Sunday, November 4, 2012

Ciri-ciri Individu Yang Cemerlang / Modal Insan



Ciri-ciri individu yang cemerlang
Negara perlu memiliki ramai individu yang cemerlang untuk mencapai negara maju dan Wawasan 2020. Individu yang cemerlang mampu memajukan diri, keluarga dan negara dengan bijaksana.
Antara ciri individu yang cemerlang ialah memiliki sahsiah yang terpuji. Individu yang memiliki sahsiah terpuji boleh mengelakkan diri daripada terlibat dengan  gejala negatif yang boleh merugikan diri, keluarga dan negara. Rakyat yang bersahsiah tinggi pula dapat membezakan sesuatu perkara yang baik dengan yang buruk atau bertindak dengan bijaksana.
Selain itu, seorang individu yang cemerlang juga harus memiliki pencapaian akademik yang cemerlang. Pencapaian akademik yang cemerlang akan menjamin masa depan yang cerah kerana dapat menjawat jawatan yang tinggi dan mendapat pekerjaan yang baik. Seseorang individu juga mampu bertindak dengan bijak dan menyelesaikan masalah dengan tenang jika memiliki ilmu yang banyak.
Selanjutnya, seseorang individu yang cemerlang perlu memiliki bakat kepimpinan yang tinggi. Individu yang cemerlang bukan sahaja dapat memajukan diri dan keluarga tetapi juga membantu anggota masyarakat dan negara. Misalnya seorang pengetua yang berbakat dapat memajukan sekolahnya dengan cemerlang. Seorang majikan yang berbakat pula dapat membimbing pekerjanya memajukan perniagaannya.
Di samping itu, individu yang cemerlang patut mempunyai kecergasan fizikal iaitu tubuh badan yang sihat dan kuat. Individu yang memiliki badan yang cergas dapat bertindak dengan pantas dan berfikir dengan cepat dan tenang kerana badan yang cergas menjadikan otak kita cerdas.
Akhir sekali, individu yang cemerlang juga sepatutnya mempunyai pegangan agama yang mantap.Setiap agama mengajar pengikutnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Agama juga akan membentuk sahsiah yang terpuji dalam kalangan manusia.
Kesimpulannya, individu yang cemerlang perlulah memiliki pelbagai ciri positif yang boleh dicontohi dan diikuti oleh orang lain. Individu yang cemerlang akan dihormati dalam masyarakat kerana mereka dapat memberi pelabagai sumbangan kepada masyarakat dan negara.

2 comments:

  1. https://issuu.com/emc-mee/docs/______-____________-__________-____ شركات نقل العفش بالدمام
    https://issuu.com/emc-mee/docs/______-______-________________1_.do نقل عفش بالدمام
    https://issuu.com/emc-mee/docs/______________________________.docx نقل اثاث بالدمام
    https://issuu.com/emc-mee/docs/________-______-______-_____________5eee6b62b0c947 شركة نقل عفش بالمدينة المنورة
    https://issuu.com/emc-mee/docs/___________________________________ شركة تنظيف خزانات بجدة

    ReplyDelete
  2. https://issuu.com/emc-mee/docs/________-______-______-________.doc شركة نقل عفش بجدة
    https://issuu.com/emc-mee/docs/________-______-______-____________ شركة نقل عفش بالرياض
    https://issuu.com/emc-mee/docs/____________________________________76c983dc869693 شركة تنظيف بالطائف
    https://issuu.com/emc-mee/docs/____________________________________be97b233ba8cdb شركة تنظيف خزانات بالمدينة المنورة
    https://issuu.com/emc-mee/

    ReplyDelete