Saturday, November 3, 2012

Bahasa Istana : Ramalan Soalan Bina Ayat BM SPM 2012



2012 SPM Bahasa Melayu Ramalan

1) Perkataan: berkenan                                   Maksud: bersetuju
Ayat: Baginda telah berkenan untuk merasmikan kempen masyarakat penyayang yang akan diadakan di Kompleks Rakan Muda Bera esok.

2) Perkataan: berangkat                                  Maksud: pergi
Ayat: Sultan negeri Pahang akan berangkat ke Tanah Suci esok.

3) Perkataan: bertitah                                      Maksud: berkata
Ayat: Dalam majlis itu, baginda bertitah bahawa semua pihak harus saling-menghormati supaya perpaduan rakyat terus terpelihara.

4) Perkataan: bersiram                                    Maksud: mandi
Ayat: Tuan Puteri sedang bersiram dengan inang pengasuh di Taman Kayangan.

5) Perkataan: bersemayam                              Maksud: tinggal
Ayat: Baginda akan bersemayam di Istana Kayangan mulai tahun 2012.

6) Perkataan: beradu                                       Maksud: tidur
Ayat: “Beta ingin beradu sekarang kerana hari sudah larut malam,” titah Sultan kepada pegawai istana baginda.

7) Perkataan: murka                                        Maksud: marah
Ayat: Raja akan murka sekiranya rakyat baginda mengingkari perintahnya

8)Perkataan: derhaka                                      Maksud: tidak setia, tidakhormat, langgar perintah
Ayat: “Rakyat yang derhaka kepada raja dan menjadi pembelot negara akan dilucutkan taraf kerakyatannya,” kata Cikgu Ali kepada pelajarnya.

9)Perkataan: darjat                                          Maksud: taraf
Ayat: Sikap tolong-menolong sesama manusia tidak mengira pangkat dan darjat seseorang perlu menjadi amalan rakyat Malaysia.
10)Perkataan: gering                                       Maksud: sakit
Ayat: Baginda selalu sahaja gering kerana cuaca yang tidak menentu akhir-akhir ini.

11)Perkataan:                                                  Maksud: santap
Ayat: “Baginda sedang santap bersama-sama Bendahara dan Temenggung di balai rong,”sembah Laksamana kepada Syahbandar.

12)Perkataan: tulah                                         Maksud: kecelakaan, kesusahan
Ayat: Rakyat yang menderhaka kepada raja dipercayai akan ditimpa tulah.

Contoh Bahasa Istana yang popular lain ;
Mangkat ( meninggal )
Makam ( kubur )
Kaus ( kasut )
Peraduan ( tempat tidur )
Titah
Menghadap ( berjumpa )
Daulat
Berputera ( bersalin )
Ampun kurnia ( maaf )
Anugerah ( beri )

No comments:

Post a Comment