Sunday, November 9, 2014

Thursday, September 4, 2014

We Are All ONE

Friday, July 11, 2014

Luis Suarez : Time To Say Goodbye !

不聽會後悔!Regret For Not Listening.....Unique Vocals !

Ring Man ... A must see!! One of the coolest things I have ever seen..

Monday, May 19, 2014

Bidang Ekonomi Utama Nasional


NKEA : MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.

Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama. Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.

Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia. Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan. ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain.

Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama:
12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA).

NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi. Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta. Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi. EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan. Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat. Diwujudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awan Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP.

Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut. Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan. Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut. Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami. Tinjauan umum Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP.

NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?

Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain. Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan diguna pakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan. Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor ini dalam memacupembangunan ekonomi negara.

9 Inisiatif Utama Dasar Bioteknologi Negara



1-Pembangunan Bioteknologi Pertanian
Untuk memperbaharui dan memperkembangkan nilai dalam sektor pertanian menerusi bioteknologi.

2-Pembangunan Penjagaan Kesihatan Bioteknologi
Memanfaatkan kekuatan kepelbagaian bio bagi mengkomersialkan penemuan produk semula jadi dan kedudukan Malaysia dalam pasaran bio-genetik.

3-Pembangunan Bioteknologi Perindustrian
Menjamin peluang pertumbuhan dalam aplikasi kemajuan teknologi pemprosesan bio dan perusahaan bio.

4-Penyelidikan dan Pembangunan serta Pemerolehan Teknologi
Menubuhkan pusat kecemerlangan di institusi sedia ada atau baru untuk membawa bersama pasukan penyelidik pelbagai disiplin dalam inisiatif penyelidikan dan pengkomersialan bersepadu. Mempercepatkan pembangunan teknologi menerusi pemerolehan strategik.

5-Pembangunan Modal Insaniah
Membina keupayaan sumber manusia berasaskan bioteknologi negara sejajar keperluan pasaran menerusi skim khas, program dan latihan.

6-Pembangunan Prasarana Kewangan
Hubungkan saingan 'makmal kepada pasangan' bagi tujuan pembiayaan dan insentif
mempromosi peserta yang komited di kalangan ahli akademik, sektor swasta dan syarikat berkaitan kerajaan. Laksanakan mekanisme keluar yang mencukupi bagi pelaburan dalam bioteknologi.

7-Pembangunan Rangka Kerja Perundangan dan Peraturan
Menujudkan persekitaran kondusif menerusi penilaian semula berterusan rangka kerja
peraturan dan produser negara sejajar piawaian global dan amalan terbaik. Membangunkan rejim perlindungan harta intelek untuk menyokong penyelidikan dan pembangunan serta usaha pengkomersialan.

8-Memperkukuhkan startegi
Membentuk strategi pasaran global untuk membina pengiktirafan jenama bagi bioteknologi Malaysia dan kemajuan penanda aras. Menjadikan Malaysia sebagai pusat Pertubuhan Penyelidikan Kontrak dan Pertubuhan Perusahaan Kontrak.

9-Komitmen Kerajaan
Mewujudkan agensi pelaksana yang dedikasi dan profesional bagi mengawasi pembangunan.

Sumber Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Lima Faktor Kemerosotan Integriti



Faktor pertama ialah mengenai kepimpinan. Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya dalam keluarga, organisasi dan masyarakat. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberi pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.Ibu bapa sebagai pemimpin dalam aspek kekeluargaan. Kepimpinan masyarakat dan organisasi, baik dalam sektor awam, swasta, NGO dan sebagainya merupakan tonggak dan peneraju dalam suatu kumpulan yang dipimpin. Pemimpin itu, sama ada dipilih atau menawarkan diri untuk memimpin, memainkan peranan penting. Namun begitu kadangkala wujud iltizam yang lemah, pemimpin tidak menunjukkan teladan yang baik, “cakap tidak serupa bikin” dan “bikin pula tidak serupa cakap!”.
Ada juga di kalangan pemimpin yang tidak mematuhi undang-undang, prosedur dan peraturan yang ditetapkan. Hal ini sudah tentu menjejaskan integriti kerana tidak dapat menunjukkan contoh teladan yang baik. Perlu ditekankan bahawa setiap diri individu itu sendiri adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpin. Setiap individu adalah khalifah di muka bumi ini.

Faktor kedua ialah wujudnya kelemahan dalam sistem, prosedur dan garis panduan dalam pelaksanaan tugas. Akibatnya ialah,
wujud ketidakcekapan, kecelaruan, dan perselisihan pendapat di kalangan petugas. Penguatkuasaan dan tindakan punitif yang kurang berkesan serta gagal mengambil tindakan yang setimpal; kurang penyelarasan, pemantauan dan penilaian mengenai keberkesanan sesuatu strategi atau program; kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam; dan keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material adalah antara punca-punca kelemahan dalam pelaksanaan sistem dan prosedur sedia ada.

Faktor ketiga adalah berkaitan struktur dan institusi, yang merupakan komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. Struktur organisasi perlu diubah dan diperkemas dari semasa ke semasa bagi menangani tuntutan dan cabaran baru. Struktur yang tidak kemas, kurang fokus dan berlaku pertindihan akan membazirkan sumber, tidak berkesan, pengabaian tanggungjawab dan tidak diselaraskan dengan sempurna akan gagal mencapai matlamatnya.

Faktor keempat yang boleh menjejaskan integriti ialah aspek budaya. Budaya dipengaruhi oleh faktor sejarah dan tradisi, nilai agama, kelompok sesuatu bangsa, persekitaran, proses sosialisasi, world view serta perkembangan semasa. Budaya berubah dan boleh diubah. Budaya yang menjunjung tinggi integriti akan memberi persekitaran yang kondusif kepada individu untuk tidak menyimpang dalam tingkah lakunya. Sebaliknya, budaya negatif akan mewujudkan kepincangan dalam organisasi dan masyarakat. Gejala dadah, seks bebas, “mat rempit”, “bohsia”, “bohjan”, budaya lepak, kutu rayau dan sebagainya merupakan manifestasi budaya “pak turut”. Apa yang orang lain lakukan maka dilakukan pula oleh mereka tanpa menilai baik buruknya.
 
Seterusnya, faktor kelima yang boleh menjejaskan integriti adalah kerana kelemahan individu itu sendiri. Individu yang lemah didikan agama, akhlak dan moral serta penghayatan nilai-nilai murni, tidak berdisiplin, memiliki sikap tidak peduli, hanya melihat kelemahan orang lain dan enggan mengakui kelemahan diri merupakan antara kelemahan dalam diri individu. Tekanan hidup juga boleh menyebabkan individu terjerumus kepada perkara tidak berintegriti seperti rasuah, penyelewengan, salah guna kuasa dan gejala tidak bermoral.
Bagi menjamin kejayaan gerakan pemantapan integriti, penyelarasan dan pemantauan pelaksanaan program haruslah dilakukan “dari bawah” melalui pemerkasaan komponen atau sektor masing-masing. Pemantauan dan penyelarasan yang dilakukan secara pentadbiran yang birokratik boleh membantutkan daya usaha di peringkat akar umbi dan ini perlu dielakkan. Sensitiviti pelbagai lapisan atau komponen masyarakat terhadap campur tangan pihak lain juga perlu diambil perhatian. Sentiasa mengamalkan sikap yang terbuka, positif dan membina terhadap mana-mana golongan ataupun pertubuhan. Justeru, dalam hal ini toleransi dan konsultasi dalam semua aspek perlu wujud, agar kesefahaman dan perpaduan sentiasa terjalin dalam satu rangkaian kehidupan masyarakat berintegriti.

Kelayakan dan Cara Memohon Rumah PR1MA


Kepentingan Cukai kepada Rakyat dan Negara.



Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada Rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada Kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan di nikmati balik oleh kita sebagai Rakyat.

Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikenakan ialah diri kita sendiri.
Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara.
Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut.
Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai – ini kerana ia  akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah. Ini adalah satu strategi perdagangan yang penting yang digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan.

Satu lagi kebaikan cukai ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan seperti minuman keras, rokok dan perjudian. Beban cukai ke atas barangan-barangan ini adalah untuk memastikan aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras, merokok dan berjudi akan dapat dikawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Selain itu, cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan ini juga boleh digunakan kearah aktiviti pemulihan, alam sekitar dan pelbagai kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.

Berdasarkan prinsip yang sama, kerajaan Malaysia memberi pelepasan cukai ke atas pembelian buku untuk menanamkan sikap rajin membaca di kalangan rakyat. Dengan adanya sistem percukaian, kerajaan mampu untuk membentuk masyarakat dan memupuk aktiviti sihat di kalangan rakyat.
Di Negara kita, hampir 70% daripada Hasil Negara datangnya dari Hasil Cukai. Cukai ini boleh di kelaskan kepada Cukai Langsung dan Cukai Tak Langsung. Cukai Langsung merupakan Cukai yang kita sebagai Rakyat membayar terus atau langsung kepada pihak Kerajaan.  Contoh Cukai Langsung yang paling ketara adalah seperti Cukai Pendapatan dan urusan hal ehwal Cukai Pendapatan ini di tadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sekiranya kita layak di kenakan Cukai Pendapatan, Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah Cukai Pendapatan yang kita kena bayar.

Cukai Tak Langsung pula adalah Cukai yang tidak di bayar terus atau langsung kepada Pihak Kerajaan. Cukai Tak Langsung ini kita bayar kepada sesebuah kedai atau entiti perniagaan dan entiti perniagaan ini kemudiannya akan membayar cukai ini kepada pihak Kerajaan. Contoh Cukai Tak Langsung adalah seperti Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan. Urusan Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan ini ditadbir oleh pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia.
Sebagai contoh, apabila kita menginap di sesebuah Hotel atau makan di kedai kedai tertentu dan apabila kita membuat bayaran dan memperoleh resit bayaran, akan tertera di atas resit bayaran tersebut perkataan cukai perkhidmatan 6%. Cukai ini kita bayar kepada Hotel tersebut dan Hotel tersebut kemudiannya akan membayar Cukai Perkhidmatan ini kepada pihak Kerajaan.

Cukai Jualan pula merupakan Cukai yang dikenakan keatas pengilang yang mengilang barangan dan juga keatas pegimport yang mengimport barangan. Kebanyakkan barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah pada kadar 10%. Contoh barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah perabot, peti ais, television, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan. Kita sebagai pengguna tidak tahu yang barangan ini telah di kenakan Cukai Jualan sebab ia tidak dinyatakan kepada kita. Cuma elemen Cukai jualan ini telah diambil kira sebagai kos apabila para peniaga menetapkan harga jualan barangan tersebut. Kita perlu faham yang hampir kebanyakkan barangan yang kita beli sekarang telah pun di kenakan Cukai Jualan.

Sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai banyak kelemahan dan Kerajaan kehilangan banyak hasil disebabkan oleh kelemahan ini. Sebagai satu langkah reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil telus dan efisien pihak Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ (GST)

Cukai barang dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan di dalam konteks ekonomi moden. Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan dan Malaysia juga  dijangka akan turut memperkenalkan cukai ini tidak lama lagi. Dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan ini, Negara akan melangkah setapak lagi ke arah status Negara maju dan Rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien.

Dasar Automotif Negara (NAP) 2014



 Objektif  NAP 2014:

* Untuk menggalakkan industri automotif tempatan yang berdaya saing dan mampan termasuk syarikat-syarikat automotif negara.

* Untuk mengubah Malaysia menjadi hab serantau automotif dalam kenderaan cekap tenaga ( EEV )

* Untuk menggalakkan aktiviti ditambah-nilai (value-added) yang lebih tinggi

* Untuk meningkatkan eksport kenderaan dan komponen

* Untuk menggalakkan penyertaan syarikat Bumiputera dalam rantaian nilai industri automotif tempatan

* Untuk melindungi kepentingan pengguna dengan menawarkan produk yang lebih selamat dan lebih berkualiti pada harga yang kompetitif .

* Secara keseluruhan, NAP 2014 menyediakan pakej kewangan sebanyak kira-kira RM2 bilion dan langkah-langkah dan pelan pelaksanaan untuk merealisasikan NAP 2014

* NAP 2014 mensasarkan sekurang-kurangnya 200,000 unit kereta akan dieksport manakala eksport komponen akan mencapai nilai minimum sebanyak RM10 bilion pada tahun 2020

* Kerajaan terbuka kepada kemungkinan untuk mengurangkan duti eksais secara beransur-ansur apabila permit keadaan fiskal.

* Pada Permit Import (AP ), kerajaan telah memutuskan bahawa satu kajian mendalam akan dijalankan untuk menilai kesan penamatan penyertaan Bumiputera dalam industri kereta.

* NAP 2009 telah menetapkan penamatan AP pada 31 Dis, 2015 dan AP francais dengan 31 Disember, 2020

PENURUNAN HARGA KERETA

* Rangka kerja penurunan harga kereta telah dibangunkan untuk memenuhi janji penurunan secara berperingkat antara 20 peratus kepada 30 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

* Lebih banyak model kereta nasional baru dan varian akan diperkenalkan pada harga yang kompetitif tahun ini.

* NAP 2014 akan melihat asas yang lebih besar daripada model baru yang diperkenalkan di pasaran tempatan . Model-model ini bukan sahaja akan menjadi lebih hijau (mesra alam) tetapi juga lebih selamat.

* Kerajaan sentiasa mengkaji kedudukan fiskalnya dan terbuka kepada kemungkinan untuk mengurangkan duti eksais apabila permit keadaan fiskal.

* Model seperti Saga SV , Persona SV , Viva , Alza dan MyVi S Series, Honda Jazz baru dan Nissan Almera telah diperkenalkan pada harga yang dikurangkan antara tiga dan 17 peratus. Model-model ini menyumbang 30 peratus daripada bahagian pasaran pada tahun 2013.
 
KENDERAAN CEKAP TENAGA( EEV )

Malaysia akan menjadi hub kenderaan cekap tenaga ( EEV ). Ini merangkumi strategi dan langkah-langkah untuk mengukuhkan rantaian nilai industri automotif dan juga akan membawa kepada pemuliharaan alam sekitar, pewujudan pekerjaan berpendapatan tinggi, pemindahan teknologi dan pertumbuhan peluang baru ekonomi untuk syarikat-syarikat tempatan.
EEV termasuk kenderaan bahan api yang cekap , hibrid, kenderaan elektrik dan kenderaan yang didorong oleh tenaga alternatif lain.