Wednesday, November 2, 2011

55 Ciri & Kebiasaan Orang Yang Sukses

1.    Mencari dan menghidu kesempatan atau peluang
       yang mana saat   orang lain gagal menghidunya.
2.    Orang sukses melihat masalah sebagai bahan   
       pembelajaran dan bukannya kesulitan belaka.
3.    Fokus pada penyelesaian , bukan berkubang pada  
       masalah yang ada.
4.    Menciptakan jalan suksesnya sendiri dengan pemikiran dan 
       inovasi yang ada.
5.    Orang sukses bisa berasa takut, namun mereka kemudian
       mengendalikan dan mengatasinya.
6.    Mereka mengajukan pertanyaan yang tepat, sehingga   
       menegaskan kualiti fikiran dan emosional yang   positif.
7.    Mereka jarang mengeluh.
8.    Mereka tidak menyalahkan orang lain, namun mengambil 
       tanggungjawab atas tindakan mereka.
9.    Mereka selalu mencari cara untuk mengembangkan
       potensi diri dan menggunakannya dengan efektif.
10.  Mereka sibuk, produktif, dan proaktif, bukan luntang- 
       lantung.
11.  Mereka mahu menyesuaikan diri dengan sifat dan   
       pemikiran orang lain.
12.  Mereka memiliki ambisi atau semangat.
13.  Tahu benar apa yang diinginkan.
14.  Mereka inovatif dan bukan plagiat.
15.  Mereka tidak menunda-nunda apa yang ada.
16.  Mereka memiliki prinsip bahawa hidup adalah proses  
       belajar yang tiada nokhtah.
17.  Mereka tidak menganggap diri sempurna malah   sentiasa 
       sudi belajar daripada orang lain.
18.  Mereka melakukan apa yang sepatutnya , bukan apa yang 
       mereka mahukan.
19.  Mereka mahu mengambil risiko, tapi bukan nekad.
20.  Mereka menghadapi dan menyelesaikan masalah dengan 
       segera.
21.  Mereka tidak menunggu datangnya keberuntungan, atau
       kesempatan. Merekalah yang menciptakannya.
22.  Mereka bertindak bahkan sebelum disuruh / diminta.
23.  Mereka mampu menguruskan emosi dan bersikap      
       profesional.
24.  Mereka adalah komunikator yang handal.
25.  Mereka mempunyai rencana dan berusaha     
       menjadikannya realiti.
26.  Mereka menjadi luar biasa kerana mereka memilih untuk itu.
27.  Mereka berjaya melalui masa-masa sukar yang biasanya 
       membuat orang lain menyerah.
28.  Mereka tahu apa yang penting bagi diri dan melakukan yang
       terbaik mengikut kemampuan.
29.  Mereka memiliki keseimbangan. Mereka tahu bahawa  
       wang hanya alat, bukan segalanya.
30.  Mereka faham betul pentingnya disiplin dan   
       pengendalian diri.
31.  Mereka berasa aman kerana mereka tahu mereka       
       berharga.
32.  Mereka juga murah hati dan baik hati.
33.  Mereka mahu mengakui kesalahan dan tidak segan untuk 
       minta maaf.
34.  Mereka mahu beradaptasi dengan perubahan.
35.  Mereka menjaga kesihatan badan dan mental.
36.  Mereka rajin dan gigih.
37.  Mereka tidak mudah putus asa.
38.  Mereka terbuka dan mahu menerima kehadiran orang lain.
39.  Mereka tetap bahagia saat menghadapi pasang surut  
       kehidupan.
40.  Mereka tidak bergaul dengan orang-orang yang membawa
       kerosakan / impak negatif.
41.  Mereka tidak membazir masa dan energi emosional untuk 
       sesuatu yang di luar kawalan mereka.
42.  Mereka seronok bekerja di tempat yang ada.
43.  Mereka menetapkan standard yang tinggi bagi diri  
       sendiri.
44.  Mereka tidak mempersoalkan mengapa mereka gagal  
       namun mengambil pengajaran daripadanya.
45.  Mereka tahu cara untuk rileks, menikmati apa yang ada, dan 
       mampu bersenang-senang dalam saat getir dan sukar.
46.  Mereka tidak sombong dengan karier dan pangkat.
47.  Mereka lebih tertarik pada apa yang efektif .
48.  Mereka menyelesaikan apa yang telah mereka mulakan.
49. Mereka berani gagal.
50.  Mereka menyedari bahawa mereka bukan hanya makhluk 
       hidup , namun yang lebih penting makhluk rohani.
51.  Mereka melakukan apa yang diperkatakan.
52.  Mereka tidak mudah lupa.
53.  Mereka sentiasa membuat catatan.
54.  Mereka sudi mendengar.
55.  Mereka menepati masa.

Sukses bukanlah milik orang yang tidak pernah gagal, tetapi milik orang yang tidak pernah menyerah … tidak pernah mengalah ... tetapi terus berusaha .

No comments:

Post a Comment