Thursday, October 18, 2012

Peranan Sayur-Sayuran dan Buah-Buahan Untuk Kesihatan Manusia (Part 2)


Asparagus

Berasal dari keluarga liliaceae, dan dikenali sebagai Asparagus officinalis dari segi sainsnya. Sayur ini kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A dan C dan niasin.

Bagi mereka yang menghadapi masalah kulit yang berpunca daripada pengumpulan asid yang berlebihan dalam darah yang menyebabkan wujudnya masalah-masalah seperti jerawat, ekzema atau lebih dikenali sebagai kudis, asparagus merupakan jawapan yang tepat bagi mereka. Ini kerana kandungan alkali yang tinggi dalam jus asparagus boleh mengatasi masalah-masalah kulit.

Selain itu asparagus juga mengandungi eleman-eleman yang baik untuk kelenjar tiroid, pineal dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.


Seleri

Merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, sodium, potassium, karotin, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae, adalah merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukkan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sehari.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracunan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia. Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkali dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.


Lobak Putih

Masalah perut meragam sering kali berlaku akibat ketidakhadaman makanan dan keadaan ini sungguh menyakitkan seluruh badan. Ramai yang tidak mengetahui yang lobak putih mempunyai kandungan khasiat yang tinggi dan sayur ini dapat menyelesaikan masalah penghadaman. Brassica rapa adalah nama saintifiknya dan berasal dari keluarga Crucifera. Sayur ini mengandungi kandungan air, glukosa, sukrosa dan fruktosa yang banyak. Ia juga kaya dengan asid ferulik, asid benzo-pyruvik dan asid amino.


Pudina

Merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae dan ia tergolong dalam spesies mentha. Terdapat berbagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya:

1. Mentha spicata 'moroccan' yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot

2. Mentha aquatica untuk merawat cirit-birit

3. Mentha arvensis yang boleh melegakan demam selsema dan menghilangkan rasa loya

Pudina bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat antiseptik, antiparasit dan antivirus. Pemakanannya boleh merangsangkan tubuh badan mengeluarkan peluh.

Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selsema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan. Minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.


Pasli

Sayuran ini berasal dari keluarga Umbelliferae dan kaya dengan vitamin dan zat galian seperti kalsium, magnesium dan klorofil.

Daun pasli yang diramas dengan air dapat bertindak sebagai tonik bagi menjaga kesihatan rambut. Air ramasan ini juga bertindak melawaskan kencing dan menurunkan tekanan darah.

Pasli juga dapat meredakan penyakit sengal-sengal tulang, membantu pencernaan makanan dan menguatkan semula otot-otot rahim selepas melahirkan anak.
 
By Luna Lovegood

No comments:

Post a Comment