Sunday, July 14, 2013

Pembenihan Awan merupakan salah satu kaedah menghilangkan jerebu !




PEMBENIHAN AWAN.
Proses ini adalah satu perkara yang perlu kita tahu. Jerebu yang melanda adalah satu desakan yang kuat untuk melakukan proses ini walaupun kos yang tinggi.
Terdapat 3 JENIS pembenihan awan iaitu
Pembenihan dinamik awan Arus udara menegak terdorong dan lebih banyak air melalui awan. Hal ini membawa pada lebih banyak hujan. Kaedah ini mempunyai 11 peringkat yang berbeza yang terlibat dan setiap kesalahan di salah satu peringkat boleh merosakkan seluruh proses.
Pembenihan Awan Higroskopik Bahan letupan dan flare digunakan untuk menyebarkan garam melalui bahagian bawah awan. Air tertarik pada garam dan siaznya membesar lalu turun ke bawah sebagai hujan. Teknik ini masih memerlukan banyak kajian.
Pembenihan Awan Statik Bahan kimia iaitu silver iodide disebarkan ke dalam awan. Kelembapan yang terdapat dalam awan terkondensasi di sekitar kristal. Hal ini membuat awan lebih berkesan dalam penyebaran hujan di tempat – tempat tertentu.
Namun begitu, Pembenihan awan bergantung pada cuaca. Kehadiran awan adalah suatu kemestian.Teknik ini juga bergantung pada suhu dan komposisi awan.
Pembenihan awan amat sangat komplesk cara persediaannya dan mungkin mengambil masa beberapa tahun latihan untuk menghasilkan buah (awan).Tidak ada sistem kawalan di tempat untuk menentukan di mana hujan akan jatuh. 

Saintis dari Jerman telah berjaya membuktikan konsep menghasilkan awan menggunakan laser yang menyejatkan air untuk menghasilkan hujan. Teknologi ini baru diuji didalam makmal dan dikatakan telah berjaya menghasilkan awan apabila udara diionkan.

Percubaan sebenar telah dilakukan di Jerman dengan keputusan yang agak terhad, walaupun begitu, bacaan menunjukkan bahawa ketumpatan dan jumlah wap udara meningkat ketika laser ditembak ke atmosfera.
Pada masa depan kemungkinan teknologi ini akan menjadi salah satu alternatif bagi pembenihan awan ketika kemarau.


Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca memperkenalkan kaedah baru pembenihan awan menerusi teknik hygroscopic flare yang mampu menghasilkan tambahan hujan antara 30 hingga 60 peratus berbanding cara sebelum ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar, Datuk Law Heing Ding berkata, ia dilakukan dengan menggunakan helikopter menembak awan dengan roket khas yang terkandung di dalamnya partikel garam kering untuk merangsang pembentukan titisan air hujan.


Kata beliau, kaedah konvensional pembenihan awan yang pernah dicuba di Malaysia sebelum ini menggunakan pesawat bersayap tetap terbang ke dalam awan bagi membolehkannya menyembur larutan air garam.

''Teknologi dari Afrika Selatan ini mudah, murah dan berkesan untuk menghasilkan tambahan hujan dari awan kumulus.


''Pujian harus diberikan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan usaha ini,'' katanya kepada pemberita di Kompleks Airod di sini, hari ini.

Terdahulu beliau diberi taklimat ringkas oleh Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca, Dr. Lim Joo Tick dan Pengarah Unit Perubahan Cuaca, Tung Nam Ping mengenai teknik berkenaan.


Operasi pembenihan awan ini menggunakan helikopter Mi-17 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di bawah kendalian juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia dengan kerjasama Airod Sdn. Bhd. (Airod). Law berkata, kaedah baru itu telah dicuba bulan lepas dengan kos sebanyak RM500,000 termasuk perbelanjaan membeli peralatan dan khidmat nasihat pakar dari Afrika Selatan.


STPM : GEOGRAFI : Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu


Langkah dalam mengatasi Pencemaran Udara dan Jerebu

Undang-undang
Mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu mahupun syarikat yang melakukan pembakaran awam terutamanya di kawasan ladang. Contohnya, pihak kerajaan Indonesia telah bertegas akan mengenakan tindakan undang-undang dan denda kepada syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan pembersihan ladang menggunakan kaedah tebang dan bakar secara tidak sah.


Pembenihan Awan
Pembenihan awan dilakukan bagi memastikan hujan turun kerana hujan merupakan pembersih udara semula jadi yang terbaik. Menyedari hakikat itu, pihak Jabatan Alam Sekitar telah berkerjasam dengan Puncak Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awam khusunya di kawasan sekitar Lembah Klang dan negeri Selangor. Usaha ini dilakukan melalui dengan menyembur larutan garam iodid ke dalam gumpalan awam kumulusnimbus. Larutan garam iodid bertindak sebagai nukleus kondensasi menarik wap-wap air dalam awan tersebut bagi tujuan mempercepatkan pembentukkan hablur-hablur air.

Melalui Pendidikan
Pengurusan alam sekitar boleh juga dilakukan melalui program pendidikan alamsekitar iaitu samada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini juga bolehdijalankan oleh JAS dan lain-lain agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan ditujukankepada setiap peringkat masyarakat iaitu pentadbir, orang ramai dan juga kanak-kanaksekolah. Aktiviti ini dapat mempertingkatkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi memperbaiki dan menjaganya. Aktiviti ini dianggap penting kerana ia merupakan satu strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu juga melalui pendidikan ini kita dapat memperluaskan tahap kesedaran orang ramai kerana pengetahuan terhadap isu alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar atau terhadap implikasi sosial dan ekonomi dalam mempengaruhi keputusan mengenai soal alam sekitar adalah didapati kurang maju jika dibandingkan dengan rakyat di negara lebih maju.

Tanggungjawab Orang Ramai
Selain daripada tindakan yang dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa, orang awam haruslah bertangungjawab dan sama-sama menjaga alam sekitar ini. Antara tindakan  yang boleh dibuat ialah elakan mengunakn kenderan persendirian sebaliknya gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak melepaskan asap hitam dengan mengambil langkah-langkah yang ideal contohnya hantar kereta ke bengkel untuk pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor dan pam minyak supaya berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.

No comments:

Post a Comment