Tuesday, November 6, 2012

Q&A Perang Dunia 1



Apakah faktor tercetusnya Perang Dunia Pertama  ? 
                                                                             
Politik
Kemunculan nasionalisme
Kemunculan sistem pakatan negara-negara Eropah
Kewujudan Perikatan Kuasa Tengah
Kewujudan Pakatan Bertiga
Ekonomi
Persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
Negara-negara kecil di Eropah bersatu membentuk negara bangsa/Jerman/Itali
Britain/Perancis/Austria-Hungary/Rusia bersaing mendapat tanah jajahan


Kemunculan imperialisme baru
Kuasa besar  bersaing mendapatkan bahan mentah
Kuasa besar  bersaing memasarkan barangan siap mereka
Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas serbia
Austria dengan sokongan Jerman mengisytiharkan perang terhadap Serbia
Serbia disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis
Jerman menyerang Perancis melalui Belgium
Britain campur tangan dalam peperangan ini
Britain meminta bantuan Amerika Syarikat
Jerman menyerang kapal dagang Amerika Syarikat



Jelaskan kesan-kesan Perang Dunia Pertama.

Menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
Persidangan Damai diadakan
Termeterainya Perjanjian Versailles
Mengubah peta Eropah
Membentuk beberapa buah negara baru
Pembentukan Liga Bangsa
Menggalakkan keamanan /kerjasama
Menjamin keselamatan bersama
Liga Bangsa dianggotai  negara-negara bersekutu dan negara-negara berkecuali
Liga Bangsa gagal menjamin kesejahteraan dunia
Negara-negara berperang mengalami inflasi
Negara-negara berperang menanggung hutang yang tinggi
Pakatan Bertiga membelanjakan US$125 bilion
Perikatan Kuasa Tengah membelanjakan US$60 bilion
Kewujudan masalah pengangguran
Pasaran dunia diambil alih oleh Amerika Syarikat dan jepun
Britain kehilangan satu per tiga daripada perdagangan luarnya
Kehilangan nyawa begitu ramai


Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi  mewujudkan keamanan sejagat  ?    
Menyelesaikan konflik melalui rundingan
Mematuhi prinsip-prinsip/resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara
Menghormati kedaulatan negara lain
Memupuk kesejahteraan dunia
Mengamalkan dasar bekerjasama antara negara
Mengamalkan permuafakatan dalam membuat keputusan/musyawarah
Mengutamakan keamanan
Tidak menggalakkan keganasan
Melindungi hak asasi manusia
Menggalakkan perpaduan dalam kalangan negara anggota PBB
Menyertai pertubuhan serantau dan antarabangsa
Mengelakkan daripada perlumbaan senjata
 Mendidik rakyat mencintai keamanan
Meningkatkan kemajuan negara/taraf hidup rakyat
Mengamalkan dasar berkecuali/mengelak konflik dengan negara lain                                                                     
(Mana-mana jawapan munasabah)
 

No comments:

Post a Comment