Friday, October 19, 2012

Apa itu SUBSIDI ?

Subsidi

Takrif
Subsidi ialah wang yang dibayar oleh Kerajaan kepada perbadanan tertentu bertujuan untuk menstabilkan harga atau menurunkan harga berbanding harga pasaran sesuatu barangan atau perkhidmatan agar mampu dinikmati oleh rakyat yang memerlukan.

Senario Di Malaysia
Malaysia adalah negara yang paling banyak memberi subsidi kepada rakyatnya iaitu lebih 54% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara. Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat tahun demi tahun.

2006 – RM10.0 bilion
2007 – RM10.5 bilion
2008 – RM35.2 bilion
2009 – RM20.3 bilion
2010 – RM24.9 bilion
Sumber: Laporan Ekonomi 2010/2011 Kementerian Kewangan

Dasar Rasionalisasi Subsidi
  • Meminimumkan kesan kepada rakyat.
  • Lebih RM750 juta perbelanjaan Kerajaan berjaya dikurangkan. Jumlah ini disalurkan semula untuk tujuan pendidikan, kesihatan dan pembangunan komuniti.
  • Defisit negara lebih terurus.
Penstrukturan semula dan pengurangan subsidi
  • Diperkenalkan Kerajaan pada 16 Julai 2010.
  • Langkah awal dengan mengurangkan subsidi petrol dan gula.
  • Hanya golongan sasaran menikmati subsidi.
Mengapa subsidi petrol dan gula dikurangkan?
  • Lebih 71% dinikmati golongan berpendapatan tinggi, warga asing dan pertengahan.Hampir 70% digunakan untuk tujuan perniagaan.
  • 2 kali ganda gula digunakan untuk perniagaan dan industri berbanding isi rumah.
  • Permintaan produk yang tinggi dari negara jiran. Boleh meningkatkan penyeludupan.
  • Penggunaan petrol per kapita adalah tinggi di Malaysia berbanding negara-negara lain di rantau ini.
Apa berlaku jika Rasionalisasi Subsidi tidak dilaksanakan?
  • Subsidi melibatkan wang Kerajaan dibelanjakan. Perbelanjaan yang banyak untuk subsidi akan mengurangkan pertumbuhan sektor-sektor penting negara yang lain.
  • Peningkatan subsidi yang ditanggung Kerajaan akan menyebabkan prasarana awam dan pembangunan untuk rakyat turut berkurangan.
  • Daya tarikan pelaburan asing melabur turut terjejas dengan berkurangnya prasarana yang ditawarkan di Malaysia.
  • Subsidi menyebabkan defisit iaitu kekurangan pendapatan berbanding perbelanjaan  yang diperlukan negara. Defisit yang semakin meningkat akan turut meningkatkan hutang negara.

No comments:

Post a Comment