Thursday, July 18, 2013

KONSEP BANDAR LESTARI

Kuantan Bandar Lestari

PIHAK-PIHAK BERPERANAN DALAM PEMBANGUNAN BANDAR SECARA LESTARI ORGANISASI PENTADBIRAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (PBT) Terdapt tiga peringkat berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mengawal selia pentadbiran perancangan dan kawalan pembangunan berdasarkan saiz dan tumpuan dari segi fungsi pembangunan iaitu: i.    Dewan Bandaraya contoh – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). ii.    Majlis Bandaraya contoh – MB Ipoh, MB Melaka, MB Johor Bahru dan MB Kuching iii.    Majlis Perbandaran Contoh –MPSP, MPPP, MPKS dan lain-lain. iv.    Majlis Daerah contoh – MD Kubang Pasu, MD Kulim dan lain-lain. Seperti yang diperuntukkan dalam Akta Kerajaan Tempatan 1976 (AKTA 171), pentadbiran sesebuah PBT adalah diketuai oleh seorang Yang Dipertua dengan dibantu oleh beberapa ahli majlis (yang dilantik) dan bertanggungjawab dalam pengurusan, perancangan, pembangunan dan penadbiran PBT. Namun begitu, pengagihan tugas dilakukan bagi melancarkan pembangunan sesuaut bandar.

DBKL

 JABATAN PERANCANGAN BANDAR
Jabatan ini bertanggungjawab memastikan pembangunan yang berlaku di kawasan-kawasan di bawah bidang kuasa PBT dijalankan dan dilaksanakan mengikut garis panduan dan perancangan yang telah ditetapkan oleh PBT berkenaan. Selain daripada itu, jabatan ini juga berfungsi menjalankan tugas-tugas berikut: i.    Menyediakan rancangan-rancangan tempatan berdasarkan kepada strategi struktur yang telah diwartakan. ii.    Mengkaji polisi dan dasar rancangan struktur jika didapati perlu. iii.   Memproses dan memberi pertimbangan ke atas permohonan pembangunan yang diterima samada dari sektor awam dan swasta. iv.    Bertanggungjawab dalam perancangan fizikal bagi projek-projek pembangunan yang akan dilaksanakan oleh Majlis v.    Menyediakan kertas-kertas Perancangan unutk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. vi.    Mengadakan kajian-kajian perancangan bagi setiap kawasan dari semasa ke semasa. vii.    Mengkaji dan mengsyorkan dasar dan garis panduan perancangan untuk pertimbangan dan keputusan Majlis
.
JABATAN BANGUNAN Penubuhan jabatan ini adalah selaras dengan fungsi PBT sebagai pihak yang bertanggungjawab mengawal pembinaan yang dijalankan di kawasan PBT berkenaan. Antara fungsi jabatan ini adalah seperti berikut: i.    Menyelaras dan melaksanakan projek-projek pembangunan majlis. ii.    Menyediakan kemudahan infrastruktur iii.    Pengawasan peraturan kerja penyelenggaran infrastruktur iv.    Menyediakan laporan permohonan untuk mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan v.    Keluarkan surat-surat dan pelan kelulusan vi.    Menyemak Permohonan Pelan Pembangunan Dalam menyahut seruan pembanguna  lestari, langkah-langkah kawalan yang strategik perlu diberikan perhatian yang serius terutamanya PBT. Tujuan utama ialah untuk memastikan pembangunan penduduk, pembangunan sektor ekonomi kawasan melalui pembangunan infrastruktur dan utiliti serta pembanunan gunatanah yang efisien. Pemeliharaan alam sekitar haruslah diserasikan dengan pembangunan bagi memastikan pengekalan kualiti alam sekitar bagi menjamin pewujudan masyarakat yang sihat dan cergas. Ini boleh dipastikan dengan merangka tindakan kawalan yang menyeluruh dan bersepadu dalam menangani masalah alam sekitar. Perlu diwujudkan lebih banyak stesen-stesen pengawasan kualiti alam sekitar yang efisien meliputi  kualiti udara, air permukaan, sisa kumbahan kilang dan sebagainya. Kesedaran awam juga perlu dibentuk melalui latihan dan penerangan yang mencukupi kepada semua kakitangan kerajaan, pihak swasta serta industri dan orang awam tentang keperluan dan kepentingan peranan mereka membantu mengekalkan kualiti hidup dan kualiti alam sekitar pada tahap yang tinggi. PBT juga perlu menyediakan kemudahan sosial dan rekreasi yang mencukupi serta bermutu terutamanya bagi memenuhi keperluan di kalangan golongan muda. Semua cadangan pembangunan mesti disertakan dengan Laporan Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Laporan Cadangan Pemajuan (LCP). Kedua-dua laporan tersebut adalah untuk mengawal serta menentukan setiap cadangan pembangunan yang diluluskan menepati segala kehendak-kehendak piawaian dan syarat-syarat pihak berkuasa. Sementara EIA adalah untuk 19 aktiviti yang diwartakan, LCP pula  ialah untuk semua aktiviti lain yang tidak diwartakan. LCP adalah sebagai alat pemantauan alam sekitar yang saling melengkapi untuk tujuan EIA. Program pemantauan dan penilaian data hendaklah diselaraskan dari segi jenis, tempat dan aplikasi yang digunakan terutamnya apabila terdapat banyak agensi yang terlibat di dalam aktiviti tersebut. Segala data seperti Indeks Kualiti Udara dan Air yang terkini haruslah dibenarkan penggunannya oleh semua pihak dan jika perlu dimasukkan ke dalam laman web yang tertentu seperti yang telah dilakukan oleh beberapa negara maju. Kefahaman dan penglibatan pihak arkitek, perancang, jurutera, kajiiklim, saintis persekitaran, penggubal polisi dan undang-undang amat penting dalam membuat keputusan atau kaedah pembangunan yang mesra alam sekitar. Tanpa kerjasama semua pihak yang terlibat, pembangunan lestari tidak akan tercapai dan Wawasan 2020 akan terbengkalai di tengah jalan.

RANCANGAN STRUKTUR PEMBANGUNAN Rancangan Struktur merupakan rancangan strategik yang mengandungi kenyataan bertulis mengenai dasar dan cadangan PET bagi pernajuan serta pengawalan penggunaan tanah, memperelokkan alam sekitar Fungsinya ialah mengkaji semua polisi negara dan negeri yang berkaitan untuk disesuaikan dengan rancangan PBT. la adalah untuk menentukan tujuan, polisi dan perancangan awal untuk kawasan terlibat di samping sebagai rangka kerja untuk membuat Rancangan Tempatan, menentukan kawasan tindakan, menentukan kemudahan pembangunan yang perlu ada dan menentukan arah tuju dalam membuat sebarang keputusan dalam perancangan pembangunan. Penyediaan Rancangan Struktur bermula pada peringkat kajian permulaan yang merupakan tindakan awal bagi rnaksud penyediaan Rancangan Struktur terrnasuklah dalam menentukan kawasan kajian
 
TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (ICT) DAN SISTEM SOKONGAN PERANCANGAN Pembangunan sistem maklumat dan perancangan dapat membantu penyediaan rancangan pembangunan yang lebih telus, contohnya melalui penggunaan Sistem Sokongan Perancangan (SSP) dalam membuat keputusan perancangan. Zainuddin (1997) pernah menyuarakan pandangan bahawa sudah sampai masanya lebih banyak kaedah SSP berasaskan teknologi maklumat diperkenalkan dalam sistem penyediaan pelan pembangunan di Malaysia. Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu alat bantu yang digunakan dalam SSP dimana kaedah-kaedah saintifik untuk menganalisis masalah, menjana alternatif, menilai dan memilih penyelesaian yang lebih rasional diperlukan dalam mendapatkan keputusan perancangan untuk pembangunan yang lebih berkesan. GIS boleh diibaratkan sebagai ‘another quiet revolution’ dalam amalan perancangan (Esnard & MacDougall 1997). GIS juga merupakan komponen utama dalam Sistem Sokongan Perancangan (SSP) yang menawarkan kemudahan paparan data dan alat komunikasi, menghasilkan peta dan carta yang menerangkan keadaan terdahulu, masa kini mahupun jangkaan atau alternatif akan datang. 
 
ORANG AWAM
Kebanyakan orang awam di negara ini rnasih kabur dan tidak mernahami akan hak dan peranan yang boleh atau perlu mereka rnainkan dalam sesuatu perancangan pembangunan di tempat mereka. Justeru itu, pengetahuan orang awam terhadap perancangan bandar dan desa mesti dipertingkatkan. Cara penyampaian mesti mudah difahami oleh semua golongan rnasyarakat dan seterusnya mereka diberitahu hak dan peranan yang boleh atau perlu mereka lakukan dalam membentuk pembangunan di kawasan rnasing-rnasing. Sokongan yang jitu hanya dapat diperolehi dari mereka yang sedar dan berpengetahuan tentang sesuatu perkara seperti pencemaran alam sekitar ini. Dalam masa yang sama, ruang yang lebih luas dan saluran-saluran rasmi atau formal yang lebih jelas perlu diadakan bagi membolehkan penyertaan mereka. Keberkesanan sesebuah perancangan itu seharusnya diukur dari aspek sejauh mana ia dapat memenuhi keperluan dan kehendak serta wawasan penduduk tempatan. Malah pihak kerajaan atau PBT juga boleh mengiatkan kesedaran ini melalui kempen serta pendidikan alam sekitar. Pendidikan adalah saluran yang amat penting untuk meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan alam sekitar juga pembangunan bandar secra lestari. Ia boleh dilakukan secara formal atau tidak formal. Secara formal melibatkan 3 tahap iaitu tahap iaitu tahap rendah, menengah dan tahap tinggi iaitu melalui program lestari di peringkt ijazah seperti di UPM,UKM,UM.Manakala secara tidak formal pula banyak dijalankan oleh JAS dengan kerjasama NGO seperti SAHABAT ALAM SEKITAR (SAM) melalui media massa, seminar, forum, kuiz, dan risalah. Kempen kesedaran dan gotong royong yang diadakan di peringkat negeri juga merupakan salah satu langkah kerajaan dalam menyedarkan orang awam, contohnya antara tahun 1992 hingga 2004 pelabagai kempen diadakan, contohnya Sumber Air Warisan Negara (1992), Pencegahan Asas Pemulihan (1996-1997) dan Sungai Sumber Rekreasi (1995).


RUJUKAN
Dato' Haji Zainuddin bin Muhammad, Oktober 1994. Development Plans -A Planning Tool For Sustainable Urban Development In Malaysia. UNCHS International Conference on Re-appraising The Urban Planning Process As An Instrument For Sustainable Urban Development and Management, 3 -7 October 1994, Nairobi, Kenya. Ministry of Housing and Local Government Malaysia.

Prof. Ibrahim Komoo, 1998. Pembangunan Kawasan Tinggi: Kawalan Berdasarkan Perancangan.   Bengkel Alam Sekitar Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 22- 23 Apri11998.

Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan Pusat Bandar Kuala Terengganu. (1991 -2010): Garis Panduan Perancangan dan Pembangunan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu Ogos 1993.
Rancangan Tempatan Kawasan Perancangan Pusat Bandar Kuala Terengganu. (1991 -2010):
Pernyataan Bertulis dan Peta Cadangan. Majlis Perbandaran Kuala Terengganu Ogos 1993.


No comments:

Post a Comment