Monday, October 29, 2012

Esei Konsep 1 Malaysia : Percubaan STPM Kelantan 2012 !



Konsep 1 Malaysia merupakan langkah yang dapat memantapkan integrasi nasional. Namun begitu, masih terdapat pelbagai kekangan yang menghalang ke arah pencapaian matlamat tersebut. Bincangkan.
Bil
Idea
Huraian


1.
A)  Langkah

Teras perpaduan

- Prinsip penerimaan
  Menerima keunikan kaum-kaum lain agar dapat
  hidup bersama.
- Prinsip kenegaraan
  Semangat nasionalisme dan cintakan negara yang
  diterapkan melalui Perlembagaan Persekutuan dan
  Rukun Negara.
- Prinsip keadilan sosial
  Semua rakyat akan terbela tanpa meminggirkan
  mana-mana pihak.

2.
Nilai-nilai murni
- Kesederhanaan
  Sederhana dalam semua aspek iaitu
  pertuturan, perbelanjaan, berpakaian, bekerja.
- Rendah hati
  Tidak sombong, tidak bongkak, tidak ego dan
  sedia mendengar- menjadi amalan rakyat.
- Berbudi bahasa
  Tertib tingkah laku dan sopan santun ketika
  berinteraksi.
- Hormat menghormati
  Menghormati semua kaum, agama dan budaya.

3.
Nilai-nilai aspirasi
- Budaya berprestasi tinggi
  Budaya cemerlang dalam semua aspek yang  
  dilakukan.
  Membawa Malaysia ke tahap yang cemerlang dan
  budaya saing.
- Budaya ketepatan
  Menepati waktu dan kecekapan melaksanakan
  semua tugas dalam waktu yang ditetapkan.
- Budaya ilmu
  Memiliki ilmu pengetahuan dan kesediaan
  menimba ilmu sepanjang hayat- minda terbuka
 
- Integriti
  Dalam menjalankan tugas supaya dihormati.
  Menerima kritikan dan teguran.
- Ketabahan
  Tidak mudah mengaku kalah, yakin diri, semangat
  juang yang kental, dedikasi.
-Kesetiaan
  Kepada raja dan negara mengikut rukun negara.
- Kebijaksanaan
  Membuat keputusan yang tepat.
  Membezakan baik dan buruk.
  Tidak pentingkan diri sendiri.
- Inovasi
  Berani berubah untuk kebaikan dan menjadi
  perintis dalam setiap bidang yang diterokai.
- Bersama-sama tanpa mengira kaum
  membangunkan negara.
 


4.
B) Kekangan

Tahap kefahaman yang rendah


- Berkaitan  cara hidup kaum-kaum lain.
- Menyebabkan tiada rasa hormat dan menghargai
  antara kaum.
- Sikap sesetengah pihak yang mengambil
  kesempatan.
- Wujud perasaan curiga, prasangka, iri hati antara
  kaum.

5.
Sistem persekolahan pelbagai aliran
- Sejak zaman penjajahan sistem persekolahan
  diasingkan mengikut kaum dan menggunakan
  bahasa ibunda masing-masing.
- Menebalkan semangat perkauman.
- Kurang peluang berinteraksi dengan kaum-kaum
  lain.

6.
Petempatan berkelompok mengikut kaum.
- Bandar besar dihuni kaum Cina dan luar bandar
  Melayu.
- Tidak bercampur dan menjarakkan lagi hubungan
  antara kaum.

7.
Ekonomi berasaskan pengenalan kaum
- Jurang ekonomi yang ketara menghalang
  perpaduan.
- Agihan kekayaan tidak seimbang.
- Tidak puashati.
STPM Terminal : 2 + 2
STPM Baharu : 3+2 / 2+3

1 comment: