Thursday, October 18, 2012

KEPENTINGAN AIR DALAM TUBUH BADAN ANDA !

KEPENTINGAN AIR DALAM TUBUH BADAN ANDA
  • Air merupakan unsur yang sangat penting bagi kehidupan.
  •  Kandungan air dalam OTAK 74%, OTOT 75%, DARAH 82%, TULANG 22%, GIGI 5%, HATI 69% dan BUAH PINGGANG 82%.
  • Manusia boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa AIR, akan menyebabkan dehidrasi dan akan mati dalam masa beberapa hari sahaja.
 FUNGSI AIR
  • Menggerakan fungsi tubuh – air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak berfungsi.
  • Menjalankan proses detoksifikasi - Setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsur toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, kandungan timah di dalam ikan, antibiotik & hormon di dalam produk daging dan bahan pengawet & pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air, udara dan makanan.
  • Mengahalang dehidrasi dan penyakit – Hampir semua penyakit adalah disebabkan oleh kekurangan air. Masalah jerawat, penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan banyak lagi.
     
    By Unknown.

No comments:

Post a Comment