Saturday, November 3, 2012

Jenayah Bukan Indeks : Esei Percubaan PA Penggal 1 Kota Tinggi 2012



Belakangan ini, jenayah bukan indeks seperti rasuah dan pemalsuan kad kredit semakin berleluasa. Oleh sebab itu, langkah-langkah berkesan perlu dilaksanakan bagi menangani gejala tersebut. Perihalkan.

Skema jawapan

Pendahuluan

Jenayah bukan indeks seperti jenayah pemalsuan wang, penipuan, pemalsuan kad kredit dan penyelewengan.

Bil
Idea
Huraian



1.

A. Faktor berleluasa :

Sikap materialistik




·  Keinginan untuk hidup mewah
·  Kekayaan melambangkan imej dan menjadi kebanggaan
·  Sikap tamak haloba, pentingkan diri dan ingin cepat kaya


2.

Kurang penghayatan agama dan moral

· Lemah iman dan pegangan agama
· Tidak takut melakukan dosa dan gagal membezakan antara perbuatan halal dengan haram
· Tidak mengamalkan nilai murni dalam kehidupan
· Kebiasaan membabitkan diri dalam jenayah


3.

 Penguatkuasaan undang-undang yang lemah

· Pengawai penguatkuasa kurang menyebabkan pihak berkuasa sukar melaksanakan undang-undang/kurang pemantauan
· Sukar untuk dibanteras kerana pengamal jenayah menggunakan teknologi moden yang sukar dikesan
· Pengawai yang belot menyebabkan penguatkuasaan lemah
· Karenah birokrasi- pendakwaan ke atas penjenayah ambil masa lama
· Amalan rasuah


4.

Kos hidup yang tinggi


· Gaji rendah sanggup lakukan rasuah dan pecah amanah
· Perbelanjaan hidup makin meningkat terutamanya di bandar
· Kenaikan harga barang memberi tekanan kepada mereka


5.

Kemajuan teknologi

· Banyak maklumat  tidak bermoral diperoleh daripada  media
· Individu mempelajari selok belok melakukan jenayah
· Kemajuan teknologi memudahkan individu mengesan tindakan pihak berkuasa





6.

B. Langkah :

Penguatkuasaan undang-undang yang tegas



· Hukuman lebih berat dikenakan – sebatan, tempoh penjara dipanjangkan dan denda ditingkatkan
· Tindakan tatatertib terhadap pegawai yang melakukan penipuan dan pecah amanah
· Tingkatkan pemantauan/ rondaan
· Pegawai penguatkuasa mesti menjalankan tugas dengan telus, integriti dan akauntabiliti
· Agensi kerajaan yang terdedah kepada rasuah perlu pemantauan dan penyeliaan yang lebih ketat
· Prosedur kerja perlu dikemas kini


7.

Memperkasakan ekonomi negara

· Meningkatkan peluang pekerjaan kepada rakyat dengan membangunkan  sektor ekonomi yang lebih berdaya saing
· Kadar pengangguran kurang dan kemiskinan dapat diatasi
· Ekonomi negara yang kukuh bagi mengelakkan jenayah


8.

Didikan agama dan moral

· Pegangan agama yang kukuh dapat memupuk nilai integriti
· Takut pada Tuhan dan sedar akan tanggung jawab
kepada agama, bangsa dan negara
· Jati diri kukuh dan kekuatan iman


9.

Pengaplikasian ICT


·  Sektor awam dan swasta menggunakan ICT utuk meningkatan ketelusan pemberian tender, lesen dan pembelian aset
·  Urusan secara talian mengelakkan penyelewengan kuasa
·  Karenah birokrasi dikurangkan


Kesimpulan


Jawapan : 3 + 2/2 + 3

3 comments:

  1. terima kasih sebab berkongsi .Saya ambil sebagai isi karangan dalam soalan yang guru saya beri.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih
    Saya gunakan ia sebagai isi hujahan saya

    ReplyDelete