Saturday, November 3, 2012

Daya Saing Negara : Esei Percubaan Pengajian Am Penggal 1 Kelantan 2012



Daya saing adalah kemampuan ekonomi untuk mencapai pertumbuhan yang tinggi secara  berterusan dan hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor.  Walau bagaimanapun terdapat juga kekangan yang menjejaskan daya saing negara kita. Bincangkan.

Pengenalan
      Kerajaan Malaysia sentiasa mempertingkatkan daya saing bagi mencapai status mencapai negara maju pada tahun 2020. Usaha ini dipengaruhi oleh beberapa faktor namun terdapat juga  beberapa kekangan yang melambatkan proses tersebut.
Bil
Idea
Huraian


1.
Bahagian A :  Faktor;

Strategi, struktur & tingkat persaingan perusahaan
-Memberi kebebasan sepenuhnya kepada pihak  
  swasta  agar berdaya  saing
- Kerajaan akan berperanan membantu pihak swasta
   dalam bentuk  penggubalan dasar dan peraturan

2.

Kepelbagaian sumber
-Tenaga kerja – mahir, separa mahir dan mencukupi   
 dan  berilmu pengetahuan
-Bahan mentah –mencukupi dan berterusan
-Infrastruktur – lengkap dan berkapasiti tinggi –
  mampu memenuhi sebarang permintaan
-modal – mencukupi –swasta atau kerajaan
-Ekonomi berteraskan pengetahuan
-Menjadi penentu tinggi @ rendahnya daya saing  
  sesebuah negara

3.

Permintaan domestik/dalam negara
-Permintaan dalam negara terhadap produk tempatan
-pengeluaran meningkat
-mempengaruhi arah perkembangan sektor industri

4.

Perkembangan industri hiliran
(vendor)
-Kerjasama yang baik dengan syarikat induk
-Mampu bersaing di peringkat antara bangsa
-Peningkatan daya saing

5.

Peluang- peluang baru
-Perkembangan terkini dalam teknologi baru.
 perkembangan politik luar negara dan permintaan
 asing.
-Membantu syarikat-syarikat berkembang maju

6.

Dasar-dasar kerajaan
-Kemampuan kerajaan menyediakan
 modal insan berkualiti, bahan mentah yang mencukupi
 dan infrastruktur yang lengkap
-mampu meningkatkan daya saing negara.


7.
Bahagian B : Kekangan.

Kurang pengetahuan
-Tidak berpendidikan tinggi.
-Kurang inovatif dan kreatif.

8.

Gaji rendah
-Kurang motivasi
-menjejaskan prestasi kerja
-tidak dapat memenuhi permintaan.


9.

Teknologi rendah
-Pengeluaran terhad
-masa kerja panjang
-pengeluaran sedikit

10.

Dasar-dasar kerajaan
-Dasar –dasar yang tidak membantu / membebankan.
-Mengurangkan minat pelabur / pengeluar.
-Menjadi halangan perkembangan syarikat

11.

Sistem penyampaian yang lemah
-karenah birokrasi
-tidak mesra pelanggan
-lambat mengatasi masalah yang timbul
-menjejaskan daya saing

12.
Kegawatan ekonomi luar dan dalam negara
-Pengangguran
-barang tidak mencukup – harga mahal
-inflasi

13.

Kegawatan politik dalam dan
luar negara
-rusuhan , rampasan kuasa, perang saudara
-Ketidakstabilan politik
-Aktiviti ekonomi terhenti- kilang tidak beroperasi

14.
Kurang tenaga mahir dan separa
mahir
-Proses pengeluaran terbantut
-pengeluaran terhad
-Tidak dapat memenuhi permintaan dalam dan luar 
  negara.

Nota : Pilih  mana-mana 2A + 3B   atau  3A + 2B

No comments:

Post a Comment