Wednesday, October 9, 2013

Esei Jenayah Penyeludupan



Jenayah penyeludupan merupakan salah satu permasalahan yang wujud antara dua
buah Negara yang berjiran dan bersempadan.  Jelaskan sebab kegiatan ini kian
berleluasa dan implikasinya ke atas kedua-dua negara.

FAKTOR BERLAKUNYA PENYELUDUPAN
Idea 1 : Perbezaan harga barangan antara dua buah negara yang bersempadan
·       Harga barang yang rendah di sesebuah negara membuatkan ada usaha membawa keluar barangan berkenaan untuk dijual di negara jiran yang tinggi harganya.
·       Sebagai contohnya, harga beras di Thailand yang lebih rendah membawa kepada penyeludupan beras dari Thailand memasuki Malaysia.
·       Produk-produk  yang menerima subsidi kerajaan atau dikawal harganya oleh kerajaan lazimnya jauh lebih murah di negara kita
·       Misalnya harga gula, minyak masak dan minyak petrol yang lebih rendah di Malaysia membuatkan berlaku penyeludupan petrol ke Thailand/Singapura.

Idea 2 : Kekurangan sumber di salah sebuah negara atau negara yang bersempadan
·       Apabila berlaku kekurangan sumber maka harga barangan akan meningkat.
·       Peningkatan harga di 2 buah negara yang berkongsi sempadan darat, memudahkan barangan menyeberangi sempadan secara tidak sah atau menggunakan lorong tikus bagi memenuhi kekurangan barangan.
·       Produk yang sering mengalami keputusan sumber adalah bekalan makanan atau keperluan harian terutama pada musim perayaan atau apabila salah sebuah negara mengalami malapetaka / krisis alam
·       Kekurangan sumber ini perlu ditampung apatah lagi kalau melibatkan barang keperluan makanan.

Idea 3 : Undang-undang kawalan perdagangan yang berbeza antara negara yang bersempadan
·       Malaysia melarang eksport kayu balak mentah atau yang belum diproses
·       Ada negara jiran pula yang membenarkan aktiviti dan dan perdagangan sedemikian
·       Kesannya berlakulah penyeludupan kayu balak mentah yang belum diproses dari hutan Malaysia ke negara jiran
·       Penyeludupan ini bagi memenuhi permintaan kayu balak mentah di pasaran antarabangsa di samping dalam mengelakkan pembayaran cukai eksport yang tinggi
·       Tindakan ini juga dapat  mengurangkan kos pengangkutan dan pemprosesan kayu

Idea 4: Tindakan mengelak cukai import dan cukai eksport yang tinggi dalam sesebuah negara
·       Harga barangan import meningkat naik kerana kadar cukai yang dikenakan oleh kerajaan tinggi
·       Tanpa cukai, suatu barangan boleh dijual dengan harga yang lebih murah dan akan mendapat permintaan yang tinggi, contohnya penyeludupan produk rokok, barangan elektronik, barangan mewah dan minuman keras
·       Bagi mendapatkan permintaan yang tinggi, barangan diseludup untuk mengelak daripada dijual dengan harga yang tinggi.
·       Selain itu, penjualan barangan yang diseludup juga boleh meningkatkan margin keuntungan peniagaan kerana modalnya rendah

Idea 5: Memenuhi pasaran dan permintaan bermusim di salah sebuah negara
·       Semasa musim perayaan seperti Hari Raya dan Tahun Baru Cina, permintaan terhadap barangan tertentu akan meningkat
·       Sering kali barangan yang diperlukan tidak mencukupi dalam pasaran tempatan
·       Contohnya, pada musim perayaan haji, banyak binatang ternakan seperti lembu dan kambing cuba dibawa masuk dari sempadan utara Malaysia.
·       Begitu juga dengan bekalan mercun dan produk makanan dari China dibawa masuk secara haram menjelang Tahun Baru Cina
Idea 6: Kawalan sempadan
·       Sempadan yang panjang kawasan hutannya, ditambah dihubungkan dengan laut.
·       Menyebabkan terdapat banyak lorong tikus di kawasan sempadan Negara misalnya di Kedah, Kelantan, Sabah dan Sarawak
·       Kawasan berhampiran lorong tikus menjadi pusat transit barangan yang ingin diseludup
·       Memudahkan persembunyian sebelum dibawa ke pasaran
·       Ini menyebabkan penyeludupan barangan keperluan harian dan barangan larangan seperti senjata api, mercun , dadah dan organ binatang , malah pemerdagangan orang mudah dijalankan

KESAN
Idea 7: Negara yang terbabit akan mengalami kerugian dari segi ekonomi
·       Kadar cukai yang dilepaskan atas suatu barangan / pendapatan Negara dari cukai berkurangan
·       Negara kehilangan aset yang diseludup begitu sahaja tanpa kawalan
·       Kadar cukai yang diperoleh boleh digunakan untuk merangsang kegiatan ekonomi lain.

Idea 8: Imej negara
·       Imej negara yang seolah-olah membenarkan jualan barangan dari negara jiran tanpa izin.
·       Menggambarkan ketidakupayaan negara menangani masalah penyeludupan. / kawalan sempadan
·       Penyeludupan juga melibatkan barangan tiruan, maka akan berlaku lambakan barangan kerana tidak boleh dijual di tempat rasmi.
·       Menggambarkan berlakunya krisis keselamatan dalam sesuatu Negara

 
Idea 9: Negara menghadapi risiko menularnya jenayah penyeludupan yang  berbahaya
·       Kelonggaran kawalan sempadan boleh ditafsirkan sebagai tidak sukar untuk menembusi barangan lain.
·       Ini akan membuka ruang kepada penyeledupan barangan larangan yang lebih serius seperti penyeludupan manusia / senjata api / dadah
·       Negara kemungkinan besar akan dijadikan pusat transit kegiatan penyeludupan antarabangsa

Idea 10: Berisiko mengeruhkan hubungan antara dua negara
·       Menjejaskan hubungan baik antara dua negara yang berjiran kerana membenarkan harta intelek negara mereka dirompak dan ‘dijual’ di Malaysia.
·       Penyeludupan kain batik Indonesia telah menimbulkan situasi yang tidak baik kerana dijual dengan harga yang berbeza sedangkan mutu dan jenis barangan adalah sama.
·       Keadaan akan mengundang tindakan memboikot dan protes daripada pengeluar batik negara jiran sehingga mewujudkan keadaan yang tidak baik antara peniaga atau pedagang antara kedua- dua buah negara.

Idea 11 : Menularnya pelbagai penyakit berjangkit berkaitan ternakan dan tanaman
·    Penyakit haiwan ternakan dari negara jiran, iaitu penyakit kuku dan mulut telah menular semula di negara kita sedangkan penyakit ini berjaya dikawal di dalam negara.
·       Penyebaran penyakit ini berpunca daripada ternakan yang diseludup masuk.
·       Pemeriksaan kesihatan dan jaminan bebas penyakit tidak dapat dilakukan.

Idea 12 : Kemasukan barangan yang tidak bermutu
·       Barangan tidak bermutu sekiranya melibatkan barang untuk kesihatan dan kosmetik berisiko mendatangkan masalah kesihatan kepada rakyat Malaysia.
·       Barangan seperti barangan elektrik yang standard penggunaannya tidak sama antara dua buah negara ( contoh Malaysia dengan Thailand) juga mendatangkan risiko berlakunya lebihan tenaga yang boleh menyebabkan kebakaran.

Formula Jawapan sama ada 2 + 3 / 3 + 2

No comments:

Post a Comment