Friday, June 14, 2013

Hak Kebebasan Asasi



Setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
  
Perkara 5      
Kebebasan Diri
i.          Tiada sesiapa pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali menurut undang-undang.

ii.         Seseorang tidak boleh ditahan oleh pihak polis melebihi 24 jam kecuali setelah mendapat arahan majistret bagi perintah tahanan.

iii.       Seseorang yang ditangkap oleh pihak polis berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan  secepat mungkin
iv.        Jika seseorang itu ditangkap secara sah boleh memohon habeas corpusdaripada mahkamah untuk membebaskan dirinya.
Perkara 6
Pengabdian dan kerja paksa
Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali  bagi  perkhidmatan kerahan  (kerja paksa)  yang mengikut undang-undang
Perkara 7
Perlindungan undang-undang.
i.          Tiada sesiapa boleh dihukum tanpa disabitkan kesalahan di sisi undang-undang
ii.Tiada siapa boleh dibicarakan semula dengan tuduhan yang sama setelah dibebaskan kecuali dengan perintah mahkamah
Perkara 8
Kesamarataan Undang-Undang
i.          Semua warganegara adalah sama rata di sisi undang-undang dan mereka berhak untuk mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

ii.         Seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, kaum, keturunan, jantina atau tempat lahir.

Perkara 9  
Laranag Buang  Negeri  Dan Kebebasan Bergerak


i.          Tiada warganegara yang boleh dibuang negeri atau ditahan daripada memasuki persekutuan.
ii.         Setiap warganegara berhak untuk bergerak dengan bebasnya dan bermustautin di mana-mana bahagian Persekutuan.
Perkara 10
Kebebasan Bercakap, Berhimpun dan Menubuhkan Persatuan
i.          Setiap warganegara mempunyai kebebasan bercakap dan mengeluarkan fikirannya.
ii.         Setiap warganegara berhak untuk berhimpun dengan aman.
iii.       Setiap warganegara berhak untuk menubuhkan persatuan.
Perkara 11
Kebebasan Beragama
Setiap warganegara berhak untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Perkara 12    
Hak-Hak Berkenaandengan Pendidikan

i.          Tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir.
ii.         Tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri.
Perkara 13    
Hak Terhadap Harta
i.          Tiada warganegara yang boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
ii.         Tiada undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta dengan paksa tanpa pampasan yang mencukupi

Sekatan Terhadap Kebebasan Asasi
Jenis Undang-undang / Akta
Perihal dan Perincian
Undang-undang Subversif
Kerajaan berkuasa untuk manahan dan menghukum mereka yang mengancam keselamatan negara.
Undang-undang Darurat
Kerajaan berkuasa untuk menggenakan perintah berkurung dan pasukan keselamatan berkuasa untuk menembak serta membunuh sesiapa sahaja yang mengingkari undang-undang darurat tanpa perbicaraan.
Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) 1960
Seseorang boleh ditahan tidak melebihi dua tahun tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam keselamatan negara.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( AUKU )
Para pelajar dilarang daripada bergerak aktif dalam politik
Akta Rahsia Rasmi 1972 ( OSA )
Melindungi dokumen dan maklumat negara yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi; semua orang, termasuk rakyat dan bukan rakyat dan boleh didakwa di mahkamah. ( Tidak boleh membocorkan rahsia Negara )
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984
Badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untuk mengungkitkan isu-isu sensitif yang boleh mengancam keselamatan negara.
Akta Hasutan 1948
Rakyat dilarang daripada menabur fitnah dan mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja, dan kewarganegaraan.
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak
Kerajaan Negeri berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.

No comments:

Post a Comment