Sunday, April 29, 2012



PENGAJIAN AM UTK STPM BAHARU !


SKIM PENTAKSIRAN

Peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Am terdiri daripada empat kertas, iaitu Kertas 900/1, Kertas 900/2, Kertas 900/3, dan Kertas 900/4.


Kertas 900/1

Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal pertama. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan, Bahagian B terdiri daripada empat soalan struktur dan Bahagian C terdiri daripada tiga soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A dan Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.

Kertas 900/2

Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal kedua. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada empat soalan struktur, Bahagian B terdiri daripada dua soalan alih bentuk komunikasi, dan Bahagian C terdiri daripada dua soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B dan satu soalan dalam Bahagian C.

Kertas 900/3

Kertas ini merupakan kertas peperiksaan pada penggal ketiga. Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A terdiri daripada 15 soalan aneka pilihan, Bahagian B terdiri daripada dua soalan analisis data/carta/gambar, dan Bahagian C terdiri daripada tiga soalan esei. Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam Bahagian A, satu soalan dalam Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C.

Kertas 900/4

Kertas ini merupakan kerja projek yang wajib dilaksanakan oleh calon STPM sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, dan calon persendirian individu. Kerja projek ini akan dilaksanakan pada penggal kedua dan menjadi sebahagian komponen pentaksiran penggal kedua. Calon mesti melaksanakan semua aspek berkaitan kerja projek seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Pentaksiran bagi kertas ini untuk calon sekolah kerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan akan dijalankan oleh guru sekolah, manakala pentaksiran untuk calon sekolah swasta dan calon persendirian individu akan dijalankan oleh pemeriksa yang dilantik oleh MPM.

Wajaran pentaksiran bagi komponen kerja projek ini adalah sebanyak 20% daripada markah keseluruhan kertas Pengajian Am.

Pemberitahuan tentang STPM Baharu MPM/1(AM)/2012


Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.
Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!

SURAT PEKELILING PEMBERITAHUAN STPM BAHARU 2012/2013:

Sukatan Pelajaran STPM Baharu 2012/2013:

Monday, April 16, 2012

IKHTIAR TERAKHIR UNTUK PESAKIT KANSER..SILA SEBARKAN!



POKOK BELALAI GAJAH UNTUK RAWATAN KANSER.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya.


Kegunaan daun belalai gajah @ Sabah Snake Grass

mengikut stage penyakit :


•Stage 1 : 30 daun setiap hari ( 2 X SEHARI )

•Stage 2 : 50 daun setiap hari ( 2 X SEHARI )

•Stage 3 : 100 daun setiap hari ( 2 X SEHARI )

•Stage 4 : 150 – 200 daun setiap hari ( 2 X SEHARI )


*Jika pesakit sudah beransur sembur, kurangkan penggunaan daun tersebut


Cara-cara membuat jus daun belalai gajah @

sabah snake grass ( SSG)


•masukkan setengah cawan air dalam blender

•masukkan 1 @ 2 ais untuk elak pemanasan ketika SSG diblend

•tambah setengah biji @ 1/4 jus limau ( Vit C & elak pengoksidaan)

•masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan mengikut stage seperti diatas. Elak basuh dgn air paip

•masukkan sebiji apple hijau yang di potong 8

•blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya dikhuatiri hilang

•(Kepada mereka yang badan terasa sejuk bolehlah dicampurkan sedikit hirisan halia)


*Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi


*Semasa minum jus belalai gajah ini haruslah sedikit berpantang dengan makanan2 ini seperti gula atau makanan yang ada gula, madu, ikan kembung, 7 angled fish, ray fish, daging ayam, daging itik, keladi, beras pulut, butter atau planta, durian, sarang burung, ginseng atau mana2 herba2 lain. Cuba berpantang sementara untuk melihat hasil dari daun belalai gajah


Penyakit yang boleh diubati seperti Uterus Cancer, Prostate Cancer, Breast Cancer, Lang Cancer, Leukemia Patiens, Dialysis Patients, High Blood, High Uric Acid, Diabetes ,high cholesterol ,dll


Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.


testemoni:


* Pesakit mengidap Uterus Cancer

Ketumbuhan sebesar 6cm dan dijadualkan untuk dibedah. Selepas pengambilan jus daun belalai gajah, ketumbuhan surut 3.5cm. Doktor kata tidak perlu dibedah dan meneruskan meminum jus tersebut dan akhirnya ketumbuhan hilang.


* Pesakit Kanser Peparu tahap 3

Telah membuat chemotherapy sebanyak 6 kali. Ketumbuhan sebelum pengambilan jus daun belalai gajah sebesar 26mm, 44mm, 76mm. Tetapi selepas pengambilan jus tersebut ketumbuhan mengecil 20mm, 27mm, 67mm.


* Pesakit wanita Kanser payudara & peparu

Mengalami kanser stage 4 ,tersangat lemah ,tidak boleh makan melainkan melalui tiub dan terlantar di hospital. Namun usaha keluarga meletakkan jus daun belalai gajah menerusi tiub ke mulut pesakit,dan didapati setelah beberapa hari pesakit boleh makan dan selepas 28 hari ketumbuhan menghilang.


* Pesakit Kanser Limfa Stage 4 :

Sebanyak 123 nodus limfa yang terkena kanser bermula Mac 2008.Selepas 9 kali menerima kemoterapi dan pada 10/11/2008 beliau telah berhenti menerima rawatan setelah 5 pakar mengatakan beliau hanya mempunyai 3 bulan untuk tempoh hidupnya.

Namun,setelah mengamal minum Daun Belalai Gajah yang diblend bersama epal hijau

( termasuk kulit dan bijinya) setiap hari selepas sarapan.,sehingga kini beliau didapati sembuh!


Betapa besar kejadian dan ciptaan Allah SWT..

Banyak khasiat tumbuhan-tumbuhan yang kita tidak tahu kehebatannya

dalam merawat penyakit merbahaya.

Khazanah Alam Yang Menyimpan Seribu Satu Rahsia Kehebatan Kurniaan Ilahi..

Syukur!


"Setiap penyakit ada ubatnya, apabila ubat tepat mengenai penyakit, maka akan wujud kesembuhan dengan izin Allah s.w.t."

(H.r Muslim)

"Sesungguhnya Allah s.w.t. ketika menciptakan penyakit, pasti menciptakan ubat, maka hendaklah kamu berubat!"

(HR Ahmad)


Sesungguhnya berubat itu adalah ikhtiar,


Namun kesembuhan itu adalah hak Allah..

Atas KeizinanNya jua


Sekian . Wasallam


BOLEH DIDAPATI DI :

*Negeri Sembilan : Pusat Pertanian Pantai Baru di Jalan Pantai Batu 7, 71700 Pantai , Seremban, Negeri Sembilan Malaysia. ( Anak pokok ) http://healthiswealthwithherbs.blogspot.com/


*Kelantan : RA Alikhwan Marketing ( Extract Daun Belalai Gajah )

Haji Abdul Wahab Jusoh No.214.Jalan Hilir Wakaf Bharu, Sebelah Jazliya Bridal, 16250 Wakaf Bharu, Kelantan HP : 019-953.3201 / 012-908.0106.

http://b17nitrilosides.blogspot.com/

Friday, April 6, 2012

Kuasa Pengguna: Satu Pengguna, Satu Suara


Artikel kali ini PS Mubin membicarakan mengenai kuasa pengguna. Bagi menjaga kebajikan dan mewujudkan keharmonian di antara pengguna dan pengusaha.  Selari dengan kehendak hukum syarak, maka Islam memang mengharamkan sebarang bentuk eksploitasi dan penindasan seperti riba, judi, menipu dan sebagainya.                                                                            

Namun apa yang mendukacitakan ialah berleluasanya kegiatan sesetengah pengusaha dan peniaga yang mengamalkan budaya  menipu pengguna. Antaranya ada yang ditipu timbangan dan ukuran, ada yang diperdaya dengan harga yang dipropaganda harga murah tetapi sebenarnya mahal, ada yang ditipu dengan barangan tiruan dan ada yang terjebak dengan barangan dan perkhidmatan yang tidak halal dan ada juga yang terperangkap dengan janji palsu along dan skim cepat kaya. 

Dalam tahun 2008 kerajaan telah menerima sebanyak 10,720 aduan dengan pelbagai isu dan masalah yang menimpa pengguna. Ribuan aduan juga dilaporkan oleh persatuan-persatuan pengguna di seluruh negara.  Kadang kala kita mengeluh dan marah apabila menyedari kita ditipu oleh peniaga. Sebagai pengguna atau pembeli, kita mempunyai hak yang perlu dipertahankan. Di antara hak-hak tersebut ialah mempastikan barangan kegunaan yang dibeli adalah suci dan halal, mempastikan barangan dan perkhidmatan yang dibeli adalah tulen dan berkualiti dan mempastikan harga yang dibayar adalah harga sebenar dan berpatutan.


Bagi mempastikan hak-hak kita sebagai pembeli dan pengguna dapat dilindungi, maka kita hendaklah menjadi pengguna yang bijak. Bijak dalam erti kata tidak dapat dieksploitasi oleh pengusaha dan penjual. Bijak memilih penjual yang boleh dipercayai dan bijak memilih barangan dan perkhidmatan yang suci, halal dan berkualiti. Sesungguhnya untung rugi nasib pembeli dan pengguna adalah terletak di tangan kita sendiri. Jika kita prihatin, berhemah dan waras dalam mendapatkan barangan dan perkhidmatan maka terjaminlah kehidupan kita.

Dalam usaha mengaut keuntungan besar dan menjadi orang kaya cepat, maka terdapat peniaga menjadikan pembeli sebagai mangsa. Kita amat sedih jika mangsa itu adalah orang miskin dan kumpulan daif yang lain. Oleh itu, para pembeli dan pengguna perlu sedar bahawa sikap tidak kisah terhadap barangan dan perkhidmatan yang dibeli akan merugikan pengguna sendiri.

Justeru itu, marilah kita menjadi pengguna yang prihatin dan bijak dengan langkah-langkah berikut ;
Pertama   :     Setiap pengguna perlu mendapatkan maklumat dan   pengetahuan yang secukupnya mengenai barangan dan perkhidmatan yang akan dibeli.
Kedua      :      Para pengguna perlu membuat pengaduan terhadap peniaga-peniaga yang didapati menipu dan menindas
Ketiga        :    Para pengguna patut memilih premis perniagaan yang dipercayai amanah.
Keempat     :  Pihak berwajib hendaklah sentiasa membuat pemantauan dan penguatkuasaan ke atas pusat-pusat perniagaan secara integriti dan bertanggungjawab.   

Profil Tentang Malaysia

Maklumat Kenegaraan Malaysia