Wednesday, October 10, 2012

Isu Pergaulan Bebas dan Maksiat !

Masalah Sumbang Mahram

Fenomena sumbang mahram boleh dikatakan sebagai satu fenomena yang masih hangat di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, acapkali berita tentang terjadinya sumbang mahram terhias di dada-dada akhbar. Banyak juga Pertubuhan-Pertubuhan Bukan Kerajaan dan juga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat khasnya melaungkan suara-suara perjuangan mereka. Ini terutama sekali kerana mangsa yang terlibat adalah seringkali merupakan kanak-kanak perempuan atau gadis di bawah umur.

Definisi Sumbang Mahram

Mengikut pengertian Kamus Dewan perkataan ‘sumbang’ membawa erti ‘tidak mematuhi adat (kebiasaan, kesopanan dan lain-lain), melanggar adat, tidak sopan’. Perkataan ‘mahram’ pula adalah merupakan variasi kepada perkataan ‘muhrim’ yang membawa erti ‘laki-laki dan perempuan yang diharamkan berkahwin menurut agama Islam’. Dalam pada itu, dari perkataan sumbang juga terdapat beberapa frasa iaitu ‘sumbang balai melintang’ yang bermaksud ‘berzina dengan orang yang tidak boleh dikahwini (pada agama dan adat). ‘Sumbang kadim’ yang bererti ‘berzina dengan keluarga yang rapat’ dan ‘sumbang pati’ juga membawa erti ‘ berzina dengan saudara sendiri’.

Undang-undang Berkaitan Sumbang Mahram

Mengikut Undang-Undang Sivil Malaysia, sumbang mahram didefinisikan sebagai “apabila seorang lelaki atau perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang itu”. Di Mahkamah Syariah pula, Seksyen 2 Akta/Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan (1997), Selangor (1995), Pulau Pinang (1996), Johor (1997) dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) 2001 pula telah mentakrifkan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang ditegah berkahwin.

Seksyen 2 Enakmen Jenayah Syariah (1992) untuk Negeri Sembilan, Perak dan Sarawak pula telah memberikan takrifan sumbang mahram sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang bertentangan dengan Hukum Syarak di antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang diharamkan berkahwin sama ada di kalangan muabbad (haram nikah buat selama-lamanya) atau ghairu muabbad (haram nikah buat sementara).

Statistik Sumbang Mahram Di Malaysia

Statistik menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja lelaki sering dicabuli di luar kawasan rumah sementara gadis dan kanak-kanak perempuan seringkali dicabuli dalam atau sekitar kawasan rumah. Namun begitu statistik yang didapati berkemungkinan adalah tidak tepat kerana terdapat kemungkinan kes-kes kejadian tidak dilaporkan atas beberapa sebab seperti diancam oleh pelaku, rasa malu kerana pandangan rendah daripada masyarakat sekeliling dan tidak tahu kepada siapa dan bagaimana untuk melaporkan kejadian.

30% dari kes rogol adalah melibatkan perbuatan sumbang mahram dan pelaku yang paling kerap adalah ayah kandung (48%) sementara bapa tiri pula 24.4% dan pelaku pula berumur di antara 18 hingga 65 tahun. Sementara itu mangsa pula adalah merupakan gadis-gadis di antara umur 11 hingga 15 tahun dan mewakili 54.9% daripada mangsa yang terlibat. Menurut Polis Diraja Malaysia (2003), berikut adalah statistik kes sumbang mahram di antara 1997 hingga 2002:

Jadual Kes Sumbang Mahram di Malaysia

TAHUN JUMLAH KES
1997 247
1998 317
1999 275
2000 213
2001 246
2002 298

Biarpun jumlah kes yang dicatatkan masih berada di bawah angka 300, namun ia mungkin tidak menggambarkan apa sebenarnya terjadi kerana kebanyakan kes yang dilaporkan adalah yang melibatkan gadis bawah umur.

Sumber:
Polis DiRaja Malaysia
Jabatan Agama Islam Malaysia 


Pelacuran

Pelacur merujuk kepada lelaki atau wanita yang melakukan hubungan seksual secara sukarela bagi imbuhan wang. Sekiranya secara paksaan, ia ditakrifkan sebagai rogol. Bagi wanita yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai perempuan simpanan. Bagi lelaki yang menjalin hubungan seksual dengan pasangan terhad, satu atau dua sahaja bagi imbuhan wang, ini dikenali sebagai gigglo.

Di Malaysia, pelacuran Warga asing dari China, Indonesia, Rusia, Uzbekistan, Thailand dan seumpamanya menjadi umpan mereka untuk menarik pelanggan.Dalam waktu yang sama pengusaha dan pemilik spa dan pusat urut menjadi mewah.

Atas alasan desakan hidup dan ingin membiayai kos pengajian menyebabkan ada segelintir pelajat di IPT terjerumus dalam kancah hina ini.Ada juga disebabkan pernah terpedaya dengan kekasih,pernah terlanjur makan mereka menjadi ketagih seks,jalan mudah mereka melacur diri.

Namun ada yang sengaja memilih jalan ini untuk hidup mewah dan bergaya.Sedikit rupa paras yang jelita memudahkan mereka mencari pasaran.Hari ini perniagaan berlandaskan nafsu seks ini begitu laris.Setiap hari dalam media massa dipaparkan pusat-pusat urut dan spa yang diserbu akibat menyalahgunakan permit. Pengusaha spa dan pusat urut tidak berniaga sepertimana yang tertera dalam permit perniagaan sebaliknya berselindung di sebalik permit untuk melakukan kegiatan pelacuran.

Pihak berkuasa hendaklah sentiasa memantau premis-premis yang menjalankan aktiviti spa dan rumah urut. Pihak berkuasa juga hendaklah menjalankan aktiviti mengempurkan sarang perlacuran bagi membendung masalah pelacuran di Malaysia. 


Bersekedudukan

Satu lagi gejala yang semakin menular ialah bersekedudukkan iaitu pasangan kekasih yang tinggal serumah tanpa sebarang ikatan yang sah sehingga melahirkan anak-anak luar nikah.Hanya kerana ingin menikmati kebebasan, golongan remaja yang tidak tahu malu sanggup bersekedudukan dalam satu rumah tanpa menghiraukan adab resam dan agama.Difahamkan, bersekedudukan nampaknya sudah menjadi trend di kalangan muda-mudi terutama di ibu kota dan ia perkara biasa.

Bersekedudukan adalah fenomena yang bermula dari Barat dan kini mempengaruhi sesetengah anggota masyarakat kita. Gejala-gejala ini seolah-olah menggambarkan masyarakat hari ini semakin hilang pertimbangan dan tidak lagi menggunakan kewarasan akal dan batas-batas agama dalam membuat sebarang tindakan.

Ini terbukti apabila Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim baru-baru ini mendedahkan bahawa jumlah anak tidak sah taraf yang didaftarkan meningkat kepada 17,303 di seluruh negara sepanjang tahun lalu iaitu purata 47 orang sehari.Bilangan itu meningkat 762 kes berbanding tahun 2008 seramai 16,541 manakala pada 2007 seramai 16,100 orang.Angka tersebut meliputi anak-anak yang lahir di luar perkahwinan atau anak luar nikah.

Bagi masyarakat yang sudah luntur nilai moral beranggapan tindak-tanduk seseorang dalam pergaulan seharian adalah soal peribadi yang tidak boleh sesiapa pun campur tangan, termasuk ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Kehidupan yang individualistik yang hilang pegangan hidup beragama akan berakhir dengan cara hidup primitif.Golongan ini dengan mudah terdedah dan terpengaruh dengan gejala negatif seperti bersekedudukan.

Sumber:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) 

Seks Sebelum Kahwin


Satu kajian telah dijalankan di Malaysia pada tahun 1992 mendapati 52% remaja yang berumur antara 17-24 tahun telah mempunyai lebih dari satu pasangan seks dan separuh daripada mereka telah melakukan seks di luar nikah (Kajian Kesihatan dan Cara Gaya Hidup, Kementerian Kesihatan 1992). Satu lagi kajian telah dijalankan pada akhir tahun 1996 ke atas 30, 233 orang pelajar sekolah menengah (Umur di antar 13-18 tahun) yang mendapati 1.8% remaja telah melakukan seks (Second National Health and Morbidity Survey, Kementerian Kesihatan 1997). 40 % remaja yang berumur antara 13-19 tahun mula dating ketika berumur antara 13 dan 15 tahun. Apabila mencapai umur 18 tahun, 84% telah mula berpegang tangan, 85% telah berkucup dan 83% telah bercumbu (Lembaga Penduduk dan Keluarga Kebangsaan, 1996). Jelasnya kajian-kajian ini telah menunjukkan bahawa peratusan remaja yang melakukan seks sebelum nikah pada usia yang muda telah meningkat di negara kita.

Sebab-sebab Melakukan Seks
75% remaja melakukan seks sebelum nikah kerana ingin tahu dan ingin merasa seks, 71% lakukan seks kerana sudah terangsang, 64% mahukan pengalaman seks, 61% ingin membuktikan rasa cinta dan 58% ingin memuaskan kehendak pasangan. Dari segi peratusan menurut jantina, remaja lelaki lebih banyak mengatakan ingin tahu dan sudah terangsang sebagai alasan melakukan seks (38% bagi kedua-duanya), manakala remaja perempuan mengatakan sebagai bukti cinta (17%).

sumber:
Kementerian Kesihatan Malaysia 

Hubungan Sejenis

Sejak kebelakangan ini, gejala Homoseksual sering diperdebatkan. Jika dahulu, hendak menyebut perkataannya pun sudah membangkitkan rasa malu dan jelik. Tetapi kini, kita boleh lihat bagaimana terdapat beberapa individu mula mengaku mereka adalah ‘gay’ atau dalam istilah yang lebih ‘mulia’- mempunyai naluri songsang. Yang peliknya, mereka langsung tidak malu apatah lagi takut kepada Yang Maha Esa untuk mengaku menjadi seorang homoseksual.



Apa itu Homoseksual?

Homoseksual dalam istilah yang sebenarnya adalah hubungan kelamin yang melibatkan sesama jenis samaada lelaki atau perempuan. Namun, masyarakat Barat memandang istilah Homoseksual sebagai hubungan yang melibatkan sesama lelaki sahaja berbanding dengan istilah yang sebetulnya yang turut merujuk kepada hubungan sesama perempuan. Istilah Homoseksual diambil daripada dua perkataan daripada bahasa Inggeris iaitu Homo dan Seksual. Homo bermaksud sejenis dan Seksual bermaksud kegiatan atau hubungan seks.

Istilah Homoseksual kontra kepada istilah Heteroseksual yang mana ia membawa maksud hubungan seks berlainan jenis. Lumrah manusia adalah bergitu. Allah swt menciptakan manusia berpasangan iaitu lelaki dan wanita untuk dijadikan pasangan.Bagi masyarakat Arab, istilah Homoseksual dirujuk dengan istilah Liwath. Liwath mengambil daripada kata akar Lut. Lut adalah Rasul yang diutuskan Allah di dua buah daerah yang terletak di negara Jordan sekarang iaitu Sodom dan Gomorrah yang mana masyarakatnya mengamalkan kehidupan songsang.

Sama ada disedari atau tidak, di Malaysia, golongan tersebut semakin berpengaruh. Pengamal homoseksual yang kononnya punya merit, akan diangkat sebagai hero. Berdasarkan kajian tertentu, golongan berkenaan sanggup melakukan apa sahaja bagi mempertahankan kehidupan homoseksual termasuk sesiapa yang menjadi ikon mereka.Kita sudah tidak larat mendengus dan menggeleng kepala apabila mendengar 1001 cerita tentang gejala tersebut di tanah air ini. Cabarannya, berapa banyak lagi yang kita tidak tahu tentang gejala tersebut. sama-samalah kita fikirkannya.


Pengguguran Kandungan

Pengguguran (bahasa Inggeris: abortion) merupakan penyingkiran atau pengeluaran embrio atau fetus dari uterus ibu , dan mengakibatkan kematian embrio atau fetus itu. Proses ini mungkin berlaku secara spontan (keguguran), atau secara aruhan oleh seorang pakar perubatan. Aspek undang-undang dan moral pengguguran aruhan merupakan isu kontroversi di seluruh dunia. Pergerakan pro-pilihan menegaskan hak wanita untuk memilih sama ada untuk menggugurkan bayinya, manakala pro-hidup menentang pengguguran sebagai bentuk pembunuhan dan melanggar prinsip-prinsip moral.

Semua agama sama ada Islam, Kristian, Buddha, Hindu, dan lain-lain mengharamkan pembunuhan dalam kandungan atau pengguguran. Di Malaysia, pengguguran memang diharamkan. Walau bagaimanapun atas nasihat doktor, pengguguran dibolehkan bagi mengelakkan risiko ibu yang mengandung sama ada difikirkan boleh mengancam nyawa atau boleh mengganggu kesihatan ibu mengandung.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-26 yang bersidang pada 7-8 Mac 1990 telah membincangkan Pengguguran Kandungan Kerana Kecacatan. Muzakarah telah memutuskan bahawa haram menggugurkan janin di dalam kandungan, kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.

Sumber:
Wikipedia 

Pembuangan bayi

Di akhir-akhir ini berita buang bayi kerap sangat kedengaran di negara kita ini.hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam.



Faktor Penyebab

1.Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia.

2.Pergaulan bebas lelaki perempuan itu adalah satu perkara yang mendekatkan kepada zina yang sepatutnya anggota masyarakat membenci dan membenterasnya secara bersungguh-sungguh. Kalau di zaman dulu terutamanya di kampung-kampung, seorang wanita berjalan seiring dengan seorang lelaki tanpa ada orang ketiga boleh dianggap salah dan dilarang, tetapi zaman sekarang kalau lelaki dan wanita berjalan berpimpin tangan atau berjalan sambil berpelukan sudah menjadi perkara biasa kepada kita.

3.Dalam perkara membuang bayi ini kita sebagai anggota masyarakat harus juga dipersalahkan. Kita selalunya memandang hina kepada mereka yang mengandungkan anak luar nikah tetapi kita tidak pernah memandang hina kepada anak-anak muda yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Padahal pergaulan bebas inilah punca sebenar kepada masalah buang bayi ini. Kita tidak pernah melarang dan mencaci anak-anak muda kita yang bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Di dalam Quran, Tuhan bukan sahaja melarang perbuatan zina tetapi perkara-perkara yang mendekatkan kepada zina juga turut dilarang.

4.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup remaja telah menyebabkan mereka hilang haluan dalam kehidupan dan seterusnya terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sudah semestinya menjalinkan hubungan di luar tabii. Hal ini telah menyebabkan remaja perempuan mengandung sebelum ada ikatan yang sah. Dalam situasi tersebut, remaja yang hilang pegangan agama tidak teragak-agak untuk membuang dan meninggalkan anak mereka selepas dilahirkan.

5.Pengaruh rakan sebaya juga menyebabkan masalah kes pembuangan bayi dalam kalangan remaja berlaku. Hal ini kerana, pada usia muda lagi, remaja amat mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Hal ini menjadi bertambah teruk apabila mereka bergaul dengan rakan sebaya yang negatif dan tidak bermoral. Rakan-rakan yang negatif ini tidak teragak-agak mengajak remaja untuk melakukan perkara-perkara di luar batasan agama dan norma masyarakat seperti pergi ke tempat hiburan, menghisap dadah, melepak, melakukan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, dan sebagainya. Remaja yang terjerumus dalam kancah-kancah negatif tersebut, tanpa segan silu melakukan hubungan seks rambang dan akhirnya menemui jalan buntu apabila mendapati bahawa dirinya mengandung. Dalam keadaan yang terdesak, mereka terpaksa membuang bayi mereka demi mengelakkan maruah diri dan keluarga tercemar.

6.Sikap ingin tahu tentang sesuatu memang wujud dalam diri remaja. Biasanya, mereka gemar mencuba sesuatu yang baru. Setiap perkara yang dilarang, itulah yang ingin diterokai oleh mereka. Remaja berfikiran bahawa mereka menjadi lebih matang sekiranya mencuba benda yang jarang dilakukan oleh orang lain, lebih-lebih lagi seks rambang. Mereka juga beranggapan bahawa diwaktu usia remajalah mereka patut berseronok dan bergembira sehingga melakukan perkara seperti seks bebas ini. Sikap remaja yang ingin mencuba sesuatu ini sebenarnya tidak mengetahui baik dan buruknya serta akibat yang bakal diterima mereka. Sebagi remaja yang matang, mereka mestilah berfikiran rasional dan bijak dalam menilai sesuatu perkara supaya tidak menyesal dikemudian hari. Bak kata pepatah, “ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya ”.


Sumber : http://moralterkini.blogspot.com

1 comment:

  1. Artikel yang penuh maklumat..
    Hanya satu penyelesaian, kembali kepada yang Esa dan syariatNya.
    tapi orang sekarang terlalu mencontohi Barat, mahu hidup senang dan mewah.

    ReplyDelete