Saturday, November 3, 2012

e-Kerajaan : Trial PA Kedah K2 2012



   Kerajaan elektronik (e-kerajaan) merupakan satu inisiatif pihak kerajaan memanfaatkan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan  masyarakat dan negara.
Bincangkan kepentingan kerajaan elektronik kepada negara dan langkah yang perlu diambil bagi melancarkan pelaksanaannya.
Bil
Idea/Isi
Huraian


1
A: KEPENTINGAN

Kerajaan lebih terbuka dan telus
-       Orang ramai boleh mengakses maklumat tersebut dengan mudah pada bila-bila masa.
-       Menerbitkan debat dalam Parlimen dan minit mesyuarat pentadbiran pada laman web kerajaan.

2
Menyebarluaskan dasar kerajaan
-       Mempercepatkan sistem penerangan dan penyampaian kerajaan
-       Masalah yang berpunca daripada ‘karenah manusia’ dapat dihindari

3
Memudahkan perkhidmatan
-       Alat pencegahan rasuah yang sangat berkesan.
-       Menyediakan borang dan perkhidmatan pelesenan atas talian untuk mengelakkan individu pergi ke pejabat kerajaan dengan  risiko pembuangan masa dan kejadian rasuah.
-       Urusan dapat dijalankan dengan cepat

4
Meningkatkan mutu dan  kecekapan sektor awam

-       Pelanggan menggunakan kemudahan untuk berurusan dengan lebih cekap dan pantas melalui laman web www.gov.my
-       Pengguna tidak perlu ke kaunter pejabat perkhidmatan awam kerana perkhidmatan tersebut boleh diakses di hujung jari.
-       Pembayaran bil kemudahan asas, semakan saman trafik , penghantaran tender kerajaan dan pendaftaran perniagaan dapat dilakukan secara terus dalam talian.
-       Kurang berlakunya kesilapan dalam pengiraan data

5
Mempelbagaikan jenis perkhidmatan berasaskan ICT
-       Pelbagai perkhidmatan ditawarkan melalui penggunaan internet sebagai mediumnya , contoh      e-dagang, e-perubatan, e-filing dan sebagainya.
-       Contohnya: E-dagang merangkumi penggunaan laman web bagi tujuan penjualan produk atau perkhidmatan kepada pelanggan, melakukan pemasaran , menerima bayaran melalui internet dan pengurusan khidmat pelanggan online.


6
B: LANGKAH
Menambah jumlah tenaga pakar

-       Menambah jumlah tenaga pakar sekurang-kurangnya seorang untuk setiap jabatan.
-       Menyediakan kursus-kursus kepada kakitangan awam
-       Tambah kursus berkaitan ICT di IPT

7
Meningkatkan infrastruktur ICT
-       Kerajaan membina infrastruktur bertaraf dunia dan
memastikan  bekalan elektrik disalurkan kepada rakyat di seluruh  negara
-       Pemberian komputer 1 Malaysia untuk mendedahkan para pelajar tentang ICT
-       Penubuhan Makmal ICT di sekolah-sekolah

8
Pendidikan
-       Anjakan  paradigma dalam kalangan masyarakat untuk  menerima    sepenuhnya penggunaan teknologi dalam sistem     penyampaian awam.
-       Pihak  kerajaan  memberi maklumat tentang
            kemudahan   yang diperoleh oleh  orang ramai yang  
            menggunakan    perkhidmatan e-kerajaan
-       Pendedahan kepada orang ramai tentang cara-cara
            menggunakan aplikasi e-kerajaan sama ada melalui
            kempen-kempen mahupun pendidikan di sekolah

9
Menyediakan dana yang mencukupi
-       Menambah peruntukan kewangan bagi menjamin  
      kemudahan kerajaan dinikmati oleh rakyat   
keseluruhannya
-       Kerajaan memperuntukkan RM 12.9 bilion bagi  
aplikasi teknologi maklumat di bawah Rancangan  
Malaysia Kesembilan (RMK-9)

10
Insentif
-       Pengecualian cukai pendapatan ke atas individu-
individu yang membeli peralatan ICT
-       Pemberian status MSC

Jawapan 2+2

No comments:

Post a Comment