Tuesday, November 6, 2012

Q&A Pembukaan Semula Kota Makkah



Jelaskan faktor pembukaan semula kota Makkah.

Kota Makkah ialah tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w
Kota Makkah ialah tempat lahirnya agama Islam
Orang  Arab Quraisy melanggar  Perjanjian Hudaibiyah
Orang Arab Quraisy tidak menghormati hak kebebasan yang dipersetujui bersama
Orang Arab Quraisy membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang
berpihak kepada Islam
Strategi jangka panjang menyebarkan Islam

Nabi Muhammad s.a.w ingin memantapkan kerajaan Islam di Madinah

Nabi Muhammad s.aw. Berpegang pada prinsip aman tanpa kekerasan
Orang Arab Quraisy takut dengan kekuatan tentera Islam
Pengislaman Abu Sufian/Abbas
Pemimpin Arab Quraisy menyedari kepalsuan perjuangan mereka
Strategi peperangan yang berkesan
Nabi Muhammad menyediakan empat pasukan tentera terdiri 10,000 orang
Empat pasukan dipimpin oleh Khalid al Walid/Abu Ubaidah al Jarrah/Saad
bin Ubadah/Zubair al Awwam
Pasukan tentera Islam memasuki kota  Makkah menerusi empat arah yang berlainan
Semangat ketakwaaan dan keyakinan tentera Islam
Orang Islam tidak mendapat apa-apa rintangan yang besar
Nabi Muhammad S.A.W. memberi jaminan keselamatan kepada orang Arab Quraisy yang terkepung      


Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
                                                         
Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah
Agama menyembah berhala masyarakat Arab Jahiliah dihapuskan
Masyarakat Islam mula mendalami agama Islam
Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
Kota Makkah menjadi tumpuan kesemua umat Islam seluruh dunia
Membuktikan negara Islam di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w
Membuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
Dakwah Islam tersebar secara aman
Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat
Madinah menjadi pusat pentadbiran Islam
Makkah menjadi salah sebuah wilayah Islam
Nabi Muhammad S.A.W. dan umat Islam dapat mengerjakan umrah
Penting perpaduan diamalkan oleh masyarakat pelbagai bangsa dan agama
Menunjukkan sifat pemaaf nabi terhadap orang Arab Quraisy yang terkepung


Pada pandangan anda, apakah iktibar yang boleh diperoleh daripada pembukaan semula kota Makkah?

Mengamalkan sifat pemaaf
Memiliki sifat berbaik sangka
Mewujudkan kepimpinan yang berwibawa
Merancang strategi secara bijaksana
Menguasai ilmu pengetahuan
Mengamalkan hidup berdisiplin/berakhlak/bermoral
Menyebarkan Islam secara aman
Perlunya memiliki pasukan tentera yang kuat
Mengamalkan sifat bertoleransi/bekerjasama

                 

No comments:

Post a Comment