Monday, October 29, 2012

Jenayah sumbang mahram ! Esei Percubaan STPM Negeri 9 2012.



 “Haruan makan anak”.
Antara peribahasa Melayu yang  sangat relevan dengan kejadian jenayah sumbang mahram di Malaysia kini. Bincangkan faktor-faktor yang mendorong berlakunya jenayah ini serta cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Pengenalan:
Sumbang mahram ialah jenayah sosial yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini. Datuk, ayah dan abang kandung sanggup menodai kaum keluarganya sendiri semata-mata kerana nafsu serakah yang tidak terbatas.
Butiran:

Bil.
Isi/idea
Huraian

1
Faktor pendorong
Kurang pengetahuan agama

·        Pengetahuan yang cetek menyebabkan tidak dapat membezakan antara baik dengan buruk
·        Mudah hilang kawalan diri akibat godaan nafsu

2
Pengaruh media massa
·        Bahan bercetak seperti majalah, novel berunsur lucah /seks mudah didapati di pasaran
·        Pemaparan cerita berunsur seks/lucah oleh televisyen
·        Penjualan VCD lucah cetak rompak secara berleluasa dan mudah didapati
·        Penyebaran melalui intenet, handphone secara keterlaluan terutama dalam kalangan remaja.
3
Keadaan persekitaran
·        Rumah bersaiz kecil, mempunyai hanya satu bilik, tiada ruang tidur yang sesuai
·        Kemiskinan ibu bapa menyebabkan mereka keluar mencari rezki, terutama peneroka
·        Tiada kawalan semasa menonton terutama cerita-cerita lucah mempengaruhi tingkah laku anak-anak
·        Keadaan masyarakat yang tidak ambil peduli/ambil tahu kehidupan orang lain

4
Langkah mengatasi
Hukuman lebih berat

·         Hukuman penjara kepada pesalah seumur hidup atau mandatori
·         Hukuman rotan perlu sebagai pengajaran dan memberi kesedaran kepada orang ramai/pesalah
·          
5
Kempen kesedaran
·         Pendedahan perlu diberikan kepada semua pihak terutama remaja perempuan tentang batas-batas pergaulan
·         Boleh dilaksanakan melalui pelbagai sumber seperti media cetak, elektronik
6
Pendidikan
·         Didikan moral/agama secara formal di sekolah dapat memberi pendedahan kepada remaja berkaitan larangan dalam pergaulan
·         Didikan tak formal di rumah sebagai benteng menghalang berlaku masalah moral
7
Kaunseling
·         Dapat memberi kesedaran kepada mangsa supaya tidak mengulangi perbuatan yang sama
·         Berupaya memberi/membina kekuatan dalaman supaya hidup lebih bermakna

Masalah sumbang mahram merupakan satu masalah social yang agak sukar untuk dibenteras. Kerja sama semua pihak berupaya engurangkan gejala yang tidak bermoral ini.

Skema : STPM Terminal 2+2
Skema : STPM Baharu 3+2 / 2+3

No comments:

Post a Comment