Saturday, November 3, 2012

Meningkatkan Kualiti Hidup : Esei Percubaan Pengajian Am Penggal 1 Terengganu 2012



Kualiti hidup amat penting dalam kehidupan bernegara.  Cadangkan  usaha-usaha bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat Malaysia.
Skema Pemarkahan
.Bil.
Idea
Huraian
1.
Menyediakan pendidikan dan latihan
berkualiti
-    menyediakan lebih banyak peluang pendidikan dan  institusi  pendidikan bagi rakyat melanjutkan pelajaran.
-    meningkatkan mutu pendidikan dan penyelidikan untuk persaingan sihat dari segi kecekapan dan  kemahiran dalam alam pekerjaan.
-    menubuhkan lebih banyak pusat kemahiran dan  latihan dan mempelbagaikan kursus yang berkaitan  dengan alam pekerjaan.
2.
Membangunkan ekonomi/peluang pekeraan
-    kerajaan perlu menyediakan peluang meningkatkan   kemahirandalam bidang yang relevan kepada   industri.
-    mewujudkan hab pekerjaan untuk memadankan   keperluan tenaga kerja d engan calon yang sesuai.
-   penyediaan lebih banyak program berkaitan industri danpekerjaan di syarikat yang menerima kontrak utama, konsesi dan insentif kerajaan.
-    memberikan lebih sokongan kepada usahawan yang akan memulakan perniagaan, latihan, pembiayaan dan peralatan utama secara bersepadu.
3.
Meningkatkan kemudahan infrastruktur
-    pembinaan alan raya berturap yang boleh memberi   faedah  kepada 3.3 juta penduduk.
-    bekalan air yang lebih berkualiti dan berterusan iaitu   99% di Semenanung Malaysia, 98% di Sabah dan   95 % di Sarawak.
-    kemudahan elektrik diperluaskan untuk meliputi   penyambungan bekalan ke 6,000 buah rumah di Semenanjung Malaysia, 59,000 di Sabah dan 76,000 di Sarawak.
-     penambahbaikan sistem kecekapan pengangkutan awam melalui penubuhan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan menyediakan pengangkiutan awam yang selamat.
4.
Meningkatkan tahap keselamatan
-  memastikan kadar indeks jenayah berada dalam peringkat kawalan.
-  mengadakan rondaan/menempatkan anggota di ‘kawasan-kawasan panas’.
-   memasang CCTV di tempat-tempat awam tertentu  seperti tempat parking (basement), kompleks beli-belah dan lain-lain.
5.
Meningkatkan tahap kesihatan
-  penyediaan kemudahan kesihatan yang lebih  efisien menggunakan peralatan yang canggih.
-  menentukan bilangan pegawai kesihatan   mencukupi dan mempunyai kepakaran yang tinggi   bagi merawat pesakit.
-  kepakaran seharusnya melibatkan penyakit kronik    seperti jantung agar rakyat mendapat  rawatan tepat   pada masa dan dan penyakit dapat diubati dengan   segera.
-  program pemeriksaan kesihatan secara berkala   untuk mengawal kuantiti penyakit.
6.
Mengekalkan persekitaran yang sihat
-  pembangunan lestari iaitu pembangunan tanpa   merosakkan alam sekitar.
-  kempen kesedaran – menyediakan suasana   kehidupan yang menarik dan nyaman bagi    menjalankan pelbagai aktiviti riadah dan rekreasi.
-  kawasan pinggiran sungai diindahkan sebagai   taman rekreasi, contohnya Sungai Melaka.
7.
Menyediakan rumah yang mencukupi dan selesa
-  menyediakan perumahan lebih terancang, lengkap,   selamat, selesa dan kondusif – bekalan air, elektrik,   sistem pembentungan
-  tapak perumahan sesuai dan berhampiran dengan   tempat kerja dan mempunyai banyak prasarana –   sekolah, kedai, masid, hospital, taman rekreasi  dan    lain-lain.
-  pembinaan rumah untuk semua golongan meliputi    rumah kos rendah, kos sederhana dan rumah   mewah.
8.
Galakkan memanfaatkan masa lapang
-  melakukan aktiviti berfaedah bersama keluarga dan   rakan-rakan seperti berjoging, berbasikal, berkelah,   bercucuk tanam dan sebagainya.
-  aktiviti tersebut boleh merehatkan fikiran,   mengurangkan tekanan dan sebagai satu rekreasi.
-  mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan   aktiviti-aktiviti riadah dalam kehidupan.

Pemarkahan:   Mana-mana 5   idea

3 comments:

  1. I just got a free Steam Wallet gift code from http://steamwalletcodes.com

    ReplyDelete
  2. I just got a free Steam Wallet gift code from http://steamwalletcodes.com

    ReplyDelete
  3. I just got a free Steam Wallet gift code from http://steamwalletcodes.com

    ReplyDelete