Tuesday, November 6, 2012

Q&A KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB




Khalifah Umar bin al-Khattab berketurunan Bani Adi, merupakan kalifah kedua dalam
kerajaan Khulafa al-Rasyidin.  Pemerintahannya antara tahun 634 -644 M

a)   Nyatakan latar belakang Khalifah Umar bin Al-Khattab       (ms 146)

·         Berketurunan Bani Adi
·         Dilahirkan pada 583 M
·         Nama sebenar Umar al-Khattab bin Naufal
·         Bersifat berani, tegas dan berterus terang
·         Zaman pemerintahannya dianggap zaman keemasan
·         Banyak pembaharuan dan perubahan dilakukan
·         Digelar Amirul Mukminin atau Panglima Agung Mukmin

       b)  Bagaimanakah cara pemilihannya  (ms 146)
·         Cadangan satu nama saja dari khalifah terdahulu
·         Dicadangkan oleh Khalifah Abu Bakar ketika beliau sakit
·         Dipersetujui oleh para sahabat dan orang ramai

a)      Senaraikan sumbangan Khalifah Umar bin Al-Khattab     (ms 146-147)

·         Memperkenalkan dasar pentadbiran dan perlantikan pegawai
·         Menubuhkan Majlis Syura
·         Membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
·         Melantik seorang wali atau gabenor mentadbir setiap wilayah
·         Menubuhkan Jabatan Tentera,  Jabatan Polis, Jabatan Percukaian dan  Jabatan Perbendaharaan Negara yang diketuai oleh katib atau setiausaha
·         Memisahkan Jabatan Kehakiman daripada jabatan lain dan diberi gaji yang tinggi untuk elak salah laku hakim
·         Mengembangkan pengajaran al-Quran dengan menyediakan tempat belajar di masjid
·         Menghantar guru agama kepelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan
·         Memperkenalkan kalendar Islam menggunakan tahun Hijrah
·         Menyusun sistem ketenteraan/tentera tetap dan sukarela
·         Membina markas tentera di bandar-bandar utama seperti di Madinah dan Kufah
·         Membina kubu pertahanan di sempadan negara
·         Membina terusan dan tali air untuk menambah hasil pertanian
·         Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru dan mengusaha tanah terbiar untuk pertanian
·         Memperkenal pelbagai jenis cukai seperti cukai jizyah kepada golongan zimmi dan kharaj
·         Mendirikan baitulmal bagi mengawal aliran masuk pendapatan negara
















No comments:

Post a Comment