Friday, August 16, 2013

Teknologi enjin hibrid

Teknologi Enjin Hibrid
Pengenalan
  1. Penggunaan teknologi hijau seperti enjin hibrid adalah pilihan sumber bahan api bagi mengurangkan pergantungan kepada petrol dan diesel.
  2. Teknologi enjin hibrid sudah dimajukan oleh beberapa generasi automatif dunia dan terbukti berhasil melahirkan kenderaan mesra alam.
  3. Teknologi hibrid ini didefinisikan sebagai penggunaan kenderaan yang menggunakan dua atau lebih penggunaan gabungan bahan api dan kuasa elektrik untuk menggerakkan motor kenderaan sekaligus menjimatkan minyak serta dapat mengurangkan penghasilan asap yang terlalu banyak.
 Perbezaan di antara kereta elektrik dan kereta hibrid
Kereta elektrik
  • Motor elektrik menerima tenaga yang disimpan atau dicas di dalam bateri
  • Bateri perlu dicas apabila tenaga susut.
  • Jarak penggunaan bateri lebih terhad.
Kereta hibrid
  • Mempunyai enjin pembakaran dalaman yang digabungkan dengan motor elektrik atau penjana kuasa.
  • Tidak memerlukan bateri dicas semula kerana proses tersebut berlaku semasa kenderaan bergerak.
Keistimewaan kereta hibrid
  1. Kadar pelepasan asap iaitu gas karbon monoksida kereta hibrid 80% lebih rendah daripada kereta konvensional.
  2. Berupaya bergerak sejauh 80 hingga 161 km sebelum perlu dicas semula.
  3. Kos penjagaan dan penyelenggaraan yang tidak tinggi kerana motor dan bateri kereta hibrid tidak memerlukan penyelenggaraan dan boleh digunakan sepanjang hayat.
Sumber: Era Hijau 2009

No comments:

Post a Comment