mereka. Kita suruh mereka ambilkan sesuatu barang, lepas tu kita diam aje,maklumlah kita sibuk serta memberikan tumpuan kepada pekerjaan kita tersebut. Ramai juga di antara kita sebagai suami atau isteri yang hanya ucapkan perkataan indah dan romantis sewaktu bercinta aje, atau pun tunggu waktu hari jadi,tak pun tunggu ulang tahun perkahwinan. Ucapan terima kasih memberikan inspirasi,bukan sekadar motivasi. Ianya ucapan yang segar serta penuh bermakna yang mendalam. Si isteri yang berkerjaya, balik ke rumah siap sibuk dengan segala urusan rumahtangga lagi,hal anak-anak lagi,memang penat,dah la penat,si suami buat dek aje.Mungkin di selitkan ucapan terima kasih sekali sekala membawa makna yang besar, " ayang mari abang tolong ayang kat dapur,selama nie,terima kasihlah sebab sudi memasak untuk abang dan anaka-anak" .kan lain bunyinya. Selepas isteri melahirkan anak , ada tak si suami ucapkan ucapan terima kasih kepada isteri atas pengorbanan besarnya itu?... banyak lagi situasi serta rencah kehidupan jika di isikan dengan perkataan terima ksih yang ikhlas serta lahir dari hati nurani membuatkan kehidupan yang kita lalui ni lebih ceria.

Susahnya untuk meminta maafkan terutama jika berlaku konflik di dalam perhubungan, Jika kita tersilap, sepatutnya ucapan maaf kita ajukan,bukannya mengelakkan diri atas dasar ego. Sebagai manusia biasa rasionallah di dalam kehidupan ini. Bukan semua boleh berjalan dengan lancar dan sempurna. Namun jangan pula menjadikan ucapan i m sorry sebagai tiket untuk buat kesilapan yang sama . semoga bermakna..

No comments:

Post a Comment