Wednesday, October 9, 2013

Baik Buruk Pembangunan



Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia kemanusiaan.Jelaskan.

1.   Pembangunan biasanya diiringi dengan penyediaan pelbagai kemudahan prasarana kepada rakyat.
-        Misalnya, jalan raya dan premis perniagaan.
-        Jalan raya akan memudahkan urusan pergerakan rakyat, bank dan pejabat pos pula menyediakan perkhidmatan kepada pengguna untuk membayar pelbagai bil dan menyimpan wang serta barang berharga lain .
-        Melalui pembinaan kemudahan dan prasarana seperti ini akan membolehkan rakyat mendapat pelbagai manfaat. Sebagai contohnya, melalui pembinaan prasarana ini secara tidak langsung akan membangunkan kawasan di sekitarnya dan semua penduduk akan bertumpu di kawasan tesebut.
-        Jadi bolehlah dikatakan yang pembangunan yang pesat mampu memberikan faedah  prasarana kepada rakyat.

2.   Pembangunan menyediakan peluang pekerjaan semasa pembangunan dijalankan atau selepas premis beroperasi seperti peluang untuk bekerja di bank atau premis perniagaan yang dibuka.
-        Peluang pekerjaan yang diperolehi rakyat melalui pembangunan secara tidak langsung dapatmeningkatkan pendapatan rakyat sekali gus mengurangkan masalah kemiskinan dan pengangguran.
-        Rakyat juga boleh mencipta dan melakukan kerja-kerja sampingan lain.
-        Sebagai. contohnya pembukaan pasar malam dan petang di tempat-tempat yang padat dengan penduduk.
Sesungguhnya pembangunan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

3.   Setelah pembangunan dijalankan kawasan setempat mengalami pertumbuhan maka rakyat dapat memanfaatkan kemajuan yang pesat.
-        Kawasan yang dahulunya tidak diusik oleh pembangunan hanyalah sebuah kawasan yang tidak mempunyai  nilai ekonomi.
-        Misalnya, apabila jalan raya atau lebuh raya dibina ke kawasan peranginan, maka pelbagai sektor lain akan tumbuh dengan rancak dan secara tidak langsung kawasan setempat mendapat limpahan kemajuan.
-        Sebagai contohnya, pembinaan lapangan terbang Sibu dan jalan yang baik membawa kepada peningkatan jumlah pelancong ke Sibu.
-        Jelaslah yang pembangunan merancakan pembangunan setempat.

4.   Pembangunan fizikal yang tidak terkawal  akan mengorbankan alam semula jadi.
-        Antara bentuk pembangunan fizikal ialah membina bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas, membina lapangan terbang seperti  KLIA dan membina pelbagai lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Timur.
-        Pembangunan yang dilaksanakan di suatu tempat yang baharu sudah semestinya menyebabkan kerja-kerja membersihkan tanah dijalankan.
-        Dengan itu, berlakulah usaha menebang pokok dan mengubahsuai tanah. Pokok yang menyumbang kepada kelangsungan lestari alam sekitar terpaksa dikorbankan.
-        Misalnya, sewaktu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.Ringkasnya, pembangunan fizikal akan mengorbankan alam semula jadi.

5.   Pembangunan menuntut kesibukan kerja dan akan mengorbankan nilai kejiranan.
-        Pembangunan akan menyebabkan setiap individu mengalami kesibukan bekerja, stres, kekurangan masa dan seumpamanya.
-        Antaranya mereka mungkin terpaksa bekerja jauh dari kediaman, keluar awal pagi dan balik lewat malam serta bekerja sehari suntuk atau keluar kawasan beberapa ketika.
-        Keadaan tersebut sudah semestinya mengorbankan nilai kejiranan, contohnya sukar bertegur sapa dan tidak dapat mengikuti banyak program kemasyarakatan.
-        Terbuktilah, yangpembangunan menuntut kesibukan kerja dan akan mengorbankan nilai kejiranan.
Pembangunan yang berhemah perlulah dilaksanakan dengan baik agar manfaat yang diperoleh berbaloi. Kita tidak mahu melihat pembangunan yang terpaksa mengorbankan nilai estika dan kesejahteraan alam sekitar.

Formula Jawapan sama ada 2 + 3 / 3 + 2

Esei Jenayah Penyeludupan



Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud antara dua
buah Negara yang berjiran dan bersempadan.  Jelaskan sebab kegiatan ini kian
berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua negara.

FAKTOR BERLAKUNYA PENYELUDUPAN
Idea 1 : Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang bersempadan
·       Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya.
·       Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia.
·       Produk-produk  yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh kerajaan lazimnya jauh lebih murah di negara kita
·       Misalnya harga gula, minyak masak dan minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand/Singapura.

Idea 2 : Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang bersempadan
·       Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat.
·       Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat, memudahkan barangan menyeberangi sempadan secara tidak sah atau menggunakan lorong tikus bagi memenuhi kekurangan barangan.
·       Produk yang sering mengalami keputusan sumber adalah bekalan makanan atau keperluan harian terutama pada musim perayaan atau apabila salah sebuah negara mengalami malapetaka / krisis alam
·       Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang keperluan makanan.

Idea 3 : Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara yang bersempadan
·       Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses
·       Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan sedemikian
·       Kesannya berlakulah penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia ke negara jiran
·       Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa di samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang tinggi
·       Tindakan ini juga dapat  mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan kayu

Idea 4: Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam sesebuah negara
·       Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan tinggi
·       Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok, barangan elektronik, barangan mewah dan minuman keras
·       Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual dengan harga yang tinggi.
·       Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin keuntungan peniagaan kerana modalnya rendah

Idea 5: Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah negara
·       Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan terhadap barangan tertentu akan meningkat
·       Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran tempatan
·       Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti lembu dan kambing cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia.
·       Begitu juga dengan bekalan mercun dan produk makanan dari China dibawa masuk secara haram menjelang Tahun Baru Cina
Idea 6: Kawalan sempadan
·       Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut.
·       Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara misalnya di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak
·       Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin diseludup
·       Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran
·       Ini menyebabkan penyeludupan barangan keperluan harian dan barangan larangan seperti senjata api, mercun , dadah dan organ binatang , malah pemerdagangan orang mudah dijalankan

KESAN
Idea 7: Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi
·       Kadar cukai yang dilepaskan atas suatu barangan / pendapatan Negara dari cukai berkurangan
·       Negara kehilangan aset yang diseludup begitu sahaja tanpa kawalan
·       Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan ekonomi lain.

Idea 8: Imej negara
·       Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran tanpa izin.
·       Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. / kawalan sempadan
·       Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan barangan kerana tidak boleh dijual di tempat rasmi.
·       Menggambarkan berlakunya krisis keselamatan dalam sesuatu Negara

 
Idea 9: Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang  berbahaya
·       Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi barangan lain.
·       Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih serius seperti penyeludupan manusia / senjata api / dadah
·       Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa

Idea 10: Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara
·       Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana membenarkan harta intelek negara mereka dirompak dan ‘dijual’ di Malaysia.
·       Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik kerana dijual dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama.
·       Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada pengeluar batik negara jiran sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga atau pedagang antara kedua- dua buah negara.

Idea 11 : Menularnya pelbagai penyakit berjangkit berkaitan ternakan dan tanaman
·    Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara.
·       Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk.
·       Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.

Idea 12 : Kemasukan barangan yang tidak bermutu
·       Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan kosmetik berisiko mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia.
·       Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga yang boleh menyebabkan kebakaran.

Formula Jawapan sama ada 2 + 3 / 3 + 2