Sunday, November 13, 2011

Koleksi Soalan dan Jawaban Pra-SPM 2011 : NOVEL

Perwatakan watak utama dalam novel Renyah dan Sutera Dalam Lukisan 

Novel Renyah : Datuk Dolhi
1.         Seorang usahawan yang berjaya.
            Contohnya, Datuk Dolhi mempunyai empayar perniagaan secara usaha sama dengan Albert Lee dalam perniagaan Dolhi-Albert Holding.
2.         Seorang bapa yang bertanggungjawab.
           Buktinya Datuk Dol masih memberi nafkah kepada anaknya, Wahi melalui ibu mentuanya walaupun isterinya, Mastura telah meninggal dunia.
3.         Seorang ketua kelaurga ( bapa / suami ) yang penyayang.
-         Misalnya Datuk Dolhi tetap sayang kepada semua anaknya walaupun anak-anaknya itu banyak menimbulkan masalah kepadanya kerana mencemarkan nama baiknya.
4.         Seoarang yang penyabar dan tabah.
-           Contohnya, Datuk Dolhi tetap bersabar dan tabah menghadapi pelbagai kerenah anak-anaknya yang bermasalah.
5.         Seorang yang berani dan bijak membuat keputusan.
-           Beliau telah membuat keputusan untuk melantik Wahi sebagai penggantinya dalam Dolhi Albert Holding walaupun dia tahu bahawa Albert Lee ingin menguasai syarikat tersebut.
6.         Seorang usahawan yang rajin dan gigih.
-           Buktinya, Datuk Dolhi rajin mengikuti seminar keusahawanan dan membaca buku-buku yang berkaitan dengan motivasi.
7.         Seorang usahawan yang berwawasan jauh.
-           Sebagai usahawan yang berwawasan jauh, Datuk Dolhi sentiasa mencari rakan kongsi baharu sambil melihat peluang niaga.
-           Beliau merancang untuk menubuhkan kolej swasta sendiri yang berorientasikan keusahawanan.
8.         Seoarang yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
-           Datuk Dolhi masih mengingati lagu-lagu Jepun semasa zaman persekolahannya dahulu.

Novel Sutera Dalam Lukisan : Bujei
1.         Seoarang anak yang bertanggungjawab.
-           Buktinya, Bujei cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan ibunya daripada kebakaran di rumahnya, tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dihalang oleh orang ramai.
2.         Seorang anak muda yang berani.
-           Misalnya, Bujei dengan berani menerkam bapa tirinya, Harun kerana ingin membela ibunya, Fatimah yang diterajang sehingga pengsan.
3.         Seorang yang suka berangan-angan
-           Contohnya, Bujei suka berangan-angan agar dia berubah suatu hari nanti, hidup senang, bekerja, dan bergaji besar
4.         Seorang yang rajin bekerja.
-           Misalnya, Biasanya pagi-pagi Bujei akan menunggu sesiapa sahaja yang pergi menoreh getah dan berharap mereka akan mempelawanya untuk menolong di kebun semata-mata untuk mendapat upah
5.         Seorang yang mempunyai harga diri
-           Ketika Bujei berada di kedai Pak Sulong, Bujei tidak suka meminta-minta daripada pelanggan yang minum di situ kerana dia masih mempunyai harga diri.         
6.         Seorang yang bersikap rendah diri.
-           Bujei keberatan untuk berjumpa Adila apabila disuruh oleh Mak Lamah kerana dia merasakan dirinya bodoh, tetapi akhirnya dia memberanikan diri untuk bersemuka dengan Adila
7.         Seoang yang bijak dan pandai berjimat.
-           Bujei tidak menggunakan wang pemberian Wak Senen yang besar nilainya malah disimpannya dengan rapi di dalam kendi di rumahnya.
8.         Seoarang yang berbakat dalam bidang nyanyian
-           Bujei mendendangkan lagu Bahtera Merdeka semasa majlis perkahwinan Same’ah sehingga memukau orang ramai dengan kemerduan suaranya.

PENTING !!!
       Jawaban bagi genre novel perlu ada pernyataan dan diikuti dengan huraian contoh peristiwa yang berkaitan

1 comment: