Monday, October 8, 2012

Bahaya Buat Autosave Password Dalam PC

Autosave password kadang-kadang memudahkan kita. Kalau orang yang malas nak mengingat password macam aku ni, function tu sangat membantu. Biasanya kita set password untuk email dan akaun yang biasa kita buka. Dalam kesenangan pasti ada bala. Kalaulah PC atau Laptop kita hilang haru biru dibuatnya.
Tak payah fikir pasal hilang. Cuba fikirkan pasal peminjam. Kita kan murah hati sangat. Kawan nak pinjam kita bagi. Kawan kepada kawan kita nak pinjam pun kita bagi. Ingat mereka tak boleh dapatkan password korang ke? Sebenarnya nak dapatkan password yang kita simpan cukup mudah. Tak perlu belajar tinggi-tinggi. Cuma kena tahu kat mana nak buka je.
Bayangkan kalau email korang orang lain tau passwordnya. Akaun facebook orang dapat curi password. Huh nauzubillah… minta dihindarkan dari bala seperti itu. Tapi kita kena juga berwaspada. Jangan serahkan semuanya pada Allah selagi kita tak berusaha.
Sedikit tutorial ringkas macam mana nak dapatkan password yang kita save dalam PC. Ini untuk sesiapa yang guna browser Google Chrome. Untuk browser yang lain konsepnya lebihkurang sama.
Ikut langkah-langkah mudah di bawah :
  • Pada browser korang, tekan gambar spana dan akan keluar satu paparan. Takan pada option.
  • Lepas option ditekan akan keluar pulak satu muka baru.
  • Langkah seterusnya adalah tekan pada Personal Stuff. Satu paparan antaramuka personal stuff kelihatan. Apa yang perlu korang cari semakin hampir. Lihat pada option Password. Klik pada Manage Saved Password. Kat situla tempat tersimpannya segala password yang korang simpan selama ni.
  • Paparan menunjukkan laman web, username dah password anda. Nak tengok password tu klik button show. Taraaaaa… maka keluarlah password korang kat situ.
Tengoklah bertapa mudahnya nak ambik password dalam PC tu. Bahaya kan kalau PC atau laptop kita terlepas ke tangan orang lain. Jadi berhati-hatilah dalam menentukan kerahsiaan komputer peribadi korang.
Sebagai langkah selamat sila gunakan otak sebagai database dan store menyimpan segala username dan password. Cara mudah dan selamat. Kalau hari-hari korang bukak laman web tu dan hari-hari masukkan password insyallah akan ingat password korang tu.

No comments:

Post a Comment