Friday, November 11, 2011

Aspek Peningkatan Tamadun : Contoh Penulisan Jawaban Sejarah Yang Cemerlang 3 !

a)            Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan matlamat pendidikan dalam tamadun berikut ;
                i.             Athens
                ii.            Sparta
                iii.           Rom
                iv.           India
                v.            China

Jawaban :

i.              Matlamat pendidikan dalam tamadun Athens ialah melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani.
                Selain itu, pendidikan juga diharap dapat melahirkan manusia cemerlang yang mampu memenuhi tuntutan mental dan fizikal mereka.
                Pendidikan zaman Athens memberi fokus kepada subjek pidato, sastera sukan dan muzik.

ii.             Matlamat pendidikan dalam tamadun Sparta bertujuan melahirkan anggota tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada pemerintah dan negara.
                Pendidikan di Sparta mementingkan latihan fizikal berbanding mental.

iii.            Pendidikan di Rom pula memberi tumpuan kepada ilmu yang praktikal.
                Matlamat pendidikan untuk melahirkan jurutera yang berjaya.
                Pendidikan juga diharap mampu memupuk semangat kesetiaan dalam masyarakat.

iv.           Pendidikan di India bertujuan menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati.
                Pendidikan juga diharap dpat mengatasi masalah buta huruf dan menambah ilmu dalam kalangan masyarakat.
                Selain itu, mereka belajar atau mendapatkan pendidikan untuk memperoleh jawatan dalam pemerintahan.

v.            Tujuan pendidikan di China adalah untuk lulus dalam peperiksaan awam.
                Tujuan lain pendidikan di China untuk mengenal sistem tulisan agar dapat menterjemah buku suci.
                Pendidikan juga dijadikan asas untuk mendapat kerja dalam pentadbiran negara.


b)            Nyatakan ciri-ciri pendidikan Zaman Vedik yang diamalkan di India.
               
                Pendidikan zaman Vedik hanya terbuka kepada lelaki.
                Bahasa Sankrit dijadikan bahasa pengantar.
                Sistem pendidikan menggunakan kaedah penghafalan Kitab Veda.
                Mereka mempelajari ilmu falsafah dan karya saintifik.
                Pendidikan dijalankan di i istana, Rumah, Kolej Brahman dan   
                Universiti agama Buddha.

c)            Pada pandangan anda, mengapakah sistem pendidikan di Malaysia  
               dapat mewujudkan perpaduan kaum?

                Sistem pendidikan Malaysia dapat mewujudkan perpaduan kaum kerana menggunakan Sukatan Pelajaran, buku teks dan sistem persekolahan yang sama.
                Selain itu, kita juga menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu Bahasa Melayu.
                Tambahan pula, kegiatan kokurikulum dan sukan dilaksanakan tanpa mengira kaum.
                Kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan mampu memupuk nilai-nilai murini dalam kalangan pelajar seperti bertolak ansur dan bekerjasama.
                Pengenalan mata pelajarah Sejarah, Pengetahuan Moral dan Pendidikan Sivik dan Kenegaraan turut menjadi pemangkin pembentukan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
                Penubuhan Sekolah Wawasan dan pelancaran 1 Murud 1 Sukan juga mampu menyemai semangat perpaduan dalam kalangan pelajar.
                Pengenalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan juga bertujuan memupuk perpaduan dalanm kalangan rakyat.       
               
d)            Jelaskan sumbangan tamadun China dalam bidang ekonomi.
               
                Sumbangan tamadun China dalam bidang ekonomi dapat dilihat dalam bidang   pertanian, perusahaan dan perdagangan.
                Dalam bidang pertanian, mereka memperkenalkanalat dan teknik menyisir tanah dan    teknologi meneres bukit untuk kegiatan penanaman.
                Selain itu, mereka memperkenalkan kolar kuda dan menggunakan kereta kuda untuk membajak tanah atau sebagai revolusi teknologi pembajakan.
                Mereka turut memperkenalkan sistem pengairan untuk mengairi kawasan pertanian dan sistem tanaman bergilir untuk mengekalkan kesuburan tanah dan mengelakkan pembaziran tanah.
                Manakala dalam bidang perusahaan pula mereka mahir dan maju dalam membuat tembikar dan barangan logam.
                Masyarakat tamadun China telah melakukan perdagangan jarak jauh sehingga ke Alam Melayu, India dan Timur Tengah.
                Mereka menggunakan jalan darat dan jalan laut untuk berhubung dengan negara-negara luar.
               
e)            Bagaimanakah generasi muda hari ini dapat memberi sumbangan ke arah peningkatan ekonomi sesebuah negara ?

                Generasi muda perlu belajar rajin-rajin, gigih bekerja dan gigih berusaha.
                Generasi muda juga perlu menguasai ICT dan teknologi moden agar mampu bersaing dengan orang lain.
                Gerenasi muda mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan harian.
                Generasi muda perlu hidup bersatu padu antara masyarakat berbilang kaum.
                Generasi muda perlu menguasai ilmu pengetahuan dan pendidikan.
                Generasi muda perlu berdisiplin kehiduan harian.
                Generasi muda perlu lebih kreatif dan inovatif.
                Generasi muda perlu mempunyai semangat inkuiri dan semangat juang yang tinggi dalam bidang yang diceburi.
                Generasi perlu menjauhui amalan dan gejala yang negatif.

Admin Gerbangsejaraham.blogspot.com
11.11.11

No comments:

Post a Comment