Friday, February 22, 2013

Ciri-Ciri Esei Pengajian Am yang baik !



Ciri-Ciri Karangan ( Penulisan Esei ) Yang Baik Untuk PA STPM Baharu
1.      Karangan perlu terbentuk daripada 3 bahagian;
         a) Pendahuluan
         b) Isi
         c) Penutup / Konklusi
2.      Karangan baik sempurna terbentuk daripada 7 Perenggan;
         a) Pendahuluan               : 1 Perenggan
         b) Perenggan Isi              : 5 Perenggan
         C)Penutup / Konklusi    : 1 Perenggan
3.      Cadangan bilangan perkataan setiap perenggan
         a) Pendahuluan +- 25 patah perkataan
         b) Perenggan Isi +- 70 patah perkataan ( 5 x 70 )
         c) Penutup +- 25 patah perkataan
         # Maksimun : Jangan melebihi 400 patah perkataan.
4.      Kandungan setiap Perenggan ;
         a) Idea (perkara pokok, idea yang kukuh dan mantap )
         b) Huraian idea / hujah menyokong ( berkaitan idea tetapi mesti matang dan mendalam )
         c) Contoh ( yang munasabah dan relevan, secara umum / universal sahaja )
5.      Aspek Bahasa ;
         a) Menarik dan berkesan, bebas daripada kesalahan ejaan, tatabahasa dan struktur ayat.
         b) ayat yang mudah, tepat dan membawa makna yang tepat
6.      Aspek Impak Karangan
         a) Mesti menepati format ( ada pendahuluan, ada 5 isi, ada penutup )
         b) Isi yang matang, ada kesinambungan dan huraian yang mantap
7.            Penutup atau Konklusi merupakan bahagian yang menyimpulkan semula idea tetapi tidak mengulangi aspek yang telah dihuraikan.
                Calon perlu mengemukakan harapan dan cadangan / pandangan masa hadapan tentang isu yang dibincangkan.
8.            Kombinasi isi yang boleh dipertimbangkan mengikut kehendak soalan.
                5+0, 0+5, 2+3, 3+2, 1+4
9.            Kaedah pemarkahan ( Markah Penuh 25 % )
                Idea           : 5 %
                Huraian               : 15 %
                Bahasa                : 4 %
                Impak                  : 1 %
10.          Kesalahan ejaan, tatabahasa dan struktur ayat boleh menjejaskan markah bahagian Bahasa dan juga Huraian.

No comments:

Post a Comment