Tuesday, November 6, 2012

Nota Ringkas : Perang Dunia 1, Blok Dunia & Perang Dingin



Terangkan sebab yang mencetuskan Perang Dunia Pertama 1914 – 1918.
 
  • Kemunculan nasionalisme di Eropah
  • Negara-negara kecil bersatu membentuk negara bangsa besar
  • Persaingan mendapatkan tanah jajahan
  • Persaingan merebut peluang ekonomi
  • Imperialisme Baru –  mendapatkan bahan mentah dan pasaran
  • Pakatan negara-negara Eropah. – Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
  • Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand oleh pengganas Serbia
  • Austria mengisytiharkan perang terhadap Serbia
  • Jerman menyerang Perancis menimbulkan kemarahan Britain
  • Britain meminta bantuan Amerika Syarikat menentang Jerman
  • Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat                                                         [8 markah]
           
Jelaskan kesan Perang Dunia Pertama.
  • Tamatnya sistem beraja di Eropah.
  • Termeterainya Perjanjian Versailles
  • Terbentuknya  negara baru.
  • Terbentuknya Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan dan kerjasama antarabangsa.
  • Negara berperang menanggung hutang.
  • Masalah inflasi dan pengangguran.
  • Pasaran dunia dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun.
  • Britain kehilangan satu pertiga daripada perdagangan luarnya.
  • Kehilangan nyawa yang banyak.
  • Pencetus Perang Dunia Kedua.                                                                                      [8 markah]
           
Nyatakan langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan berlakunya peperangan ?
  • Eratkan hubungan diplomatik
  • Jangan bentuk pakatan negara
  • Elakkan persaingan ideologi
  • Cegah perlumbaan senjata
  • Tingkatkan peranan PBB
  • Jangan campuri urusan politik negara lain
  • Jangan alihkan isu ekonomi negara melalui propoganda peperangan
  • Tingkatkan kemajuan ekonomi negara                                                                            [4 markah]
           
Apakah faktor yang menyebabkan wujudnya blok dunia ?
  • Ideologi berbeza.
  • Persaingan blok kapitalis dengan blok komunis
  • Persaingan Amerika dengan Rusia.
  • Ingin membuktikan kekuatan
  • Mahu menyebarkan pengaruh di Eropah dan Asia.
  • Ingin memajukan kepentingan masing-masing                                                                 [6 markah]
           
Jelaskan perbezaan antara ideologi kapitalis dengan ideologi komunis.
  • Pemerintahan negara kapitalis secara demokratik.
  • Negara komunis secara diktator.
  • Pemilihan kerajaan blok kapitalis melalui pilihan raya.
  • Hanya Parti Komunis sahaja yang diiktiraf di negara blok komunis.
  • Blok kapitalis membuka peluang perniagaan kepada persendirian.
  • Orang persendirian boleh memiliki perniagaan.
  • Di Negara komunis, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan
  • Negara blok kapitalis memberi kebebasan individu sepenuhnya.
  • Negara blok komunis mengawal kebebasan individu.                                                      [8 markah]
           
Pada pendapat anda, apakah kesan perang dingin terhadap negara membangun ?
  • Negara Dunia Ketiga menjadi rebutan Amerika Syarikat dan Soviet Union
  • Pembentukan blok kapitalis dan blok komunis.
  • Penubuhan pakatan NATO, WARSAW dan SEATO.
  • Berlakunya perlumbaan senjata.
  • Memberi peluang kepada negara baru membina identiti sendiri
  • Memberi peluang kepada negara baru menangani cabaran melalui hubungan antarabangsa dan serantau

No comments:

Post a Comment