Tuesday, January 3, 2012

Perbezaan Masihi dan Sebelum Masihi / BC,BCE dan CE.

Masihi

Salam Sejarah,
Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ramai juga yang tak tahu mengenai dua istilah ini iaitu Masihi dan Sebelum Masihi. ok, cikgu akan cuba menerangkan secara ringkas agar anda boleh faham. Lagipun perkara ini adalah paling asas dalam pembelajaran Sejarah terutama dari aspek Timeline/Garis Masa/Tarikh. Ok apa yang akan diterangkan cikgu berlandaskan kalendar ROMAWI,JULIAN,GREGORIAN. Senang cerita kalendar yg kita guna sekarang adalah kalendar Kristian.
Sebelum tu, cuba fahamkan istilah-istilah ini :
a) B.C.E = Before Common Era / Before Christian Era / Before Current Era
b) C.E = Common Era / Christian Era / Current Era
c) A.D = Anno Domini / In The Year Of Our Lord
d) Masihi = C.E / A.D
e) Sebelum Masihi = B.C.E
Amacam? Confuse tak? Hehehe.. Senang je sebenarnya, ok guys, mungkin korg akan tanya, kenapa pula ada istilah BCE,CE dan AD, tadi cikgu cakap cuma masihi dan sebelum masihi je kan?
Sebenarnya memang berkait, kali ini cuba fahamkan pula apa maksud masihi dan sebelum masihi ok? baca elok2..
a) Sebelum Masihi : Orang-orang Barat (Kristian) menetapkan bahawa ini adalah kalendar/tahun sebelum kelahiran Jesus Christ. So ye, 99999999999 – 1 SM itu bermaksud sebelum kelahiran Jesus.
b) Masihi : Selepas kelahiran Jesus Christ, so ye 1 Masihi – 14 Disember 2011 Masihi adalah pentarikhan selepas kelahiran Jesus.
Ok, dalam Bahasa Inggeris, Sebelum Masihi dipanggil BCE. Boleh rujuk kat atas tu. Masihi pula dipanggil CE dan AD. Ok untuk istilah AD tu, ia merupakan istilah Latin iaitu ANNO DOMINI yang dipanggil tahun tuhan kita. Maksud tahun tuhan kita ini merujuk kepada kelahiran Jesus. So ye, Masihi, CE dan AD adalah sama.
Ok sekarang masih tahun 2011 kan? So tahun 2011 ni boleh ditambah dengan 2011 Masihi, 2011 C.E (Common Era), 2011 AD (Anno Domini). Kat bawah ni gambar timeline ye, biar kasi lebih faham lagi.
masihiAda lagi, sebagai maklumat tambahan, Sejarawan di dunia telah menetapkan bahawa penggunaan terkini adalah BCE dan CE. Kalau dulu, sekiranya anda pernah membaca buku2 sejarah karya orang barat, mereka menggunakan istilah BC iaitu Before Christ dan AD iaitu Anno Domini dalam penceritaan tahun. Sekarang dah tukar kepada BCE dan CE iaitu Before Common Era dan Common Era. Dalam Bahasa Melayu Masihila.
http://1.bp.blogspot.com/-S4zv9F4EqYo/ToTG3Na8bDI/AAAAAAAACPQ/rDbr4hwANWc/s1600/timeline.jpg

Dipetik drp catatan Cg Azid.

No comments:

Post a Comment