Tuesday, November 1, 2011

Laporan Ketua Audit Negara




Ketua Audit Negara

Laporan Ketua Audit Negara 2010 oleh Tan Sri Amrin Buang telah didedahkan kepada umum. Kebiasaan integriti Laporan Ketua Audit Negara tidak bias, bebas daripada pengaruh politik, tiada unsur prejudis kepada mana-mana pihak. Yang betul dipuji dan salah akan dibentang & dibongkarkan berasaskan bukti yang sahih melalui kaedah pengauditan yang profesional yang akhirnya diharapkan dapat memberikan “nilai tambah” kepada akaundibiliti pengurusan awam…..
Seperti laporan Ketua Audit Negara sebelum-sebelum ini, antara beberapa pendedahan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang telah didedahkan setakat ini dan telah berjaya menarik perhatian umum termasuklah:

1) 19 daripada 47 syarikat (40%) yang dikawal oleh Kementerian Kewangan mengalami kerugian pada tahun 2009 hampir mencecah RM 0.71 bilion (RM 710,000,000). Oleh sebab 28 syarikat lain berkenaan mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM 93.06 bilion, keuntungan sebelum cukai keseluruhan 47 syarikat tersebut adalah berjumlah RM 92.35 bilion yang turun yang menunjukkan penurunan sebanyak RM 3.83 bilion berbanding dengan keseluruhan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 96.18 bilion pada tahun 2008. Antara syarikat yang menyaksikan prestasi cemerlang, adalah Petrolium Nasional Bhd (Petronas), Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan syarikat hartanah Cyberjaya, Cyberview Sdn Bhd.

Tiga syarikat yang mencatatkan kerugian terbesar adalah syarikat pengendali pengangkutan awam Syarikat Prasarana Bhd (Prasarana), Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) dan Aset Global Network Sdn Bhd.

2) 9 Kementerian & jabatan telah lebih belanja peruntukan operasi dengan jumlah RM 3.73 billion.
Antara Kementerian tersebut adalah Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

3) Kutipan cukai meningkat sebanyak RM 1.01 billion menjadi RM 159.65 billion berbanding tahun 2009.

4) Hutang negara untuk tahun 2010 sahaja sudah menjangkau RM 407.1 billion berbanding RM 362.39 biliion pada tahun 2009. Kadar hutang negara telah melepasi 50% daripada KDNK untuk 32 tahun berturut sejak tahun 2009 lagi.

5) Dek kerana kuda-kuda yang dibeli pada 2008 untuk tujuan menyertai pertandingan ekuestrian dan sukan lasak gagal memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Persekutuan Ekuestrian Antarabangsa atau Federation Equestre Internationale, akhirnya Majlis Sukan Negara (MSN) membeli 23 ekor kuda berjumlah RM 5.66 juta dan dibuat melalui rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan. Antaranya :

• Equine Centre Sdn Bhd (6 ekor) : RM 1.98 juta
• El Ranco Country Club (13 ekor) : RM 2.48 juta
• Royal Terengganu Endurance Stable (2 ekor) : RM 0.58 juta
• Toft Endurance Pty Ltd (2 ekor) dengan nilai RM 0.62 juta

Kuda-kuda yang tidak dibenarkan bertanding telah diberikan kepada :
• Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia (tiga ekor kuda)
• Unit berkuda Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (tiga ekor kuda)
• Pusat equestrian Angkatan Tentera (dua ekor kuda)
• Universiti Putra Malaysia (tiga ekor kuda)
• Universiti Teknologi Malaysia (dua ekor kuda)
• Majlis Sukan Terengganu (dua ekor kuda)
• Royal Terengganu Endurance Stable (lapan ekor kuda)

6) Jabatan Taman Laut Malaysia sepatutnya memperoleh RM 52,594.08 (denda) tapi hanya mampu mengutip RM 23,792.56. Kalau ikut Laporan ketua Audit Negara 2010, Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) mempunyai perbelanjaan boleh tahan juga “makannya”. Sebagai contoh :

• RM56,350 untuk hanya sepasang ‘binokular marin’ atau teropong visi malam 
( harga pasaran RM1,940)
• RM56,350 untuk sepasang binocular visi malam jenama Bushnell (harga pasaran RM2,827).
• RM11,845 untuk komputer riba dan pencetak warna (harga paasaran RM3,428)
7) 6% daripada 341 penerima bantuan perumahan dikategorikan sebagai golongan miskin tegar “dikira tidak layak” kerana mereka tidak berdaftar dengan e-Kasih atau Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (SSPKR). Namun, mereka diberi bantuan perumahan di bawah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Program Bantuan Perumahan (PBR). Tetapi ada yang tidak layak diberikan bantuan…9) 

8) Kedudukan kewangan di Pulau Pinang telah bertambah baik dari 2009 hingga 2010 yang Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendedahkan bahawa semua petunjuk kewangan di negeri ini telah meningkat pada tahun lepas.

9) Kumpulan Wang Disatukan Negeri telah meningkat RM 29.28 juta atau 2.7% kepada RM1.13 bilion.
• Baki Akaun Hasil Disatukan telah juga meningkat RM 33.54 juta atau 6.2% sehingga mencapai RM 572.49 juta.
• Hasil yang dikutip pada tahun 2010 telah meningkat sebanyak RM 34.19 juta atau 9.1% kepada RM 410.70 berbanding dengan 2009, RM 376.51 juta
• Aset negeri yang terdiri daripada wang tunai dan pelaburan meningkat RM 29.28 jutal atau 2.7% kepada RM 1.13 bilion (RM1.10 bilion pada tahun 2009)

10) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru yang telah gagal ujian jalan termasuklah kegagalan spesifikasi seperti di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.

11) Kes tangkapan dan aduan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) mengambil masa lebih 700 hari untuk diselesaikan.

12) Mara telah ditegur supaya membelanjakan peruntukkan sebanyak RM 54 juta dengan cara yang betul. Antara barang yang patut boleh dapat harga murah tetapi dibeli pada harga yang tinggi adalah :

• Ketuhar berharga RM1,200 berbanding harga pasaran RM419
• Katil Boleh Lipat berharga RM500 berbanding harga pasaran RM100
• Dapur gas dua pembakar pada harga RM200 setiap satu, dan bukannya RM59.90
• Mesin gunting rambut yang dibekalkan pada harga RM250 setiap satu, dan bukannya RM79
• Pengisar pada RM140 dan bukannya sebanyak RM60

Beberapa kelemahan & penyelewangan telah didedahkan kepada umum. Persoalannya sekarang ini, apakah tindakan kerajaan yang bertanggungjawab sekarang ini untuk mengatasi masalah perbelanjaan yang berlebihan ini? Adakah Menteri-menteri yang berkenaan dikenakan surat tunjuk sebab? Penalti? Atau setakat hanya bahas di Parlimen, dan terus berbahasa akhirnya senyap sahaja selepas ituakhirnya tutup laporan. Adakah begitu pengakhirannya?
TPM kita berjanji akan mendakwa pegawai kerajaan yang terlibat.

No comments:

Post a Comment