Monday, October 29, 2012

Keldai Dadah ! Esei Percubaan STPM Perak 2012 !



Kes rakyat Malaysia ditipu, diperdaya dan dijadikan  ‘keldai dadah’ terus meningkat.  Pelbagai langkah perlu diambil untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.  Bincangkan.

Pengenalan.
‘Keldai dadah’ merujuk kepada seseorang yang secara rela ataupun diperdaya untuk  membawa dadah secara haram dan tersembunyi ke negara lain. Kes rakyat Malaysia ditipu ini berpunca daripada kecuaian sendiri dan langkah-langkah yang sewajarnya harus diambil  untuk memastikan aktiviti ini tidak berterusan.

BIL
IDEA UTAMA
HURAIAN
A: PUNCA

1.

Tahap pemikiran yang lemah.

- mudah tertipu atau diperdaya.
- mudah terpengaruh dengan sogokan kata-kata manis.
- dijanjikan kekayaan melalui keuntungan jangka  pendek.
- tidak memikirkan soal kesan dan implikasi kepada  diri sendiri dan juga keluarga jika tertangkap kelak.
- mudah percaya kepada orang luar atau asing yang  baru dikenali yang menjanjikan kekayaan dan  pendapatan luar biasa.

2.
 Sikap tamak.
- ingin menjadi kaya dengan cepat.
- wanita tempatan yang kesempitan wang atau  menghadapi masalah kewangan  mudah menjadi   mangsa sindiket.
- segala nasihat dan pendedahan tentang kes ini tidak  dipedulikan dan diambil kisah.
 
3.
 Kemudahan teknologi maklumat
    (ICT).
- sindiket menggunakan ‘facebook’ atau pelbagai laman   sosial popular untuk mencari kenalan wanita dan  memikat mereka sehingga jatuh cinta.
- sepanjang tempoh bercinta, mereka diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar  negara.
- anggota sindiket akan mengambil kesempatan dan  memperdayakan mangsa untuk membawa dadah.
 
4.
 Permintaan dadah yang tinggi.
- negara-negara tertentu menjadikan dadah sebagai  sumber pendapatan mereka. Contoh: Afghanistan dan  
  Colombia.
- keinginan untuk keluar daripada kemiskinan dan   mencari kemewahan dalam masa yang singkat.
- pasaran dadah di Eropah dan negara-negara Barat amat  luas dan mendapat permintaan yang tinggi.
- harga dadah  yang berlipat ganda menyebabkan manusia  sanggup merentas benua dan sempadan malah berkorban  nyawa.

B: LANGKAH

5.

 Pendidikan.

- komitmen anggota keluarga dan ahli masyarakat dalam aspek mendidik, menjaga dan menyedarkan anak-anak
  mereka supaya tidak mudah terpedaya.
- anggota keluarga merupakan kelompok yang paling rapat dengan anak-anak dan berpeluang mempengaruhi segala tindak tanduk mereka terutamanya dalam menjejak segala aktiviti yang mereka lakukan sepanjang masa.

6.
 Berwaspada terhadap sesuatu
  tawaran.
- menyiasat sesuatu tawaran.
- tidak mudah mempercayai janji atau tawaran yang disertakan pulangan lumayan sebagai ganjaran untuk ke
  luar negeri.
- tawaran kerja melalui internet dengan gaji yang lumayan perlu disiasat secara mendalam.
- jangan mudah menerima kiriman orang tanpa memeriksa isi kandungan kiriman.
- jangan mudah memberi kesanggupan jika tidak mengetahui, melihat dan memeriksa kandungan yang
  dikirim.

7.
 Mendaftar dengan kedutaan/
 konsul Malaysia di luar negara
    apabila melancong.
- mendaftar melalui e-mel atau datang sendiri ke pejabat kedutaan Malaysia di luar negara.
- memudahkan mereka dibantu jika sekiranya berlaku sebarang  musibah.
- memudahkan keluarga mereka dihubungi.
- boleh mendapatkan bimbingan nasihat daripada Pegawai Konsulat Malaysia di negara itu.

8.
Kempen kerajaan  melalui  media
 massa.
- Kementerian Luar Negeri bekerjasama dengan Kementerian Penerangan dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengingatkan masyarakat yang hendak   keluar negara supaya sedar bahawa sudah ramai yang dijadikan ‘keldai dadah’.
- mengingatkan mereka tentang undang-undang berat yang diterima oleh mereka jika tertangkap.
- pihak kerajaan tidak boleh campurtangan dengan undang-
  undang negara lain jika sekiranya mereka tertangkap di negara asing.


Penutup.
‘Keldai dadah’ merupakan salah satu ancaman besar kepada negara. Komitmen dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat dapat mengurangkan dan seterusnya mengatasi secara keseluruhan gejala yang kurang sihat ini.

Skema : STPM Terminal ( 2+2 )

Skema : STPM Baharu ( 3+2 / 2+3 )

No comments:

Post a Comment