Sunday, November 13, 2011

KOLEKSI SOALAN & RANGKA JAWABAN : LATAR TEMPAT DALAM NOVEL

Latar tempat yang terdapat dalam novel Sutera Dalam Lukisan

Contoh penulisan jawaban.
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah di tebing sungai. Buktinya, Bujei dihurung oleh agas-agas dan nyamuk yang semakin galak lewat petang ketika berada di tepi sungai.
Selain itu, rumah Fatimah juga merupakan latar tempat dalam novel. Buktinya di sinilah berlakunya peristiwa Harun menyepak pelita minyak tanah sehingga menyebabkan kebakaran dan kematian Fatimah.
Rumah nenek
Bujei balik ke rumah neneknya setelah ditegur oleh Sidang Saman ketika dia berendam di dalam sungai.

Pangkal pokok
Bujei duduk bersandar di pangkal pokok sambil menunggu kanak-kanak sekolah yang lalu-lalang di situ sehingga akhirnya dia terlelap.

Pintu pagar sekolah
Bujei menghantar kanak-kanak sekolah sehingga ke pintu pagar sekolah sambil memesan mereka supaya belajar bersungguh-sungguh.

Kedai Pak Sulong
Bujei melewati Kedai Pak sulong untuk meraih simpati dan mengharapkan pelawaan daripada pelanggan di situ.

Rumah Mak Usu Bakyah
Same’ah dan Adila bertandang ke rumah Mak Usu Bakyah dan berbual-bual panjang
sehingga larut malam.

Di pekan
Samsul membawa Bujei ke pekan untuk menggunting rambut,membeli radio,jam dan
pakaian

Rumah ibu bapa Adila
Adila berbincang dengan ayahnya tentang masa depan dan pekerjaannya sebagai pensyarah ketika Adila balik ke rumah ibu bapanya di Kuala Lumpur

Rumah Sidang Saman
Adila tinggal bersama-sama keluarga Sidang Saman sementara menunggu dan membantu menjayakan majlis perkahwinan Same’ah yang akan berlangsung.

Rumah Mak Som
Bujei ke rumah Mak Som untuk mengambil upah mencuci motosikal Alias.

Di  bawah pokok belimbing besi
Adilah menanti kedatangan Bujei di bawah pokok belimbing besi dalam pertemuan mereka yang pertama.

Negara England
Adila pulang semula ke tanah air setelah melanjutkan pelajarannya di England.

Kedai gunting rambut di pekan
Bujei telah menggunting rambutnya di pekan dan berasa hairan apabila melihat dirinya di cermin yang sudah berubah.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Renyah:
Contoh penulisan jawaban .
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Renyah ialah pejabat Datuk Dolhi. Contohnya, segala urusan syarikat usaha samanya dengan Albert Lee iaitu Dolhi-Albert Holdings dilaksanakan di sini.
Selain itu , rumah Datuk Dolhi turut menjadi latar tempat yang penting. Misalnya di sinilah tempat Datuk Dolhi mengisytiharkan bahawa Wahi adalah anak kandungnya

Tokyo Jepun
Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia ialah ayah kandungnya.

Hotel Teratai Inn
Hasnol berjumpa denganTengku Munir yang menjanjikan habuan rasuah dengan syarat Hasnol membantunya meluluskan semua tendernya

Kg Sungai Bakau
Tempat tinggal Mukhlis dan isterinya yang merupakan janda serta dua anak

Kelab Mawar
Amera bertemu dengan peminat misterinya, iaitu YB Wahab Yasin

Di Bukit Serakah
Datuk Dolhi berjoging dengan Albert.

Di Hospital
Mukhlis dimasukkan ke hospital setelah dipukul kerana menyerang rumah berhala. Manakala bekas isterinya ada menjenguknya di hospital tetapi keluarga Mukhlis tidak mengenalinya kerana berpurdah.

Kawasan pedalaman Serawak
Ilham menghasut orang-orang asli supaya membina benteng manusia bagi menghalang kegiatan pembalakan.

Negara Perancis
Linda isteri Hasnol tinggal di Paris dan tidak mahu pulang kerana malu.

Bandar London
Hasnol tiba seorang diri dari London.

Lapangan Terbang Narita
Datuk Dolhi agak penat apabila tiba di Lapangan Terbang Narita Jepun selepas penerbangan selama 7 jam. Ketibaannya disambut oleh Wahi dan sahabat Jepunnya

No comments:

Post a Comment