Monday, October 29, 2012

Faktor Mempengaruhi Fenomena Tanah Runtuh ! Esei Percubaan STPM Perak 2012 ...



Tanah runtuh merupakan satu fenomena geobencana yang dikaitkan dengan faktor alam dan aktiviti manusia. Bincangkan penyataan ini.

Pengenalan.
Tanah runtuh merupakan satu fenomena bencana alam yang sering mendapat perhatian umum pada masa kini. Kebiasaannya, tanah runtuh berlaku secara semulajadi dan aktiviti manusia sendiri.   

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: FAKTOR ALAM

1.
 Kebolehan hujan.
- kadar penyerapan air yang tinggi selepas hujan  yang lebat akan menyebabkan kandungan aliran  air dalam tanah menjadi banyak.
- tanah akan menjadi longgar kerana wujud ruang larian air dalam  tanah.
- tanah menjadi lemah dan mudah runtuh.
- pergerakan tanah akan berlaku di kawasan yang  mengandungi kuantiti takungan atau larian air  yang banyak.
2.
Pemotongan cerun
- anak sungai dan sungai berliku akan memotong cerun pada bahagian lengkung.
- dalam kawasan air pasang, ombak dan arus akan  memotong cerun bahan tak kukuh.
- hakisan tebing yang berlaku perlahan tetapi berterusan.
- proses hakisan akan melemahkan kestabilan cerun dan seterusnya membawa kepada tanah runtuh.
3.
Kebolehan runtuhan tanah
- berlaku di kawasan yang kurang mempunyai tanah  liat dan kadar resapan yang rendah.
- kawasan yang banyak mengandungi tanah pasir berbanding tanah liat mempunyai risiko tinggi mengalami tanah runtuh.
- berlaku juga  di cerun yang curam.
- berat yang melampau di permukaan cerun ini akan  menyebabkan berlakunya gelongsoran  tanah.
4.
 Gempa bumi/letusan gunung berapi
- menghasilkan gegaran dan ketegangan yang boleh menyebabkan struktur cerun yang sedia lemah mengalami runtuhan.
B: FAKTOR AKTIVITI MANUSIA

5.
Pembangunan di kawasan tanah tinggi
- pembinaan hotel, perumahan dan pembinaan   bangunan secara tidak terancang.
- menjalankan aktiviti pemotongan dan  penambakan yang tidak mengambil kira faktor- faktor sudut kecuraman cerun, kekuatan  tanah/batuan, darjah luluhawa, air bawah  permukaan serta pengaruh litupan tumbuhan
6.
Pembalakan secara berterusan.
- penebangan hutan untuk tujuan pembalakan  menyebabkan tanah terdedah kepada agen  hakisan.
- struktur tanah yang longgar disebabkan tiadanya pelindung atau tanaman penutup bumi
  menyebabkan berlakunya tanah runtuh.
7.
Pengubahsuaian cerun.
- bukit-bukit ditarah/dipotong  untuk pembinaan  jalanraya ataupun bangunan-bangunan.
- pemotongan cerun akan melemahkan kestabilan cerun
8.
Aktiviti pertanian tanah tinggi.
- pokok-pokok akan ditebang untuk aktiviti  pertanian.
- penebangan pokok akan menyebabkan kestabilan  terganggu.
- akar-akar tumbuhan akan mengurangkan  kestabilan cerun yang mengikat zarah-zarah tanah.
- sokongan tanah akan menjadi longgar dan  memudahkan berlakunya tanah runtuh.
 
Penutup.
Tanah runtuh merupakan salah satu tragedi yang berkaitan dengan kegelongsoran tanah dan boleh menyebabkan kematian. Langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil bagi mengelakkan bencana ini berlaku.

Skema STPM Terminal : 2+2
Skema STPM Baharu : 3+2 / 2+3

No comments:

Post a Comment