Saturday, November 3, 2012

Teknologi Maklumat Dalam Sistem Penyampaian Kerajaan ( Trial PA P1 Kota Tinggi )



Teknologi maklumat dan komunikasi semakin banyak diaplikasikan dalam sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Walau bagaimanapun, pelbagai masalah masih dihadapi oleh pengguna semasa berurusan dengan agensi kerajaan. Ulaskan penyataan tersebut.

Skema jawapan

Pendahuluan

Kebanyakan agensi kerajaan telah mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi. Walau bagaimanapun, pelbagai masalah masih dihadapi oleh pelanggan semasa berurusan dengan agensi kerajaan.

Bil
Idea
Huraian






1.

A.      Faktor semakin banyak diaplikasikan:

Perkhidmatan cekap/cepat/tepat





·  Memendekkan masa urusan, meringkas dan mempercepatkan proses kerja kakitangan
·  Masalah yang berpunca daripada kerenah manusia dapat dihindari
·  Keputusan dapat dibuat dengan pantas dan sebaran maklumat dapat disalurkan dengan lebih cepat
·  Kurang kesilapan dalam pengiraan data.


2.

Penjimatan kos

· Bagi pihak kerajaan dan orang ramai
· Kerajaan dapat menjimatkan kos pentadbiran
· Orang ramai tidak perlu ke pejabat kerajaan untuk menyelesaikan sesuatu urusan


3.

Celik ICT

·  Meningkatkan tahap celik ICT dalam kalangan orang ramai
·  Perlu ada kemahiran asas ICT untuk berurusan secara ’on-line’


4.

Memudahkan urusan pengguna


· Boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana
· Carian maklumat lebih mudah dan cepat
· Portal myGovernment memberi kemudahan kepada orang ramai dan komuniti perniagaan untuk mendapat maklumat, borang permohonan dan melakukan transaksi secara dalam talian
· Semakan dan pembayaran trafik, permohonan kerja, pembayaran bil utiliti dan permohonan pengeluaran KWSP boleh dibuat menggunakan Portal myGovernment
· Komuniti perniagaan boleh mendapatkan maklumat kebankrapan, pendaftaran syarikat baru, permohonan geran dan pertanyaan lesen perdagangan


5.

Mengurangkan kes penipuan

· Kes peipuan oleh pihak ketiga dikurangkan
· Urusan komunikasi lebih telus
· Akses penyampaian perkhidmatan awam ditingkatkan





6.

B. Masalah:

Kurang kemahiran ICT




·  Tahap penguasaan kemahiran penggunaan ICT   yang rendah terutamanya dalam kalangan generasi tua dan penduduk luar bandar


7.

Gangguan perkhidmatan


·  Apabila berlaku gangguan elektrik atau gangguan pada server
·  Serangan serangan virus atau penggodaman oleh pihak tidak bertanggungjawab menyebabkan sistem tergendala atau musnah
·  Talian sibuk menyebabkan gangguan perkhidmatan
·     

8.

Kurang kemampuan kewangan


· Tidak mampu memiliki perkakasan komputer
· Yuran langganan talian mahal


9.

Kemudahan akses tidak menyeluruh

·  Kemudahan mengakses internet belum ada atau kerap berlaku gangguan terutamanya di kawasan pedalaman


10.

Maklumat tidak kemas kini

·  Terdapat agensi kerajaan tidak mengemas kini maklumat dalam talian
·  Sukar menmperoleh maklumat sebenar dan terkini tentang agensi tersebut


Kesimpulan

Penggunaan ICT dalam kalangan kakitangan dan pegawai perkhidmatan awam adalah penting sebagai salah satu pemangkin kecemerlangan perkhidmatan awam pada masa akan datang.

Jawapan : 3 + 2/2 + 3

1 comment:

  1. thank you very much. it was very helpful

    ReplyDelete